MUAR: Jenazah Allahyarham Jaafar Onn dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Kampung Tanjung Gading, di sini kira-kira pukul 5 petang tadi.
Allahyarham dijangka akan dikebumikan selepas maghrib di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Gading yang terletak kira-kira 500 meter dari kediaman keluarganya itu.
Kira-kira 50 anggota keluarga memenuhi ruang kediaman bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang juga anak bongsu daripada tiga beradik itu.
BACA: Allahyarham Jaafar Onn meninggal ketika prosedur endoskopi - Anak angkat
Jenazah Allahyarham terdahulu dibawa keluar dari Hospital Sultan Idris Shah Serdang kira-kira pukul 3.15 petang tadi dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Pengurusan Jenazah Fastabiqul Qhairat.
Ahli keluarga dan sahabat handai kemudian menjalankan solat jenazah dan tahlil ringkas sebelum jenazah dibawa ke Masjid Jamek Al-Firdausi Tanjung Gading.
Terdahulu, Jaafar atau nama sebenarnya, Jaafar Onn Awang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Pelakon, pelawak dan pengacara veteran itu ditahan di wad Hospital Sultan Idris Shah Serdang sejak kelmarin akibat pendarahan semasa membuang air besar.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Apr 03 2024

Ahli keluarga memenuhi ruang kediaman bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang juga anak bongsu daripada tiga beradik itu. - Gambar/ Astro AWANI

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Tiada lagi kek buah kukus Jaafar Onn
Pemergian Allahyarham Jaafar Onn sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam, apatah lagi lelaki berusia 72 tahun itu dikenali sebagai seorang yang pemurah.

Jaafar Onn sempat tempah khemah untuk sambut Aidilfitri bersama keluarga
Allahyarham Jaafar tidak lokek membelanjakan wang untuk menjamu ahli keluarganya terutamanya setiap kali menjelang Ramadan.

Jenazah Jaafar Onn dikebumi selepas maghrib
Jenazah Allahyarham Jaafar Onn dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Kampung Tanjung Gading, di sini kira-kira pukul 5 petang tadi.

Anwar, Zahid ucap takziah kepada keluarga Jaafar Onn
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga penghibur tanah air Jaafar Onn yang meninggal dunia hari ini.

Cili Padi dan bunga matahari, semua generasi ada kenangan dengan Jaafar Onn
Allahyarham Jaafar Onn, satu nama yang cukup ikonik dan sangat popular dalam dunia seni tempatan.

'Allahyarham Jaafar Onn sangat pemurah' - Haiza Hanafi
Allahyarham Jaafar Onn sangat pemurah, rajin berkongsi rezeki serta ilmu sehingga membentuk kerjaya Haiza dalam dunia pengacaraan haiza pada hari ini.

Allahyarham Jaafar Onn meninggal ketika prosedur endoskopi - Anak angkat
Anak angkat kepada pelakon, pengacara dan pelawak Jaafar Onn, Mohd Hanif Mohd Hashim memberitahu Allahyarham meninggal dunia ketika sedang menjalani prosedur endoskopi pada 11.32 pagi tadi.

Jaafar Onn meninggal dunia
Seniman Jaafar Onn menghembuskan nafas terakhir Hospital Serdang pada usia 73 tahun.

Jaafar Onn imbas kenangan terakhir bersama Rohana Jalil
"Ketika itu dia nak berjalan pun susah, nyanyi pun sambil duduk"

'Dia nampak letih ketika show' - Jaafar Onn terkejut Rohana Jalil kritikal di ICU
Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil kini dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tanpa diketahui penyakit.