MEKAH: "Kalau orang lain ada dapat duit raya banyak, habis raya belanja boleh beli jajan, barang mainan, beli macam-macam. Macam saya, duit raya tak dapat pegang, tak tahu pergi ke mana.
"Apabila sudah besar, waktu kakak dan abang dapat pergi Mekah, kecuali saya pada 2018, baru saya tahu rupa-rupanya duit raya itu, ibu dan ayah masukkan dalam Tabung Haji, untuk saya sekeluarga tunai haji dalam usia muda. Saya tahu pun bila saya dah besar."
Itu antara perkongsian jemaah haji muda, Noorfarhanah Ahmad Sukri, 25 tahun, mengenai perjalanannya bergelar duyufurrahman bagi musim 1445H/2024M ini.
"Itulah hasilnya sekarang, saya ada di sini, di Tanah Suci, pada usia 25 tahun. Kalau tak ada tabungan duit raya, duit bantuan ibu dan bapa saudara dan lain-lain, saya tidak ada di sini.
"Semuanya hasil pengorbanan mereka. Saya tidak ada keluar satu sen pun," kata anak muda ini yang merupakan guru tadika di sebuah cawangan Little Caliphs di Johor.
Menurutnya, dia berasal dari keluarga susah, di mana bapanya adalah pemandu bas dan ibunya pula suri rumah, gigih membesarkannya bersama dua lagi adik beradiknya.
Bagaimanapun, menurut Noorfarhanah, setiap kali hari raya dan hasil duit raya yang diberikan, termasuk oleh ibu dan bapa saudara serta saudara mara lain, kesemuanya dimasukkan dalam akaun Lembaga Tabung Haji (TH).
"Saya tidak tahu jumlahnya (duit raya), tetapi saya tahu banyak. Ibu daftar pada 2009, dapat tawaran sebenarnya pada 2018, tetapi saya tak pergi sebab umur belum 18 tahun.
"Dapat tawaran haji lagi pada 2023, saya tahu jumlahnya cukup sebab ibu kata saya tidak perlu tambah apa-apa, mereka selesaikan semuanya.
"Malah, kata ibu, selepas saya pulang dari haji ini sekali pun, duit dalam Tabung Haji masih lebih daripada banyak," cerita Noorfarhanah yang ditemui di tempat penginapannya di Maktab Fajr AlBadaya 2 di sini selepas menerima pelantikan sebagai Sabahat Maktab untuk musim haji tahun ini.
Noorfarhanah merupakan salah seorang daripada keseluruhan 315 orang Sahabat Maktab yang terpilih untuk membantu petugas haji menjalankan tugas dan memberi bantuan kepada jemaah yang lebih memerlukan sepanjang oeprasi haji lebih-lebih lagi semasa Masyair di Arafah, Mina dan Mudzalifah.
Sahabat Maktab adalah insiatif yang digerakkan TH sejak 2006 dan setiap tahun ia sentiasa mendapat perhatian jemaah haji untuk menggalas tanggungjawab berkenaan walaupun tiada sebarang insentif diberikan.
Sementara itu, Noorfarhanah turut ditanya kebimbangannya apabila datang ke Tanah Suci tanpa ditemani.
"Sudah pasti yang paling takut ialah jika kita ada membuat kesilapan dan kesalahan. Tetapi saya seboleh mungkin bergaul serta bermesra dengan semua orang, di mana semua jemaah di sini saya anggap seperti keluarga saya.
"Saya panggil semuanya 'ummi', memandangkan saya lebih muda. Jemaah yang lebih berusia sentiasa menyokong dan meyakinkan saya. TH juga banyak meyakinkan saya bahawa saya boleh melakukannya (haji dalam usia muda)," katanya.
Dalam pada itu, Noorfarhanah sebak dan sesekali air matanya mengalir apabila berkongsi mengenai kesusahan dan kepayahan yang ditanggung keluarganya.
"Antara kesusahan yang paling tidak boleh dilupakan ialah apabila ayah ditipu rakan bisnes sendiri. Habis duit raya kami adik beradik.
"Untuk tampung dan cari duit ayah kerja lebih masa, sampai kami tak jumpa atau bertemu ayah kerana ayah sibuk bekerja," katanya yang turut memaklumkan ayahnya meninggal dunia pada 2018, selepas mengerjakan haji pada tahun tersebut.
Tambah Noorfarhanah, dia pernah mendapat tawaran sambung belajar di Universiti Al-Azhar tetapi menolaknya kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk perbelanjaan pendidikannya di Mesir.
"Ada hikmahnya juga, kalau saya terima tawaran itu, saya mungkin tidak akan jumpa ayah saya sebelum dia meninggal. Saya memilih untuk bekerja sebab hendak bantu keluarga, keluar dari kesusahan.
"Alhamdulillah, saya dah nampak sekarang. Walaupun ayah sudah tidak ada, banyak pesannya yang saya ingat iaitu sentiasa tolong orang lain yang dalam kesusahan.
"Sebelum saya berangkat juga, ibu ada menasihatkan saya supaya sentiasa ringan tulang membantu orang lain yang susah di sini sebab itu adalah peluang untuk kumpul pahala berganda-ganda.
"Itulah sebabnya saya sertai Sahabat Maktab, saya boleh tolong jemaah lain yang lebih memerlukan," tambah Noorfarhanah.
Azlinariah Abdullah
Sun May 26 2024
Noorfarhanah menceritakan perjalanannya bergelar duyufurrahman pada usia muda dan pembabitannya sebagai salah seorang yang dilantik sebagai Sahabat Maktab. - Foto Tabung Haji
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Seorang maut, lelaki tikam secara rambang di stesen keretapi
Sekurang-kurang seorang maut, dua cedera selepas beberapa orang ditikam secara rambang pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api Jepun.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Cabaran digital dan realiti kehidupan pascaperang di Syria
Hanya sekitar 36% populasi Syria terhubung dengan internet, dengan kelajuan yang sangat rendah dan sering terganggu, terutama di kawasan luar bandar yang terjejas akibat konflik.
Lelaki kenya kerat bini, sumbat dalam beg galas
Polis Kenya menahan seorang lelaki didakwa membawa anggota badan isterinya yang telah dikerat-kerat dalam sebuah beg galas.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
AWANI Ringkas: Keputusan Jemaah Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perbuatan bakar anak hidup-hidup kejam - Bapa
Bapa kepada mangsa bunuh dibakar ketika hidup dalam rumah bersama bapa angkatnya, disifatkan sebagai perbuatan kejam.
KKM nilai beberapa faktor sebelum laksana WBB secara menyeluruh
Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) di fasiliti kesihatan kerajaan masih di peringkat percubaan dan hanya akan dilaksanakan secara menyeluuruh selepas mendapat repon positif daripada semua pihak.
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.
Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi
Projek ini bertujuan mengubah landskap Ipoh dengan menghubungkan ruang kediaman, komersial, dan rekreasi, serta dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan nasional.
Tidak tahu duit raya ke mana, rupa-rupanya...
Noorfarhanah seorang daripada 315 Sahabat Maktab yang terpilih untuk membantu petugas haji dan jemaah lain yang lebih memerlukan.
Kerja 24 jam tanpa bayaran, Sahabat Maktab sanggup bantu jemaah haji
Walaupun perlu berkorban masa dan tenaga, kesemua mereka bertekad menyantuni tetamu Allah dengan sebaiknya seperti yang dilakukan petugas TH.