SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan melaksanakan jualan lima barangan keperluan asas dengan jenama COOP iaitu gula, minyak masak, tepung, beras dan ayam beku, pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran mulai Jumaat ini.
Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata pelancaran jualan itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena dengan perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Selangor pada Jumaat.
Penganjuran Jelajah AKM Negeri Selangor yang diterajui oleh kementerian itu akan diadakan selama tiga hari bermula Jumaat ini di Tapak Karnival, Perkarangan Stadium Shah Alam dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.
"Istimewanya AKM Negeri Selangor ini, kita akan beri manfaat kepada para usahawan dan rakyat dengan penganjuran jualan murah dan jualan 'happy hour' termasuk ayam yang akan dijual RM5 seekor, serta pelbagai barangan keperluan lain seperti gula, minyak masak, beras, tepung, yang juga akan dijual lebih murah dari harga pasaran," katanya ketika menjadi tetamu di Ruang Bicara Bernama TV malam tadi.
Beliau berkata usaha itu adalah selaras dengan permintaan Perdana Menteri yang mahu kementeriannya melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia, memainkan peranan dalam memerangi orang tengah dan membantu rakyat dengan menurunkan harga barangan keperluan.
"Sepatutnya pada 1 September nanti baru kita akan lancarkan lima item (COOP) itu, tetapi Alhamdulillah hasil usaha para pegawai kementerian ini, pelancaran akan dapat dimulakan sewaktu Perdana Menteri melancarkan Jelajah AKM Negeri Selangor nanti," katanya.
Beliau juga meminta kerjasama orang ramai untuk memantau harga barangan yang dijual di bawah jenama COOP itu, dan sekiranya lebih mahal daripada harga pasaran, mereka diminta untuk membuat membuat aduan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk diambil tindakan ke atas peniaga yang terlibat.
Noh berkata penganjuran Jelajah AKM Negeri Selangor yang bertemakan "Usahawan Keluarga Malaysia Penggerak Ekonomi Negara", akan turut melibatkan pelbagai bidang keusahawanan termasuk makanan, fesyen, kecantikan serta ruang untuk golongan artis memasarkan produk mereka.
Selain itu katanya beliau akan turut terlibat dengan sesi dialog bersama para usahawan pada hari Sabtu, pukul 2 petang di Jelajah AKM Negeri Selangor bagi memberi ruang kepada semua usahawan melontarkan sebarang soalan berkaitan program pembangunan untuk golongan tersebut selain berkongsi idea bagi memajukan sektor keusahawanan di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022

Noh meminta kerjasama orang ramai untuk memantau harga barangan yang dijual di bawah jenama COOP itu. - Foto fail
Peniaga bazar Ramadan diminta tidak jual makanan basi
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan, mengingatkan peniaga bazar Ramadan agar menjaga kebersihan dan tidak menjual makanan rosak.
Beliau juga menekankan pentingnya harga yang munasabah dan keaslian resipi.
Beliau juga menekankan pentingnya harga yang munasabah dan keaslian resipi.
KKM hampir muktamad semakan caj konsultasi GP
KKM kini di peringkat akhir perbincangan dengan DOSM bagi menyemak caj konsultasi doktor swasta, dengan keputusan dijangka diumum dalam masa terdekat selepas mendapat sokongan NACCOL dan kerajaan.
Warga emas hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi ditemukan maut
lelaki warga emas yang dilaporkan hilang pada Selasa ditemui meninggal dunia di sebuah hotel di Ipoh.
Penemuan ini berlaku selepas beliau tidak pulang dari pusat fisioterapi.
Kes ini sedang disiasat sebagai mati mengejut tanpa sebarang unsur jenayah.
Penemuan ini berlaku selepas beliau tidak pulang dari pusat fisioterapi.
Kes ini sedang disiasat sebagai mati mengejut tanpa sebarang unsur jenayah.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Sukarelawan APM Kuala Muda maut kemalangan kereta dan lori
Muhammad Faiz Rozaini, 31 tahun, beralamat di Taman Cempaka Indah, Bukit Selambau, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ismail Sabri sambung beri keterangan hari ini
Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, akan hadir ke SPRM hari ini bagi menyambung keterangan dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram, sambil menegaskan komitmennya untuk terus memberi kerjasama penuh.
489 laporan diterima babit 637 rakyat Malaysia jadi mangsa pemerdagangan orang
Sebanyak 489 laporan mengenai 637 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan telah diterima.
Sehingga kini, 504 mangsa telah berjaya diselamatkan dan 133 masih terkandas di luar negara.
Sehingga kini, 504 mangsa telah berjaya diselamatkan dan 133 masih terkandas di luar negara.

Indonesia rancang bina penjara di pulau terpencil tempatkan pegawai rasuah
"Kita akan cari sebuah pulau, kalau mereka cuba melarikan diri, mereka akan berdepan dengan jerung," kata Presiden Prabowo.

Muhd Idzwan Syafiq ubah corak pemakanan, lawan penyakit buah pinggang
Muhd Idzwan pernah dianggap tidak mempunyai harapan untuk pulih selepas berdepan kegagalan buah pinggang akibat corak pemakanan tidak sihat.

Presiden Syria tandatangani deklarasi Perlembagaan, lancar rangka kerja peralihan lima tahun
Deklarasi itu mengarahkan pembubaran Mahkamah Perlembagaan sedia ada, yang dilabel sebagai "sisa rejim terdahulu".

Noh Omar antara lima dilantik ahli MPT Bersatu
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar merupakan antara lima yang dilantik menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu.

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.

Noh Omar dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional
Mesyuarat Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) yang diadakan pada 20 Jun lalu telah bersetuju melantik Tan Sri Noh Omar sebagai Timbalan Presiden.

Kerajaan guna 'delay tactic' elak PRK di enam Parlimen - Noh
Kerajaan akan menggunakan 'delay tactic' untuk memastikan enam Ahli Parlimen daripada Bersatu yang menyokong Perdana Menteri tidak dilucutkan jawatan bagi memberi laluan kepada PRK.

'Saya belum sertai mana-mana parti politik' - Noh
Tan Sri Noh Omar menegaskan belum menyertai mana-mana parti politik, namun mengaku hanya menyokong Perikatan Nasional (PN).

'Datang tak menambah, pergi tak mengurang' - Noh
Rata-rata rakyat di Tanjong Karang sering mengeluh kerana sukar bertemu dengan Zulkafperi selepas menang dalam PRU15 lalu.

PRN: Satu lawan satu, PN boleh menang di 33 kerusi majoriti Melayu - Noh Omar
Kemenangan di kerusi 'satu lawan satu' bergantung kepada peratusan pengundi Melayu yang keluar mengundi, selain sokongan daripada pengundi bukan Melayu.

PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.

Noh Omar sah tak tanding PRN Selangor
Tan Sri Noh Omar, mengesahkan dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.