JEMPOL: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan misi merealisasikan Agenda Nasional Malaysia Sihat dalam kalangan rakyat melalui penganjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Peringkat Negeri Sembilan.
Program bertemakan "Keluarga Sihat Sejahtera Sepanjang Hayat" itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Seri Jempol, Bandar Seri Jempol pada Sabtu.
Inisiatif JAKM ini dilihat mampu menjadi platform terbaik untuk masyarakat luar bandar mendapatkan maklumat kesihatan.
Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk reruai Pasaraya Sihat Bergerak, pemberian maklumat mengenai kesihatan mulut, penjagaan mata, saringan kesihatan secara percuma, kempen pendermaan organ, dan kempen sihat berhenti rokok.
Kalangan pengunjung yang ditemui berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan kerana ia mampu memberikan banyak impak positif.
Pengunjung, R.Krisnanmurthi, 57, berkata banyak informasi menarik diperolehnya ketika mengunjungi JAKM.
“Semua maklumat boleh diperolehi menerusi program ini.
"Saya gembira dapat berkunjung ke sini dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan mereka yang terlibat menjayakan program yang memberi banyak manfaat seperti ini,” katanya yang ditemui Astro AWANI pada Sabtu.
Seorang lagi pengunjung, Muzakwa Harun, 50, berkata dia amat tertarik berkunjung ke JAKM kerana mahu singgah ke reruai Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengenal pasti tahap kesihatannya.
“Terdapat klinik bergerak, pergigian, ujian mammogram, kenal pasti tahap kesihatan, tahap gula,dan tahap tekanan darah tinggi.
"Ini kerana majoriti rakyat di negara kita menderita obesiti. Inisiatif ini sekali gus sesuai untuk laksanakan ujian saringan dan seumpamanya,” katanya.
Bagi Shajaratul Balqis Zulkifli, 18, program JAKM ini memberikan banyak kemudahan kepada rakyat khususnya dalam menjalani ujian saringan kesihatan.
“Dapat menggalakkan semua rakyat datang membuat saringan ujian kesihatan secara percuma.
"Ini kerana seperti yang kita tahu, jika datang klinik pastinya mengambil masa yang lama.
"Makanya inisiatif seperti ini sebenarnya dapat menggalakkanlah penduduk untuk membuat saringan ujian kesihatan itu secara percuma,” katanya.
Bagi Angel Chong Rou, 19, dia tidak melepaskan peluang berkunjung ke JKAM setelah mendengar hebahannya melalui media sosial.
“Jadi program wajar dilaksanakan pada masa depan kerana ia memberi banyak manfaat, khususnya bagi penduduk luar bandar kerana di sini terdapat pelbagai maklumat mengenai kesihatan yang boleh diperolehi,” katanya.
Selain kaunter khidmat KKM, siri jelajah ini turut melibatkan sebanyak 27 reruai kaunter perkhidmatan pelbagai kementerian, agensi kerajaan persekutuan dan agensi kerajaan negeri yang memberikan khidmat nasihat, sesi bimbingan usahawan serta pemberian bantuan.
Perkhidmatan kaunter bergerak turut disediakan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ Mobile), Klinik Bergerak Pergigian, Pusat Sokongan Sosial Setempat oleh Yayasan Kebajikan Negara, Klinik Kesejahteraan Keluarga Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang menawarkan pelbagai perkhidmatan secara langsung kepada Keluarga Malaysia yang hadir.
Sebanyak 100 gerai jualan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), 10 gerai Citarasa Keluarga Malaysia, 10 trak jualan makanan dan 12 reruai Jualan Keluarga Malaysia yang menawarkan barangan keperluan dengan harga lebih rendah turut mengambil bahagian pada siri jelajah kali ini.
Selain itu, program Padanan Perniagaan (Business Matching) melibatkan 10 syarikat pasaran tempatan, e-dagang, logistik, peruncitan dan koperasi juga dibuka bagi memberi peluang khidmat nasihat secara percuma kepada usahawan tempatan.
Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sembilan berlangsung selama tiga hari bermula 7 Oktober, dari jam 9 pagi hingga 9 malam di Dataran Seri Jempol, Bandar Seri Jempol.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Eton Khir
Sun Oct 09 2022
Program bertemakan "Keluarga Sihat Sejahtera Sepanjang Hayat" itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Seri Jempol, Bandar Seri Jempol. -JKAM
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
[Data & Statistik] Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Trend peningkatan Indeks Sentimen PKS mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuh serta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.
Strategi Malaysia mendepani dasar luar jangka era Trump
Rantau Asia terutama ASEAN dilihat berada pada kedudukan paling stabil terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, geopolitik dan keselamatan pada ketika ini. Bagaimana Malaysia harus respond kepada perang dagang 2.0 antara AS-China yang mungkin memuncak?
Semangat membara Soon Huat-Shevon
Kejayaan mara ke separuh akhir WTF di China pertengahan bulan ini sebagai pencapaian yang tidak pernah mereka gambarkan.
Pengunjung teruja makan kenduri bersama Perdana Menteri
Pengunjung Kenduri Rakyat sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Melaka hari ini teruja apabila berpeluang makan kenduri bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia bermula di Melaka hari ini
Karnival selama tiga hari itu, menggunakan pendekatan informatif dan interaktif untuk menarik kedatangan ramai pengunjung.
Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia pupuk budaya hidup sihat
Program bertemakan Keluarga Sihat Sejahtera Sepanjang Hayat itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Seri Jempol.
PM hadiri Majlis 'Kenuri' Rakyat di Padang Terap
Majlis 'Kenuri' Rakyat dihadiri kira-kira 15,000 masyarakat setempat terutama melibatkan penduduk di daerah Padang Terap dan daerah-daerah berdekatan.
Jelajah AKM Selangor catat potensi jualan tertinggi RM22.05 juta - KUSKOP
Jelajah AKM Selangor mencatatkan jumlah potensi jualan tertinggi sejak program itu diadakan di tujuh negeri sebelum ini.
Lebih RM260,000 saman trafik dilunas sempena diskaun 50 peratus jelajah AKM Selangor
Sebanyak 2,392 keping saman trafik atas pelbagai kesalahan telah dilunaskan orang ramai.
Golongan muda salur pandangan, permasalahan menerusi platform idea bina negara
Mahasiswa dan golongan muda Keluarga Malaysia diberi ruang untuk menyampaikan idea bagi pembangunan masa depan negara atau melontarkan segala pemasalahan yang dihadapi mereka kepada kerajaan melalui p
Jelajah AKM Selangor buka tirai hari ini di pekarangan Stadium Shah Alam
Jelajah AKM Selangor yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 9 malam akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 3 petang nanti.
Lima barang keperluan asas jenama COOP dijual lebih murah mulai Jumaat ini
Pelancaran jualan itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena dengan perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Selangor pada Jumaat.
Perlawanan Muay Thai berkelas dunia secara percuma di AKM Kelantan
16 atlet daripada lima negara beraksi pada Perlawanan Muay Thai Antarabangsa sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan.