KUALA LUMPUR: Masih terdapat ruang yang besar untuk penambahbaikan dari segi sokongan terhadap kesihatan mental dan pengurusan stres pekerja di Malaysia menurut laporan pengambilan pekerja, pampasan dan faedah Jobstreet by SEEK 2024.
Pengarah Urusan Jobstreet by SEEK di Malaysia Vic Sithasanan dalam satu kenyataan berkata laporan itu mendedahkan bahawa 18 peratus pekerja mengkategorikan tempat kerja mereka sebagai 'sangat tertekan' dengan industri perkhidmatan pengguna sebagai paling tertekan, diikuti oleh peruncitan dan perdagangan.
"Dengan mengutamakan sokongan terhadap kesihatan mental, organisasi bukan sahaja menunjukkan keperihatinan mereka kepada pekerja, tetapi juga memupuk persekitaran kerja yang lebih produktif dan mampan.
"Menurut laporan itu, punca utama stres pekerja termasuk, beban kerja yang berat (37 peratus), kekurangan latihan atau sokongan (30 peratus) dan tekanan tinggi daripada pihak pengurusan atau persekitaran yang perlukan kepantasan dalam melakukan kerja (29 peratus)," katanya.
Beliau menambah, laporan itu juga mendapati bahawa syarikat secara keseluruhan mengadakan ceramah mengenai kesihatan mental atau kesejahteraan secara purata 3.9 kali setahun dengan ramai pekerja tidak sabar untuk melanjutkan cuti paterniti dan bersalin serta pengenalan cuti haid.
Vic berkata 37 peratus daripada 454 pekerja profesional yang dikaji selidik oleh laporan itu mengakui usaha semasa mereka hanya sekadar "mencukupi", menunjukkan ruang yang besar untuk penambahbaikan.
"Lebih banyak syarikat kini menawarkan ceramah mengenai kesihatan mental atau kesejahteraan dengan 32 peratus mengadakan program sebegitu lebih dari enam kali setahun.
"Bagaimanapun, masih terdapat keperluan untuk penambahbaikan, memandangkan 28 peratus dari organisasi hanya menjalankan ceramah sebegini sekali dalam setahun," katanya.
Sementara itu, beliau menambah bahawa banyak syarikat di negara ini sedang melihat kemungkinan menambah cuti paterniti dan bersalin masing-masing sebanyak 12 dan 11 peratus, mengambil kira perkembangan dinamik keluarga dan keperluan pekerja.
Beliau juga berkata di sebalik perkembangan positif ini, hanya enam peratus daripada syarikat yang ditinjau menyediakan cuti haid manakala lima peratus lagi merancang memberi cuti haid dalam tempoh 12 bulan akan datang.
"Ia sangat mencabar buat majikan untuk terus melakukan perubahan dalam memenuhi keperluan dan keutamaan pekerja, tetapi laporan kami menunjukkan bahawa syarikat-syarikat di Malaysia sedar di mana penambahbaikan boleh dilakukan dan banyak syarikat bersifat terbuka dalam menjalankan polisi yang baharu dan lebih baik yang selaras dengan kehendak tenaga kerja mereka," katanya.
Vic berkata bahawa laporan itu berfungsi sebagai sumber yang berharga untuk majikan, pihak sumber manusia dan penggubal dasar, menawarkan informasi yang dipacu oleh data untuk membolehkan keputusan strategik dibuat dan memacu perubahan positif tempat kerja di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Segolongan pekerja mengkategorikan tempat kerja mereka sebagai 'sangat tertekan', dengan industri perkhidmatan pengguna sebagai paling tertekan, diikuti peruncitan dan perdagangan. - Gambar hiasan/Freepik
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy
Sejumlah 3,000 individu telah menerima manfaat menerusi program Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak pada tahun lepas.

Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.

Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB
Anggaran menunjukkan lebih 17,000 kanak-kanak kini tanpa keluarga di Gaza.

Rujukan kesihatan mental kanak-kanak di England meningkat
Bilangan kanak-kanak yang dirujuk kepada perkhidmatan kesihatan mental kecemasan di England telah meningkat secara mendadak.

Henti stigma, cakna isu kesihatan mental tanggungjawab bersama
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, angka itu merupakan peningkatan dua kali ganda berbanding dapatan 2019.

Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.