MEKAH: Berbaki empat hari sebelum berwukuf pada 9 Zulhijjah (15 Jun), seorang lagi jemaah haji negara meninggal dunia di Tanah Suci, menjadikan keseluruhan lima jemaah haji negara meninggal dunia setakat ini.
Jemaah yang meninggal dunia ialah Zuraida Mohd Haris, 37, dari Ampang, Selangor.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan punca kematian Zuraida adalah disebabkan pendarahan otak pada sebelah kanan.
"Allahyarham sebelum itu mendapatkan rawatan selama enam hari dan meninggal dunia pada 10 Jun (Isnin), jam 8:15 malam di Hospital King Abdul Aziz di Mekah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di Abraj Al-Janadriyah, Mekah.
Mohd Na'im memaklumkan, jenazah Zuraida dikebumikan pada pagi Selasa di Tanah Perkuburan Shuhada Al-Haram di Mekah.
Beliau berkata, dengan kematian terbaharu itu menjadikan bilangan jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci ialah seramai lima orang setakat ini.
"Tabung Haji (TH) akan membuat badal haji kepada kesemua jemaah haji yang meninggal dunia ini dengan kosnya ditanggung oleh Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia," ujar beliau.
Waris kepada Zuraida, iaitu suaminya, Mohd Azmil Abdul Hanid sudah dimaklumkan mengenai kematian isterinya itu.
Empat kematian jemaah haji negara sebelum ini ialah Abnil Hajar Ismail, 72, dari Kedah yang meninggal dunia pada 24 Mei lepas.
Manakala, pada 29 Mei lepas, kematian kedua menimpa Mohd Zahir Ismail, 58, yang menghembuskan nafas terakhir semasa tawaf umrah pertama akibat diserang sakit jantung.
Pada 7 Jun lalu, dua lagi jemaah Malaysia meninggal dunia ialah Ghazali Ahmad, 71, dari Kedah, dan Noormadiah Mat Ali, 53, dari Terengganu.
Punca kematian mereka masing-masing adalah disebabkan kegagalan buah pinggang dan sumbatan pembuluh darah di perut serta jangkitan kuman pada paru-paru.
Kedua-dua mereka dikebumikan di Tanah Perkuburan Shuhada Al-Haram dan Tanah Perkuburan Sharayaa, Mekah.
Kuota jemaah haji Malaysia pada tahun ini yang diberikan Arab Saudi ialah seramai 31,600 orang dengan kesemuanya kini berada di Mekah dan bersiap-sedia untuk berwukuf.
Wukuf di Arafah pada tahun ini ialah pada 9 Zulhijjah iaitu pada 15 Jun ini bersamaan hari Sabtu, iaitu kemuncak musim panas di Arab Saudi.
Azlinariah Abdullah
Tue Jun 11 2024

Allahyarham Zuraida meninggal dunia akibat pendarahan otak pada sebelah kanan. -Facebook Mohd Azmil Abdul Hanid

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh dijangka menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.

Misi Haji 2024: Kayuhan suci ke Haramain dari Kuala Lumpur
Perjalanan 12,000 kilometer mereka melalui jalan darat memakan masa tujuh bulan merentasi tujuh negara.

Penduduk dakwa gua Safarwadi boleh 'tembus' ke Mekah
Warga maya menyifatkan dakwaan itu sebagai dogengan serta mengingatkan kepada masyarakat jangan mudah terpedaya dengan dakwaan pelik.

Media antarabangsa dibawa lawat kilang air zamzam, pusat kad nusuk
Zamazemah Co ialah satu daripada syarikat yang dipertanggungjawabkan kerajaan Arab Saudi untuk memproses air zamzam bagi diedarkan kepada jemaah.

Johan hampir terlepas pesawat tunai haji
Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud isu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya.

Arab Saudi keluarkan 1.7 juta Kad Nusuk untuk Haji 2024
Sebagai persediaan menghadapi musim haji 1445H/2024, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan 1.7 juta Kad Nusuk sebagai langkah bagi memastikan kelancaran proses haji.

Polis tubuh pasukan petugas khas jemaah haji terkandas di Mekah
JSJK Bukit Aman menubuhkan pasukan petugas khas yang berperanan melakukan siasatan dan tindakan awal terhadap sebarang aduan jemaah haji negara ini terkandas di Mekah.

Tidak tahu duit raya ke mana, rupa-rupanya...
Noorfarhanah seorang daripada 315 Sahabat Maktab yang terpilih untuk membantu petugas haji dan jemaah lain yang lebih memerlukan.

Stres di Tanah Suci? Peluang jemaah tulis luahan perasaan di Ranting Hati
Inisiatif Ranting Hati ini bertujuan memberi peluang kepada jemaah untuk berkongsi perasaan mereka melalui tulisan.

Rezeki lapan sekeluarga tunai haji bersama kerana pengorbanan ibu bapa menabung
Menabung sejak awal usia, membawa lima beradik ke Tanah Suci secara serentak pada tahun ini, musim 1445H/2024M.