RUMAH agam berusia lebih 100 tahun, Carcosa Seri Negara dikhabarkan memiliki kisah mistik tersendiri berdasarkan percakapan oleh pengkaji serta pekerja yang pernah bertugas di bangunan itu.
Presiden Majlis Antarabangsa untuk Monumen dan Tapak Warisan (ICOMOS) Malaysia, Datuk Hajeedar Abdul Majid berkata, antaranya ialah kisah Lady in White iaitu jelmaan wanita yang didakwa berdiri di atas tangga utama selain dikatakan berlegar-legar dalam banglo mewah tersebut.
Bagaimanapun, arkitek terkenal tersebut yang mengubah suai rumah agam bersejarah itu pada tahun 1989 mengakui beliau tidak pernah melihat jelmaan itu dengan mata kepala sendiri namun pernah merasai kehadiran hembusan angin kuat dalam bangunan lama itu sebelum kerja baik pulih dibuat dulu.
“Saya tidak pernah melihatnya (jelmaan wanita). Cuma saya bersama dua pekerja pernah merasai peristiwa angin menderu kuat dari dalam bangunan itu.
"Bagaimanapun, saya lihat keadaan dalam bangunan tenang, cuma berhabuk dan ada tingkap yang terbuka.
"Secara tiba-tiba suhu dalam bangunan berubah dingin, walaupun cuaca di luar bangunan panas ketika itu.
“Sewaktu kami menaiki tangga, kami terkejut sewaktu terdengar bunyi kuat pintu utama bangunan itu tiba-tiba tertutup sendiri.
"Kami berasa begitu pelik kerana tiada kehadiran angin pada masa itu,” katanya menceritakan antara kenangan sewaktu terlibat mengubah suai Carcosa dahulu.
Bagaimanapun, menurut Hajeedar, beliau mengetahui mengenai bualan mulut ramai individu yang mendakwa konon jelmaan wanita berpakaian putih itu adalah mirip Sydney, isteri Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu iaitu Sir Frank Swettenham yang mendiami rumah agam tersebut.
Itulah serba sedikit kisah Carcosa Seri Negara. Carcosa dan Seri Negara ialah dua bangunan berbeza tetapi mempunyai nilai sejarah kerana ia berkaitan peristiwa kemerdekaan negara pada 1957.
BACA: Carcosa Seri Negara, warisan yang kian suram dimamah usia
BACA: Arkitek sedia ubah suai Carcosa
Seni bina bangunan tersebut adalah bercirikan Inggeris iaitu Neo Gothic dan Tudor dan menurut pendapat pengkaji, konsep berkenaan telah dipilih sendiri oleh Frank Swettenham.
Sinar Harian
Mon Aug 26 2019

Tangga utama di mana jelmaan wanita didakwa dilihat. -Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Syarikat pemaju terkejut rupanya rumah dirobohkan milik Sharifah Aini
Kediaman mewah dua tingkat milik biduanita Allahyarham Datuk Sharifah Aini kini hanya tinggal kenangan selepas dirobohkan syarikat pemaju, Al-Anbia Sdn Bhd pada bulan lalu.

Banglo mewah di Sik bukan milik Sanusi
Pejabat Menteri Besar Kedah menafikan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ada kaitan dengan foto sebuah banglo di Sik seperti ditularkan di media sosial, pada Isnin.

Banglo mewah jadi pusat hiburan, 16 pelacur Vietnam ditahan
Polis menggempur sebuah unit banglo di Taman Yari, Jalan Klang Lama di sini yang dijadikan pusat hiburan dan pelacuran selain menahan 16 pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam.

'Call centre' judi atas talian digempur, 13 warga China ditahan
Serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 9.45 malam berdasarkan risikan dan maklumat orang awam.

Polis serbu rumah banglo jadi hub judi atas talian
Sindiket yang disyaki beroperasi sejak Julai lalu dipercayai sudah mencecah transaksi wang pertaruhan sekarang kurangnya RM8.7 juta.

Jelmaan 'Lady in White' di Carcosa? Arkitek dedah kisah sebenar
Lady in White ialah jelmaan wanita yang didakwa berdiri di atas tangga utama selain dikatakan berlegar-legar dalam banglo mewah tersebut.

Banglo mewah milik keluarga Jho Low disita
Tinjauan di rumah Jho Low mendapati notis sitaan telah ditampal di luar pintu pagar rumah berkenaan.

Ngeri! Berang dimarahi, harimau dan singa peliharaan 'makan' tuan sendiri
Kejadian mengerikan itu berlaku ketika Erick dikatakan sedang menganjurkan parti di banglo mewah miliknya.