MEKAH: Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman menyeru jemaah haji tahun ini supaya mengamalkan sifat menjaga kebersihan tidak kira di mana berada terutama ketika Masyair agar terus mengangkat imej baik negara.
Syed Saleh menyifatkan kebersihan maktab turut mencerminkan kemabruran haji seseorang sebagai tetamu Allah selain ia amat dituntut dalam agama kerana kebersihan merupakan sebahagian daripada iman.
"Hendak mendapatkan haji mabrur antara ciri yang kena jaga adalah aspek kebersihan kerana ia merupakan sebahagian daripada iman...ada yang nak mengejar haji mabrur sehingga mengerjakan umrah sunat berkali-kali, tetapi bab kebersihan tidak dijaga terutama di Masyair.
"Sebelum kempen kebersihan dilaksanakan oleh Tabung Haji, soal kebersihan agak kurang dititikberatkan oleh jemaah dan ada yang meninggalkan khemah dalam keadaan kurang enak dipandang. Namun setelah kempen ini dilaksanakan pada 2017, saya cukup bangga dengan sikap yang ditunjukkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada petugas media selepas melancarkan Program Kebersihan Maktab di Maktab 84, Hotel Diary Al Saad di sini.
Turut hadir Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) Mohamed Hiekal Mohamed Yusuff dan Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Abdul Marsudi Manah.
Syed Saleh berkata sejak kempen kebersihan diperluaskan ke maktab-maktab penginapan serta bilik jemaah haji pada 2018, tahap kebersihan yang ditunjukkan jemaah haji semakin baik sehingga mendapat pujian kerajaan Arab Saudi dan Malaysia menjadi satu-satunya negara yang melaksanakan kempen seperti itu.
Dalam pada itu beliau turut melancarkan Pertandingan Kebersihan Bilik melibatkan kategori jemaah lelaki dan wanita di setiap maktab dalam usaha untuk menerapkan bukan sahaja sifat menjaga kebersihan tetapi juga amalan gotong royong dan muafakat.
"Kita sedia maklum dalam setiap bilik ada lima hingga enam jemaah daripada pelbagai latar belakang dan tahap sosio ekonomi. Jadi dengan adanya program seperti ini kita harap dapat merapatkan lagi lagi silaturahim selain memupuk sifat kerjasama dalam kalangan jemaah," katanya.
Pada majlis itu, jemaah yang hadir turut diperdengarkan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh johan qari Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa tahun lepas Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang merupakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024

Syed Saleh menyifatkan kebersihan maktab turut mencerminkan kemabruran haji seseorang sebagai tetamu Allah selain ia amat dituntut dalam agama. - Foto fail/Tabung Haji
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.
Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Angka korban akibat ribut kencang yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 15 orang dan dijangka akan terus meningkat.

Lady Gaga buat 4 konsert di Stadium Nasional Singapura pada Mei 2025
Singapura akan menjadi satu-satunya destinasi di rantau Asia bagi Lady Gaga dalam konsert jelajahnya kali ini.
"Amerika bukan Kanada", bidas Mark Carney terhadap ancaman AS
Bekas pegawai bank pusat, Mark Carney bertegas Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat dan sentiasa bersedia apabila ada pihak yang mencabar kedaulatannya.
Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza
Serangan berterusan di Gaza memberi kesan amat dahsyat kepada wanita, dengan seramai 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine
Menurut kenyataan Jabatan Negara AS pada Ahad, Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha Washington untuk menamatkan konflik.

Umairah kini miliki single raya pertama berjudul 'Tak Balik Raya'
Umairah Kini Miliki Single Raya Pertama Berjudul Tak Balik Raya - -Lagu Ini Mudah Melekat-
Kadar faedah The Fed dijangka lakukan tiga pemotongan tahun ini
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, keputusan Rizab Persekutuan (The Fed) Amerika Syarikat (AS) yang dijangka akan menurunkan kadar faedah sehingga tiga kali pada 2025 didorong oleh faktor seperti tekanan inflasi yang semakin reda serta keperluan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran ketidaktentuan global.

Jemaah haji 65 tahun ke atas dan berisiko tinggi digalak ambil vaksin COVID-19
Jemaah disaran membuat janji temu menerusi aplikasi MySejahtera mulai 14 Feb atau laman web rasmi TH.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.

Bayaran haji naik 20 peratus bagi B40 dan M40, kos haji kekal RM33,300
Setiap seorang jemaah haji kumpulan B40 terima Bantuan Kewangan Haji RM17,300 dan bantuan kerajaan RM1,000.

WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji
Kad kesihatan Haji ini dibangunkan berdasarkan infrastruktur utama (PKI) dalam Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global (GDHCN) WHO.

31 Sahabat Korporat TH sumbang RM4.8 juta kepada jemaah haji Malaysia
Lembaga Tabung Haji menerima sumbangan RM4.8 juta daripada 31 syarikat korporat melalui program Sahabat Koporat TH bagi membantu jemaah haji Malaysia.

Fahami pengertian istito'ah sebelum tunai ibadah haji
Pengetahuan perlu dikuasai untuk memastikan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna sekali gus membolehkan jemaah mendapat haji yang mabrur.

Hasrat meninggal dunia di Tanah Suci termakbul
Hasrat meninggal di Tanah Suci disuarakan Abd Wahab kepada jiran-jiran yang berkunjung sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.

Urus perlindungan takaful jemaah haji 5 negara
Al Khairi Insurance Limited tawar perlindungan takaful kepada jemaah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura serta Bangladesh.

1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi
"Banyak kes" kematian akibat suhu panas melampau dan perjalanan "tidak dibenarkan."