PEMERGIAN bintang serba boleh, Jaafar Onn Awang pada jam 11.32 pagi, semalam sememangnya mengejutkan ramai biarpun berita Allahyarham dimasukkan ke hospital diketahui umum.
Bagi teman artis yang rapat dengan anak kelahiran Muar, Johor itu, pemergian Allahyarham sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam, apatah lagi lelaki berusia 72 tahun itu dikenali sebagai seorang yang pemurah.
Antara yang terasa tentulah penerbit dan pelakon Datin Naszriah Ngasri atau lebih dikenali sebagai Anne Ngasri.
Anne yang membesar di set bersama Allahyarham ketika pembikinan Cili Padi menyifatkan Jaafar tidak ubah seperti bapanya sendiri.
"Papa sudah pergi tinggalkan N (Anne). Membesar di set bersama Papa, Papa... N anggap seperti bapa sendiri. Kalau di set selalu belikan N coklat, belikan hadiah, jaga N macam anak sendiri!" kongsinya menerusi hantaran di Instagram.
Anne yang kini berada di Tanah Suci Mekah mengakui sedih kerana tidak berkesempatan untuk menziarahi Allahyarham.
Lebih terasa apabila Lebaran kali ini, tiada lagi kek kukus buah air tangan Jaafar seperti kebiasaannya.
"Masya-Allah terlalu banyak kenangan kita. N masih di Mekah dan menerima khabar duka ini. Harapan nak jumpa Papa balik nanti tidak kesampaian, Allah lebih sayangkan Papa, pergi mu di bulan baik.
"Setiap tahun tak pernah gagal beraya dengan kek kukus buah tapi tidak kali ini. Papa insan seni hebat dan terlalu baik. N akan selalu doakan Papa bahagia di sisi Pencipta..." luahnya.
Jaafar menghembuskan nafas terakhir ketika menjalani prosedur endoskopi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor pada Rabu.
Jenazah kemudiannya dibawa pulang ke Tanjung Gading, Muar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al Firdaus Tanjung Gading, jam 8.30 malam pada Rabu.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 04 2024

Anne menyifatkan Jaafar sebagai insan seni hebat dan terlalu baik. - Foto Sinar Harian

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Tiada lagi kek buah kukus Jaafar Onn
Pemergian Allahyarham Jaafar Onn sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam, apatah lagi lelaki berusia 72 tahun itu dikenali sebagai seorang yang pemurah.

Jaafar Onn sempat tempah khemah untuk sambut Aidilfitri bersama keluarga
Allahyarham Jaafar tidak lokek membelanjakan wang untuk menjamu ahli keluarganya terutamanya setiap kali menjelang Ramadan.

Jenazah Jaafar Onn dikebumi selepas maghrib
Jenazah Allahyarham Jaafar Onn dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Kampung Tanjung Gading, di sini kira-kira pukul 5 petang tadi.

Anwar, Zahid ucap takziah kepada keluarga Jaafar Onn
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga penghibur tanah air Jaafar Onn yang meninggal dunia hari ini.

Cili Padi dan bunga matahari, semua generasi ada kenangan dengan Jaafar Onn
Allahyarham Jaafar Onn, satu nama yang cukup ikonik dan sangat popular dalam dunia seni tempatan.

'Allahyarham Jaafar Onn sangat pemurah' - Haiza Hanafi
Allahyarham Jaafar Onn sangat pemurah, rajin berkongsi rezeki serta ilmu sehingga membentuk kerjaya Haiza dalam dunia pengacaraan haiza pada hari ini.

Allahyarham Jaafar Onn meninggal ketika prosedur endoskopi - Anak angkat
Anak angkat kepada pelakon, pengacara dan pelawak Jaafar Onn, Mohd Hanif Mohd Hashim memberitahu Allahyarham meninggal dunia ketika sedang menjalani prosedur endoskopi pada 11.32 pagi tadi.

Jaafar Onn meninggal dunia
Seniman Jaafar Onn menghembuskan nafas terakhir Hospital Serdang pada usia 73 tahun.

Jaafar Onn imbas kenangan terakhir bersama Rohana Jalil
"Ketika itu dia nak berjalan pun susah, nyanyi pun sambil duduk"

'Dia nampak letih ketika show' - Jaafar Onn terkejut Rohana Jalil kritikal di ICU
Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil kini dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tanpa diketahui penyakit.