ALOR SETAR: Pejabat Menteri Besar Kedah menafikan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ada kaitan dengan foto sebuah banglo di Sik seperti ditularkan di media sosial, pada Isnin.
Menurut Pejabat Menteri Besar Kedah dalam satu kenyataan, foto lengkap dengan imej Google Map itu cuba digambarkan ada kaitan dengan Menteri Besar Kedah hingga timbul tanggapan kononnya banglo itu milik beliau.
Kata kenyataan itu lagi, foto sedang ditularkan oleh pemfitnah dan pendengki di serata media sosial itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.
"Pemfitnah-pemfitnah ini bekerja keras menjelang Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) untuk mempengaruhi orang ramai percaya Menteri Besar Kedah kini hidup kaya raya hingga mampu membina rumah seperti itu.
"Rumah itu bukan milik beliau. Tidak ada wang Menteri Besar Kedah diguna untuk bina rumah itu walau satu sen," katanya pada Selasa.
Pejabat Menteri Besar Kedah menjelaskan kediaman itu adalah milik orang lain yang dibina hasil titik peluhnya sendiri setelah bekerja keras selama puluhan tahun.
"Selama ini, pemilik kediaman itu mengumpul wang bekerja sebagai penyelam di dasar laut hingga terpaksa tinggalkan isteri dan anak-anak hingga tiga atau empat bulan sekali baru boleh balik ke rumah.
"Bukan sekali dua tetapi banyak kali ketika isterinya bertarung nyawa melahirkan anak, si suami pula sedang bertarung dengan yu dan jerung di dasar laut. Mereka suami isteri, termasuk anak-anak telah banyak berkorban selama ini," katanya.
Menurut Pejabat Menteri Besar Kedah, amat menyedihkan ada pula orang yang dengki dan sakit hati hingga tergamak menjaja fitnah konon rumah itu bukan milik mereka tatkala sampai masa untuk mereka mengecap sedikit kegembiraan dapat masuk rumah yang baru siap.
"Apa salah mereka kepada kalian? Kumpul duit setelah berpuluh tahun kerja mempertaruhkan nyawa dalam keadaan begitu bahaya untuk memberikan sedikit kegembiraan kepada ahli keluarga, adakah salah?," katanya.
Kenyataan itu turut memberitahu, pemilik rumah itu bukan orang politik, malah tiada kena mengena dengan politik ataupun pilihan raya.
Pejabat Menteri Besar Kedah turut mempersoalkan mengapa pemilik rumah dijadikan mangsa seolah-olah rumah itu dibina dengan duit haram sedangkan dia telah lama bekerja keras mencari rezeki hasil titik peluhnya sendiri.
Soalnya lagi, apa salah pemilik kediaman itu kepada semua hingga tidak berkira-kira langsung menyebar fitnah sedangkan tidak kenal pun siapa pemilik rumah itu.
"Adakah salah juga dia ada pertalian darah dengan Muhammad Sanusi Md Nor. Adakah kerana pemilik rumah abang kepada Menteri Besar, dia hilang hak untuk bina rumah besar walaupun dia ada duit dan mampu untuk bina rumah seperti itu?," katanya.
Pejabat Menteri Besar Kedah berkata, begitu mudah ada pihak membuat persepsi sedangkan ia bukanlah realiti.
"Antara kalian ada yang tidak pernah lalu malah tidak tahu pun rumah itu di mana. Orang Sik rata-ratanya tahu rumah itu rumah Budin, bukan Sanusi.
"Menurut Muhammad Sanusi sebagai adik, beliau tahu abangnya seorang berhati cekal, kuat kerja dan berdisiplin, malah mempunyai kesanggupan yang sangat tinggi untuk meningkatkan taraf hidup.
Menurutnya, abang kepada Menteri Besar Kedah itu juga bijak menguruskan wang dan membeli harta dan dia sendiri kagum dengan pengorbanan dan kesanggupannya.
"Menteri Besar Kedah sendiri mengakui kagum dengan pengorbanan dan kesanggupan abangnya berusaha mencari kesenangan keluarga.Hentikan fitnah seperti ini kerana ia hanya membawa dosa," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 11 2023
Menurut Pejabat Menteri Besar Kedah, foto lengkap dengan imej Google Map itu cuba digambarkan ada kaitan dengan Menteri Besar Kedah. - Gambar/ Sinar Harian
JPJ sita lori tercabut tayar, dipercayai punca kemalangan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita lori yang mengalami tayar tercabut dan dipercayai mengakibatkan kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
AWANI Ringkas: Nahas Ayer Keroh: JPJ sita lori terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua pelayar maut dalam perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart
Dua pelayar maut dalam insiden berasingan semasa perlumbaan kapal layar tahunan Sydney ke Hobart, kata penganjur pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen
Katanya, 40 peratus lagi hasratnya belum tercapai, termasuk untuk mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
Kendali DAX secara haram, SC kenakan tindakan celaan terhadap Bybit
SC berkata Bybit dan Ben Zhou telah disenaraikan dalam Senarai Makluman Pelabur SC sejak Julai 2021.
Empat cedera dalam insiden tembakan dan tikaman di Lapangan Terbang Phoenix pada malam Krismas
Polis terima panggilan mengenai insiden tembakan di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan di Terminal 4 lapangan terbang.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
Syarikat pemaju terkejut rupanya rumah dirobohkan milik Sharifah Aini
Kediaman mewah dua tingkat milik biduanita Allahyarham Datuk Sharifah Aini kini hanya tinggal kenangan selepas dirobohkan syarikat pemaju, Al-Anbia Sdn Bhd pada bulan lalu.
Banglo mewah di Sik bukan milik Sanusi
Pejabat Menteri Besar Kedah menafikan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ada kaitan dengan foto sebuah banglo di Sik seperti ditularkan di media sosial, pada Isnin.
Banglo mewah jadi pusat hiburan, 16 pelacur Vietnam ditahan
Polis menggempur sebuah unit banglo di Taman Yari, Jalan Klang Lama di sini yang dijadikan pusat hiburan dan pelacuran selain menahan 16 pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam.
'Call centre' judi atas talian digempur, 13 warga China ditahan
Serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 9.45 malam berdasarkan risikan dan maklumat orang awam.
Polis serbu rumah banglo jadi hub judi atas talian
Sindiket yang disyaki beroperasi sejak Julai lalu dipercayai sudah mencecah transaksi wang pertaruhan sekarang kurangnya RM8.7 juta.
Jelmaan 'Lady in White' di Carcosa? Arkitek dedah kisah sebenar
Lady in White ialah jelmaan wanita yang didakwa berdiri di atas tangga utama selain dikatakan berlegar-legar dalam banglo mewah tersebut.
Banglo mewah milik keluarga Jho Low disita
Tinjauan di rumah Jho Low mendapati notis sitaan telah ditampal di luar pintu pagar rumah berkenaan.
Ngeri! Berang dimarahi, harimau dan singa peliharaan 'makan' tuan sendiri
Kejadian mengerikan itu berlaku ketika Erick dikatakan sedang menganjurkan parti di banglo mewah miliknya.