KUALA LUMPUR: Jenazah pengasas bersama platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn Bhd, Muhaini Mahmud, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang kira-kira 2.30 petang Isnin.
Terdahulu, jenazah Muhaini, 44, yang lebih dikenali sebagai Mui, telah dibawa melalui helikopter dari Langkawi ke Padang MINDEF, Jalan Padang Tembak, kira-kira jam 9 pagi ini, sebelum disolatkan di Masjid UTM.
Anak kepada Datuk Dr Mahmud Mohd dan tokoh pendidikan, Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin itu meninggal dunia selepas ditidurkan bagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), susulan lemas dalam satu kejohanan triathlon Ironman di Langkawi pada hari sebelumnya.
Allahyarham Mui sangat dikenali sebagai seorang aktivis dalam memperkasa peranan wanita dan keluarga melalui teknologi, dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang korporat, dan menubuhkan Kiddocare bersama sahabatnya, Nadira Yusoff.
BACA: Peserta Ironman dan pengasas Kiddocare, Mui Mahmud meninggal dunia
Media juga melaporkan Mui sangat mencintai sukan lasak, dan pernah memenangi tempat ketiga dalam acara Selangor Duathlon 2023, di bawah kategori pecut wanita 45 tahun ke atas.
Sementara itu Kiddocare dalam laman rasminya menganggap pemergian Mui tiada galang gantinya, dah telah memainkan peranan yang signifikan dalam membentuk syarikat itu sejak penubuhannya, selain menjadi idola dan inspirasi kepada ramai orang.
Firdaus Azil
Mon Oct 09 2023

Allahyarham Mui sangat dikenali sebagai seorang aktivis dalam memperkasa peranan wanita dan keluarga melalui teknologi, dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang korporat, dan menubuhkan Kiddocare bersama Nadira Yusoff. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Jenazah Mui Mahmud selamat dikebumikan
Jenazah pengasas bersama platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn Bhd, Muhaini Mahmud, selesai disolatkan di Masjid UTM, Jalan Maktab dan dibawa ke Tanah Perkuburan Jalan Ampang.