MEKAH: Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sepanjang berada di Tanah Suci bagi memastikan mereka dapat dikenali dan dibantu jika berlaku sebarang kejadian luar jangka.
Pengurus Khidmat Pelanggan TH di Mekah, Mohamad Zakee Mohd Zaludin berkata, setakat 9 Mei lepas, daripada 71 aduan diterima daripada jemaah, 87 peratus berjaya diselesaikan dengan kebanyakannya tentang kehilangan tanda pengenalan diri seperti lanyard dan gelang haji.
"Kita nasihatkan semua jemaah haji kita untuk menjaga seelok-eloknya dan sebaik mungkin tanda pengenalan masing-masing seperti lanyard, lencana dan juga gelang haji agar tidak kehilangan sebab di Tanah Suci itulah tanda pengenalan kita menggantikan kad pengenalan dan dokumen penting di tanah air," katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat Tabung Haji di sini.
Selain kehilangan lanyard, katanya, aduan yang diterima setakat ini hanya melibatkan hal-hal kecil yang berkisar tentang masalah di tempat penginapan seperti kerosakan penghawa dingin dan sebagainya.
Namun biar apapun jua masalah diajukan oleh jemaah, Mohd Zakee memberi jaminan Bahagian Khidmat Pelanggan akan berusaha untuk menanganinya dalam tempoh 24 hingga 72 jam bergantung kepada permasalahan yang dikemukakan.
Pada masa sama, katanya, seperti musim haji sebelum ini, Pasukan Peronda TH akan bertugas 24 jam dilapan tempat pemeriksaan atau lokasi khusus di sekitar Masjidil Haram bagi membantu jemaah haji Malaysia, terutama dari segi pandu arah demi memastikan keselamatan mereka.
Antara kawasan terlibat adalah dua kawasan di sekitar Marwah, sekitar pintu Assalam, dataran Safwah, kawasan dataran laluan ke Misfalah dan berhadapan pintu King Abdullah.
Beliau berkata, kebanyakan kes jemaah tersasar adalah melibatkan mereka yang kali pertama tiba Tanah Suci dan belum pernah menunaikan umrah terutama dalam kalangan warga emas.
"Jadi sebab itu kita tempatkan Pasukan Peronda TH di lapan kawasan utama di sekitar Masjidil Haram untuk lihat pergerakan mereka dan memantau pergerakan mereka. Contohya, bagi jemaah yang menunaikan umrah pertama memang kita akan lihat dan pantau perjalanan mereka dari satu tempat pemeriksaan ke tempat pemeriksaan lain.
"Jika ada jemaah lambat pulang kita akan maklumkan dalam kumpulan," katanya sambil memaklumkan setiap aduan dan maklumat kehilangan jemaah haji boleh diajukan di talian Hotline 012-5704433.
Sementara itu, sistem pemakaian lanyard yang berbeza-beza mengikut warna dalam kalangan jemaah haji Malaysia mengikut maktab penginapan yang diperkenalkan sejak 2017 diteruskan bagi melancarkan operasi musim haji 1445H/2024.
Pengarah Operasi Maktab, Ibu Pejabat TH di Mekah, Khairoddin Ahmad berkata, lanyard pertama yang mempunyai empat warna adalah pengenalan zon penginapan untuk jemaah haji melakukan umrah pertama semasa tiba di Mekah dan ia bagi memudahkan unit peronda TH di Masjidil Haram mengenal pasti hotel penginapan jemaah berkenaan jika mereka tersasar daripada kumpulan.
"Manakala satu lagi lanyard mempunyai lapan warna yang harus dipakai setiap masa kerana ia merupakan tanda pengenalan kepada maktab jemaah terbabit sama ada Maktab 77, Maktab 78, dan sebagainya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Khairoddin memaklumkan, dalam hal pemilihan hotel penginapan untuk jemaah haji, TH sentiasa mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk jarak dengan masjid serta kemudahan untuk jemaah orang kelainan upaya (OKU) bagi memastikan keselesaan mereka sepanjang mengerjakan ibadah haji.
"Bagi jemaah OKU atau berkerusi roda, kita akan cuba letakan mereka dalam tingkat yang rendah, jika ada kekosongan selain bilik yang dekat dengan lif. Pemilihan bangunan penginapan telah melalui penilaian yang ketat, ini termasuk kemudahan untuk OKU," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024

Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Tabung Haji sepanjang berada di Tanah Suci bagi memastikan mereka dapat dikenali dan dibantu jika berlaku sebarang kejadian luar jangka. - Gambar Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Tetamu saat akhir, Elfira Loy tunai ibadah haji
BAGAI bulan jatuh ke riba. Begitulah yang mungkin dirasai oleh pelakon dan pengacara, Elfira Loy apabila mendapat jemputan menunaikan ibadah haji.

Johan hampir terlepas pesawat tunai haji
Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud isu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya.

Agong berkenan santuni 'Duyufurrahman' negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci hari ini.

Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk

Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.

TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.

Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.

Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.

Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.

Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.