MEKAH: Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasih ayah tidak sanggup berpisah. Namun, sayang dan berkorbannya keluarga, menabung sejak awal usia, membawa lima beradik ke Tanah Suci secara serentak pada tahun ini, musim 1445H/2024M.
Itulah rezeki yang tertulis buat Nurul Adila Farhana Abdul Wahab, 36, Mohamad Farid Firdaus Abdul Wahab, 35, Nurul Fitriyah Abdul Wahab, 32, Mohamad Fadhzli Abdul Wahab, 29 dan Nurul Syakila Abdul Wahab, 27 menjadi dhuyufurrahman.
Lebih bermakna, kehadiran mereka ke Tanah Suci juga disertai ipar duai, iaitu pasangan kepada tiga beradik itu, iaitu suami Nurul Adila, Azizan Azahari; isteri Mohamad Farid Firdaus, Isyarah Ibrahim dan suami Nurul Fitriyah, Mohd Ridhuan Mohamad Sani.
"Ini hajat ibu bapa kami yang mahu semua anaknya menunaikan haji di usia muda dan ia termakbul hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun," kata anak sulung Nurul Adilla Farhana ditanya bagaimana mereka boleh sampai ke tanah suci secara serentak.
Katanya, dalam tempoh tersebut, wang hasil pendapatan bapa mereka, Abdul Wahab Md Saad dan ibu mereka, Nurani Mohamed Noor sebagai pekerja swasta serta jururawat dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji setiap bulan.
"Ini bagi memastikan kami lima beradik dapat menunaikan ibadat rukun Islam kelima itu. Sebak, kami adik beradik memikirkan betapa susah payah ibu bapa kami menabung bagi membolehkan kami semua sampai di sini. Rasa seperti tidak percaya pun ada," kata Nurul Adila semasa ditemui di maktab penginapannya di Mekah.
Pasangan Abdul Wahab dan Nurani mempunyai enam anak di mana anak bongsu pasangan itu, Nurul Aisyah Zulaikha baru sahaja berusia 13 tahun dan tidak bersama kakak dan abangnya sebagai dhuyufurrahman.
Kini, lima daripada enam anak selain tiga menantu dapat menjejakkan kaki ke Mekah tahun ini tetamu Allah walaupun pasangan suami isteri tersebut tidak dapat bersama-sama mereka.
Menurut salah seorang anak, Mohamad Fadhzli, kedua-dua ibu bapanya mahu mereka mengerjakan haji di usia muda agar dapat melaksanakan ibadat dalam keadaan sihat.
“Kami mendaftar secara serentak pada tahun 2009 oleh kedua ibu-bapa kami, yang sudah mengerjakan haji pada 2015. Mereka mulakan menabung untuk semua anak-anak sejak kecil lagi secara bulanan sehinggalah kami berumur 18 tahun. Apabila berumur 18 tahun kami teruskan usaha tersebut sehinggalah permohonan kami diterima serentak pada tahun ini,” kata Mohamad Fadhzli yang merupakan anak keempat.
Dalam pada itu, Nurul Adilla Farhana, yang merupakan anak sulung pula berkata, walaupun gaji tidak seberapa, ibunya membuat potongan sekurang-kurangnya RM50 pada setiap bulan.
“Itulah tabung kami. Ada duit sikit atau banyak, masuk tabung, tidak kira duit apa, duit raya, duit orang bagi dan sebagainya dijadikan tabungan kami sejak kecil. Tabungan itu memang ada kerana ibu berniat agar semua anak-anaknya pergi haji bersama-sama,” jelasnya.
Bagi Mohd Farid Firdaus, pula, dia akui, kehidupan mereka sekeluarga tidak semudah yang disangka walaupun kedua-dua ibu bapanya bekerja.
“Dulu hidup kami susah. Ibu pun jururawat, bermula dari peringkat bawah dan dia sanggup untuk membuat potongan gaji sikit demi sikit.
“Walaupun susah ibu tetap bertahan. Tapi itulah pengorbanan seorang ibu yang kita tidak tahu kesusahan ditanggung mereka sehingga tinggal beberapa ringgit sahaja wang gaji mereka," katanya.
Dan, kata adik beradik itu, di atas pengorbanan ibu bapa menabung itulah, mereka lima beradik dapat menunaikan haji pada tahun ini dan ia cukup bermakna buat mereka semua.
"Syukur itu tidak pernah surut daripada bibir kami, kerana mengenangkan semua ini adalah pengorbanan ibu bapa, Allah bentangkan jalan yang mudah untuk kami sampai ke sini. Dan, kami akan sentiasa ingat apa yang ibu mahu kami doakan - iaitu kami perlu bersatu, bila susah tolong antara satu sama lain, jangan balik tetapi redha jika ada berlaku apa-apa ujian.
"Mereka juga mahu kami doakan mereka supaya dimurahkan rezeki, dan itu semestinya doa kami untuk mereka. Itu pasti. Tanpa pengorbanan mereka, kami tidak ada di sini. Kami tidak digelar dhuyufurrahman."
Azlinariah Abdullah
Fri May 17 2024
Menabung sejak awal usia, membawa lima beradik ke Tanah Suci secara serentak pada tahun ini, musim 1445H/2024M. - Foto Astro AWANI/Azlinariah Abdullah
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Seorang maut, lelaki tikam secara rambang di stesen keretapi
Sekurang-kurang seorang maut, dua cedera selepas beberapa orang ditikam secara rambang pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api Jepun.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Cabaran digital dan realiti kehidupan pascaperang di Syria
Hanya sekitar 36% populasi Syria terhubung dengan internet, dengan kelajuan yang sangat rendah dan sering terganggu, terutama di kawasan luar bandar yang terjejas akibat konflik.
Lelaki kenya kerat bini, sumbat dalam beg galas
Polis Kenya menahan seorang lelaki didakwa membawa anggota badan isterinya yang telah dikerat-kerat dalam sebuah beg galas.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
AWANI Ringkas: Keputusan Jemaah Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perbuatan bakar anak hidup-hidup kejam - Bapa
Bapa kepada mangsa bunuh dibakar ketika hidup dalam rumah bersama bapa angkatnya, disifatkan sebagai perbuatan kejam.
KKM nilai beberapa faktor sebelum laksana WBB secara menyeluruh
Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) di fasiliti kesihatan kerajaan masih di peringkat percubaan dan hanya akan dilaksanakan secara menyeluuruh selepas mendapat repon positif daripada semua pihak.
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.
Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi
Projek ini bertujuan mengubah landskap Ipoh dengan menghubungkan ruang kediaman, komersial, dan rekreasi, serta dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan nasional.
Rezeki lapan sekeluarga tunai haji bersama kerana pengorbanan ibu bapa menabung
Menabung sejak awal usia, membawa lima beradik ke Tanah Suci secara serentak pada tahun ini, musim 1445H/2024M.