CYBERJAYA: Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua (2023-2025) dijangka dimulakan pada suku pertama 2023, kata Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.
Beliau berkata MCMC perlu terlebih dahulu membentangkan sasaran dan perkara berkaitan mengenai fasa kedua itu, serta menunggu 'lampu hijau' daripada Kementerian Komunikasi Digital (KKD) dan menterinya Fahmi Fadzil berkenaan pelaksanaan tersebut.
"Kita boleh cuba lakukan yang terbaik bermula dari awal. Kita akan bentang di kementerian, bila kita ada 'persetujuan' daripada menteri, barulah kita boleh mulakan," katanya kepada Bernama dan RTM mengenai status JENDELA fasa kedua selepas menyempurnakan Majlis Penutup 'Accelerated Leadership Program (ALP) Series Cohort 1' di sini hari ini.
"Sasaran fasa kedua ialah untuk melengkapkan kesalinghubungan bagi baki tiga peratus penduduk dalam komuniti. Ia merupakan kawasan yang paling mencabar iaitu di pedalaman dan terpencil termasuk kawasan perkampungan Orang Asli," katanya.
Menurutnya, JENDELA fasa pertama yang selesai pada Disember 2022 telah mencapai liputan 4G sebanyak 96.92 peratus manakala dari segi kelajuan, ia mencapai 77 megabit sesaat (Mbps) berbanding sasaran awal 35 Mbps.
Mengenai ALP yang julung kali diadakan, beliau berkata ia merupakan kolaborasi strategik bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan 39 kakitangan MCMC berjaya menamatkan program tersebut yang bermula tahun 2020 hingga 2022.
Program tersebut ditaja sepenuhnya oleh MCMC bagi pembangunan kepimpinan khusus untuk kakitangannya yang terdiri daripada kumpulan eksekutif senior dan junior, berdasarkan model kecekapan tingkah laku dan ciri kepimpinan digital.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023
![JENDELA Fasa 2 dijangka bermula suku pertama 2023 JENDELA Fasa 2 dijangka bermula suku pertama 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663580804_JalinanDigitalNega.jpg)
Mohd Ali Hanafiah berkata MCMC perlu terlebih dahulu membentangkan sasaran dan perkara berkaitan mengenai fasa kedua itu, serta menunggu 'lampu hijau' daripada Kementerian Komunikasi Digital (KKD). - Fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![JENDELA Fasa 2 dijangka bermula suku pertama 2023 JENDELA Fasa 2 dijangka bermula suku pertama 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663580804_JalinanDigitalNega.jpg)
JENDELA Fasa 2 dijangka bermula suku pertama 2023
Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua (2023-2025) dijangka dimulakan pada suku pertama 2023.