MEKAH: Sejak lebih seminggu ribuan jemaah haji tiba di Tanah Suci, ada pelbagai masalah didepani mereka. Antara lain, mereka berdepan rasa rindu kepada keluarga, tertekan untuk beribadat dalam keadaan kesihatan bermasalah dan sukar keluar dari zon selesa dan menyesuaikan diri dengan persekitaran serba-serbi baharu di Mekah dan Madinah.
Jika masalah-masalah itu dipandang remeh dan tidak diuruskan dengan baik, untuk jangka masa panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan mental jemaah itu.
Kaunselor Unit Kaunseling Tabung Haji (TH), Mohd Najib Harun berkata, selain berjumpa kaunselor atau pakar psikologi, ada cara lain yang jemaah haji Malaysia musim kali ini boleh lakukan untuk mendepani cabaran di Tanah Suci, iaitu turut sama terlibat dengan pendekatan terapi naratif membuat luahan tulisan di Ranting Hati.
"Ini adalah insiatif terbaharu yang diusahakan Unit Kaunseling TH untuk membantu jemaah menguruskan cabaran dihadapi mereka sepanjang menjadi tetamu di Tanah Suci."
"Kita tahu bahawa peluang dan keputusan mengerjakan haji ini bukan mudah. Ada banyak pengorbanan diperlukan. Kalau di tanah air selalu minum kopi di pagi hari, di sini mereka perlu bangun untuk beribadat, kalau di Malaysia tidak panas, di sini panas terik dan terpaksa berjalan jauh pula untuk ke masjid.
"Untuk semua pergorbanan ini, jemaah perlu saling meyokong sesama sendiri. Jika tertekan dengan masalah ini, sekurang-kurangnya mereka boleh meluahkan isi hati mereka di ranting pokok yang kita gelar Ranting Hati," katanya kepada petugas media di Mekah.
Menurut Mohd Najib, inisiatif Ranting Hati ini bertujuan memberi peluang kepada jemaah untuk berkongsi perasaan mereka melalui tulisan di mana pada akhirnya ia bermatlamat memberi kelegaan kepada dirinya dan juga memberi perkongsian yang positif kepada jemaah lain yang membacanya.
"Terapi naratif ini menggalakkan jemaah mengeluarkan isi hati, sebarang perasaan terbuku, pergelutan dalam diri supaya tidak terpendam, kerana kita bimbang jika terpendam tidak diluahkan ia boleh menjejaskan kesihatan mental mereka.
"Tiada tindakan susulan dibuat kepada jemaah yang meluahkan perasaan mereka, ia cuma terjemahan dan refleksi supaya jemaah sekurang-kurangnya meluahkan untuk meredakan keresahan atau tekanan mereka," katanya yang memaklumkan bahawa TH sentiasa menjadikan isu kesihatan mental 31,600 jemaah sebagai satu keutamaan bagi operasi musim haji 1445H/2024M.
Ditanya bagaimana bentuk tulisan dan luahan jemaah setakat dua minggu ketibaan jemaah, beliau berkata, tumpuan tulisan adalah lebih kepada bertema iaitu kerinduan, refleksi semangat dan positif dengan perubahan.
"Kebanyakannya rindu keluarga, teringat mak ayah dan anak-anak. Tetapi ada juga menulis mengenai kesyukuran dengan rezeki yang diperoleh dan ada juga bertekad untuk menjadi dhuyufurrahaman yang sebaiknya," ujar beliau.
Beliau berkata, pada akhirnya, luahan di Ranting Hati yang juga bersifat maklum balas daripada jemaah itu akan membantu TH menambah baik perkhidmatan yang memenuhi keperluan asas psikologi dan sosial jemaah haji.
"Luahan-luahan hati itu tidak disalin, tetapi pada masa akan datang ia berguna sebagai data untuk TH memperbaiki apa keperluan yang mungkin boleh memenuhi apa yang jemaah mahu," kata beliau.
Sementara itu, jemaah yang ditemui melahirkan rasa lega dapat menulis perasaan yang terbuku di atas kertas dan luahan itu digantung pula di pokok Ranting Hati.
"Saya rasa ini insiatif yang baik kerana kita perlu sentiasa meluahkan perasaan kita, apalagi kita berada jauh dari tanah air, tiada keluarga, jadi jemaah sahaja rakan-rakan kita untuk berkongsi apa sahaja yang kita rasa.
"Jadi, kalau malu tetapi ada boleh buat luahan tanpa berkongsi dengan orang lain, tulis sahaja di Ranting Hati," kata Siti Ruhana Kadir, bekas Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.
Bagi Siti Bidah Said, seorang pesara guru pula akui, cabaran berada di Tanah Suci dan menjadi tetamu Allah ialah memastikan kesungguhan untuk melakukan ibadat secara optimum itu amat sukar.
"Justeru, kita perlu saling sokong menyokong di antara satu sama lain untuk saling ingat mengingati serta berpesan-pesan untuk sebarang perkara yang baik diperoleh di Mekah dan Madinah di musim haji," katanya.
Penulisan di Ranting Hati terbuka kepada semua jemaah dan petugas TH dan ia sudah beroperasi sejak awal bulan ini.
Perlu diingatkan bahawa ini adalah salah satu ikhtiar dan mengadu kepada Allah adalah yang terbaik di mana sahaja berada kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihani.
Azlinariah Abdullah
Mon May 20 2024
Kaunselor Unit Kaunseling Tabung Haji (TH), Mohd Najib Harun. - Foto ihsan TH
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Seorang maut, lelaki tikam secara rambang di stesen keretapi
Sekurang-kurang seorang maut, dua cedera selepas beberapa orang ditikam secara rambang pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api Jepun.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Cabaran digital dan realiti kehidupan pascaperang di Syria
Hanya sekitar 36% populasi Syria terhubung dengan internet, dengan kelajuan yang sangat rendah dan sering terganggu, terutama di kawasan luar bandar yang terjejas akibat konflik.
Lelaki kenya kerat bini, sumbat dalam beg galas
Polis Kenya menahan seorang lelaki didakwa membawa anggota badan isterinya yang telah dikerat-kerat dalam sebuah beg galas.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
AWANI Ringkas: Keputusan Jemaah Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perbuatan bakar anak hidup-hidup kejam - Bapa
Bapa kepada mangsa bunuh dibakar ketika hidup dalam rumah bersama bapa angkatnya, disifatkan sebagai perbuatan kejam.
KKM nilai beberapa faktor sebelum laksana WBB secara menyeluruh
Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) di fasiliti kesihatan kerajaan masih di peringkat percubaan dan hanya akan dilaksanakan secara menyeluuruh selepas mendapat repon positif daripada semua pihak.
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.
Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi
Projek ini bertujuan mengubah landskap Ipoh dengan menghubungkan ruang kediaman, komersial, dan rekreasi, serta dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan nasional.
Kanser payudara: wanita tanggung lebih stres, sendiri urus penyakit, rumah/anak/orang tua
Menurut Dr Nirmala, dalam kebanyakan kes, wanita lewat dapatkan rawatan termasuk kurang berasa terdesak untuk beri perhatian kepada kesihatan mereka.
Stres di Tanah Suci? Peluang jemaah tulis luahan perasaan di Ranting Hati
Inisiatif Ranting Hati ini bertujuan memberi peluang kepada jemaah untuk berkongsi perasaan mereka melalui tulisan.
Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet
Punca utama stres termasuk, beban kerja berat, kekurangan latihan atau sokongan dan tekanan tinggi daripada pengurusan atau persekitaran.
Perak giat anjur program tangani isu guru stres
Masyarakat terlepas pandang atau kurang peka dengan stres yang dihadapi para guru ketika menjalankan tugas.
Selain faktor keturunan, ini 10 punca utama mengapa uban tumbuh lebih awal
Ada beberapa punca luaran yang boleh menjadi penyebab kepada mengapa uban atau rambut putih tumbuh pada usia lebih muda.
Stres akibat pandemik, lelaki terjun tasik setiap hari
Lebih ekstrem lagi apabila O'Conor pernah melakukannya musim sejuk iaitu sewaktu tasik Michigan membeku.
COVID-19: Tahap keresahan, tekanan rakyat Malaysia paling tinggi - Ipsos
Menurut tinjauan firma penyelidikan pasaran dan perundingan antarabangsa, Ipsos, tekanan tersebut hadir daripada perubahan rutin selain tekanan keluarga.
Ini 5 langkah mudah untuk tingkat tahap kesihatan anda
Ini lima perkara yang boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan anda tidak kira usia.
Anda masih bekerja dari rumah? Amalkan tip ini untuk elak konflik kerja dan keluarga
Bagi mereka yang bekerja dari rumah, bagaimana anda boleh teruskan mengadaptasi dengan normal baharu ini untuk beberapa minggu yang akan datang?
COVID-19: Ketakutan kepada penyakit sebabkan kesan emosi yang teruk
Ketakutan atau kebimbangan mengenai penyakit boleh mendatangkan kesan emosi yang teruk bagi sesetengah individu.