SHAH ALAM: Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Selangor mencatatkan jumlah potensi jualan tertinggi berjumlah RM22.05 juta sejak program itu diadakan di tujuh negeri sebelum ini.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan sebanyak 183 sesi padanan perniagaan telah diadakan selain 156 syarikat kecil dan sederhana dan 21 syarikat anchor terlibat sepanjang tiga hari program tersebut berlangsung sejak Jumaat.
Jelajah AKM Selangor edisi kelapan itu dianjurkan oleh KUSKOP bertemakan 'Usahawan Keluarga Malaysia Penggerak Ekonomi Negara' di tapak karnival pekarangan Stadium Shah Alam yang menghidangkan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan, berjaya menarik lebih 75,000 pengunjung.
Pelbagai kaunter perkhidmatan kementerian dan agensi kerajaan dibuka pada jelajah tersebut selain program Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia dan Jualan Murah Keluarga Malaysia yang bermula dari 9 pagi hingga 9 malam.
Jelajah AKM yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah kesinambungan daripada kejayaan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 hingga 12 Dis 2021.
Selangor adalah lokasi kelapan bagi siri AKM selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak, Kelantan dan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022

Orang ramai mengunjungi ruang pameran perkhidmatan kerajaan ketika Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Selangor. - Foto BERNAMA

Indonesia rancang bina penjara di pulau terpencil tempatkan pegawai rasuah
"Kita akan cari sebuah pulau, kalau mereka cuba melarikan diri, mereka akan berdepan dengan jerung," kata Presiden Prabowo.

Muhd Idzwan Syafiq ubah corak pemakanan, lawan penyakit buah pinggang
Muhd Idzwan pernah dianggap tidak mempunyai harapan untuk pulih selepas berdepan kegagalan buah pinggang akibat corak pemakanan tidak sihat.

Presiden Syria tandatangani deklarasi Perlembagaan, lancar rangka kerja peralihan lima tahun
Deklarasi itu mengarahkan pembubaran Mahkamah Perlembagaan sedia ada, yang dilabel sebagai "sisa rejim terdahulu".

Projek atasi hakisan di Pantai Puteri dijangka siap sebelum 2027 - Exco
Projek mengatasi fenomena air pasang besar dan hakisan di Pantai Puteri sedang dilaksanakan dengan peruntukan lebih RM20 juta.

Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN-India di bawah Kepengerusian 2025
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dengan keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan "Keterangkuman dan Kemampanan."

Sabah peruntuk lebih RM75 juta laksana inisiatif bantuan pendidikan - Hajiji
Sabah memperuntukkan RM75.5 juta pada tahun ini untuk melaksanakan 13 inisiatif bantuan pendidikan kepada pelajar, sekolah, persatuan ibu bapa dan guru serta persatuan mahasiswa Sabah.

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

Pengunjung teruja makan kenduri bersama Perdana Menteri
Pengunjung Kenduri Rakyat sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Melaka hari ini teruja apabila berpeluang makan kenduri bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia bermula di Melaka hari ini
Karnival selama tiga hari itu, menggunakan pendekatan informatif dan interaktif untuk menarik kedatangan ramai pengunjung.

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia pupuk budaya hidup sihat
Program bertemakan Keluarga Sihat Sejahtera Sepanjang Hayat itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Seri Jempol.

PM hadiri Majlis 'Kenuri' Rakyat di Padang Terap
Majlis 'Kenuri' Rakyat dihadiri kira-kira 15,000 masyarakat setempat terutama melibatkan penduduk di daerah Padang Terap dan daerah-daerah berdekatan.

Jelajah AKM Selangor catat potensi jualan tertinggi RM22.05 juta - KUSKOP
Jelajah AKM Selangor mencatatkan jumlah potensi jualan tertinggi sejak program itu diadakan di tujuh negeri sebelum ini.

Lebih RM260,000 saman trafik dilunas sempena diskaun 50 peratus jelajah AKM Selangor
Sebanyak 2,392 keping saman trafik atas pelbagai kesalahan telah dilunaskan orang ramai.

Golongan muda salur pandangan, permasalahan menerusi platform idea bina negara
Mahasiswa dan golongan muda Keluarga Malaysia diberi ruang untuk menyampaikan idea bagi pembangunan masa depan negara atau melontarkan segala pemasalahan yang dihadapi mereka kepada kerajaan melalui p

Jelajah AKM Selangor buka tirai hari ini di pekarangan Stadium Shah Alam
Jelajah AKM Selangor yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 9 malam akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 3 petang nanti.

Lima barang keperluan asas jenama COOP dijual lebih murah mulai Jumaat ini
Pelancaran jualan itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena dengan perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Selangor pada Jumaat.

Perlawanan Muay Thai berkelas dunia secara percuma di AKM Kelantan
16 atlet daripada lima negara beraksi pada Perlawanan Muay Thai Antarabangsa sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan.