MELAKA: Pengunjung Kenduri Rakyat sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Melaka pada Jumaat teruja apabila berpeluang makan kenduri bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Lebih istimewa, Ismail Sabri yang meluangkan masa 45 minit menikmati pelbagai juadah seperti sup kambing, capati, mi goreng dan asam pedas, juga sempat beramah mesra dengan orang ramai yang hadir di program yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.
Jamuan Kenduri Rakyat itu juga diserikan dengan persembahan nyanyian selain beberapa sajian dimasak secara langsung bagi tatapan pengunjung.
Seorang pengunjung, Zaiharani Daud, 35, mengakui bertuah dapat makan bersama-sama Perdana Menteri yang sudah tentu menjadi kenangan berharga buat beliau dan anaknya yang berusia empat tahun.
"Anak saya seronok sangat dapat jumpa Perdana Menteri. Bukan selalu dapat makan kenduri macam ini dan menunya walaupun ringkas tetapi sangat sedap," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, Ismail Sabri sebelum itu turut melawat reruai pelbagai agensi dan perkhidmatan yang mengambil bahagian dalam program tersebut antaranya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Perbadanan Bioteknologi Melaka.
Pengunjung jelajah AKM juga dilihat cukup ceria dan teruja apabila dapat mendekati pemimpin negara secara lebih santai, malah ada yang tidak melepaskan peluang untuk berswafoto.
Turut mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan itu ialah Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, barisan exco kerajaan negeri serta tetamu lain.
Terdahulu beliau merasmikan jelajah AKM Melaka yang bermula pada Jumaat hingga Ahad dengan menyediakan 29 kaunter perkhidmatan, 13 kaunter perkhidmatan bergerak serta 118 gerai jualan usahawan industri kecil dan sederhana.
--BERNAMA
Bernama
Fri Oct 14 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (berdiri, tengah) meluangkan masa beramah mesra bersama orang ramai pada Majlis Perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Melaka di MITC. - Foto BERNAMA

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.

Pengunjung teruja makan kenduri bersama Perdana Menteri
Pengunjung Kenduri Rakyat sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Melaka hari ini teruja apabila berpeluang makan kenduri bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.