SEPANG: Jemaah haji yang terkandas di Mekah selama sebulan hari ini merakamkam penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas urusan membawa mereka pulang ke tanah air.
Bercakap kepada kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini hari ini, pesara swasta yang hanya ingin dikenali sebagai Mohammad berkata bantuan yang diberikan kerajaan telah melancarkan urusan tersebut dan mereka kini selamat tiba di tanah air.
"Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ringkas kerana tidak dapat memberikan kerjasama lanjut susulan isterinya rebah dan hampir pengsan.
Mohamad, 60, dan isterinya yang dikenali sebagai Ju, 58, tiba di KLIA Terminal 2 pada 7 petang menerusi penerbangan dari Singapura.
Baru-baru ini media melaporkan pasangan suami isteri terkandas di Mekah dan memohon bantuan selepas agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji menggunakan visa pelancong, tidak memberikan kerjasama apabila diminta mengembalikan pasport bagi membolehkan mereka pulang ke Malaysia.
Sementara itu, anak ketiga kepada pasangan berkenaan, Ena, 33, berkata keadaan yang menimpa ibu bapanya membuatkan dia tidak keruan dan bertindak berhubung sendiri dengan wakil Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah pada Rabu lepas.
Menurut Ena ibunya menghidap penyakit darah tinggi dan lemah jantung sejak lima tahun lepas.
"Saya mula berhubung dengan pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah untuk terangkan situasi yang menimpa ibu bapa saya serta hampir 300 mangsa lain.
"Pihak konsulat sangat membantu dan hampir setiap hari akan hantar perkembangan urusan penghantaran ibu dan bapa saya termasuk gambar mereka kepada saya," katanya yang merupakan penasihat undang-undang.
Menurutnya pihak konsulat telah berurusan dengan agensi pelancongan terbabit dengan meminta mereka memulangkan pasport dan menampung kos penerbangan pulang ke tanah air.
"Alhamdulillah, semalam mereka bertolak dari Jeddah dan transit di Singapura sebelum berlepas ke KLIA hari ini," katanya menambah ibu bapanya berlepas ke Mekah pada 2 Mei lepas.
Ena berkata dia telah membuat laporan polis dan memberi keterangan kepada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Lembaga Tabung Haji dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah berhubung insiden tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024

Pasangan suami isteri yang terkandas di Mekah yang hanya ingin dikenali sebagai Mohammad, 60, dan Ju, 58, tiba di KLIA 2 hari ini. - Gambar Bernama
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmi Kamaruzaman dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang baharu
Datuk Azmi Kamaruzaman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) suruhanjaya berkenaan berkuat kuasa 13 Februari lepas.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat: Benarkan wakil rakyat terima aduan salah laku - Peguam
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat perlu dipinda dengan memberikan kuasa kepada wakil rakyat untuk menerima maklumat.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

CEO, Pengerusi Able Global bebas tahanan reman SPRM
Able Global Bhd (Able Global) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Edward Goh Swee Wang dan Pengerusi Ng Keng Hoe sudah dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (S

Kes salah laku DBKL: Tiada elemen jenayah, wujud kelemahan tatakelola - Azam Baki
Tiada elemen jenayah didapati berlaku berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

Op Sky: SPRM akan panggil 5 hingga 10 lagi saksi, siasatan lengkap sebulan lagi
Siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai di beberapa institusi kewangan dalam Op Sky dijangka selesai dalam tempoh sebulan.