KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung nahas melibatkan helikopter miliknya di Subang semalam.
Bahagian Pengurusan Korporat JBPM berkata, Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian yang berlaku ketika helikopter masih belum memulakan penerbangan.
"JBPM akan mengambil tindakan susulan selaras dengan dapatan serta arahan dan prosedur semasa yang berkuat kuasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, media melaporkan tiga pegawai JBPM dan empat jurutera selenggara terlibat dalam nahas helikopter di Dispersal Universiti Kuala Lumpur, Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (kawasan apron UniKL MIAT) Hangar dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Nahas pada 11.45 pagi itu melibatkan helikopter model Agusta AW189 milik JBPM dengan nombor pendaftaran 9M-BOF yang ketika kejadian sedang menjalani ujian penerbangan.
Menurut kenyataan itu, helikopter berkenaan menjalani pengujian enjin dan sistem pesawat yang merupakan prosedur biasa yang dilaksanakan setelah pesawat menjalani penyelenggaraan berkala, pada 11.40 pagi.
"Setelah beberapa ketika pesawat berada dalam pengujian tersebut, berlaku kemalangan ke atas pesawat yang mana pada ketika itu ia masih belum membuat penerbangan.
"Keadaan cuaca semasa kejadian dilaporkan mendung, tanpa sebarang halangan di tempat kejadian," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, pesawat terbabit dikendalikan oleh Komander Pesawat, Timbalan Penguasa Bomba II Hasrizal Kamaruzzaman.
Beliau dibantu Penolong Kanan Penguasa Bomba Che Muhammad Azlan Che Mohammad (juruterbang) dan seorang Air Quartermaster, Pegawai Kanan Bomba I Fua’ad Jamaluddin.
Selain itu, empat kru senggaraan daripada Syarikat Galaxy Aerospace Sdn Bhd turut berada di dalam pesawat iaitu ketua jurutera Muhammad Mohd Taib, jurutera avionik Ahmad Zhafri Mohd Nor dan dua pelatih, masing-masing Mohammad Zhafir Mohammad dan Ryan Xavier Julius.
"Kesemua anak kapal dan kru senggaraan yang terlibat mendapat rawatan dan pemeriksaan awal di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.
"Mangsa dilaporkan tidak mengalami apa-apa kecederaan kecuali seorang kru senggaraan yang mengadu sakit pinggang dan diarah membuat pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran.
"Setelah pemeriksaan rapi dibuat, beliau dibenarkan pulang dan dilaporkan dalam keadaan selamat," katanya.
Afiezy Azaman
Sun Jul 23 2023
![JBPM jalankan siasatan dalaman nahas helikopter ketika belum terbang JBPM jalankan siasatan dalaman nahas helikopter ketika belum terbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690010803_TBheli.jpg)
Nahas melibatkan helikopter model Agusta AW189 milik JBPM dengan nombor pendaftaran 9M-BOF yang ketika itu sedang menjalani ujian penerbangan pada 11.45 pagi Sabtu. - Foto Sinar Harian
![HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717485168_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Hamas tepis dakwaan jadikan sekolah UNRWA sebagai markas
Pejuang Hamas menafikan menjadikan sekolah milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai pusat operasi mereka.
Ketua CIA dilapor ke Doha minggu hadapan
Ketua Agensi Risikan Pusat, Amerika Syarikat (CIA) William Burns dilaporkan akan ke Doha, Qatar minggu hadapan bagi menghadiri rundingan gencatan senjata di antara negara pengantara dalam misi menamatkan kekejaman rejim Israel ke atas Gaza.
![Tiga bulan bawa bas tanpa lesen Tiga bulan bawa bas tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341019_BawaBasTiadaLese.jpg)
Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.
Taufan Beryl kategori satu dijangka membadai Texas
Bencana yang disebabkan Taufan Beryl tidak terhenti di negara kepulauan Carribean. Ia selepas hujan lebat turut melanda beberapa bahagian di Texas, Amerika Syarikat dan taufan kategori satu yang dijangka membawa ribut tropika akan melanda kawasan tersebut pada Isnin.
Perancis adakan pusingan kedua pengundian hari ini
Tinjauan pendapat meramalkan parti berhaluan kanan, National Rally (RN), bakal memperoleh undi terbanyak tetapi berkemungkinan tidak mencapai majoriti.
![Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red? Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720339988_Dira.jpg)
Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?
Dalam video itu, ibu empat anak itu turut meluahkan rasa malas untuk berkenalan dengan orang baharu.
Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan umat Islam supaya mengambil iktibar sifat sabar dan gigih Nabi Muhammad SAW ketika memperkenalkan sesuatu perkara baharu dengan memikirkan pendekatan strategik agar ia dapat disampaikan secara teran, jelas dan berkesan supaya dapat difahami serta diterima.
![PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720337053_AnwarIbrahim.jpg)
PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi.
![Tuntutan RM100 juta subkontraktor lebuh raya DASH tidak berasas - Prolintas Tuntutan RM100 juta subkontraktor lebuh raya DASH tidak berasas - Prolintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697723910_TBprolintas.jpg)
Tuntutan RM100 juta subkontraktor lebuh raya DASH tidak berasas - Prolintas
Prolintas menegaskan tuntutan RM100 juta lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan DASH sebagai tidak berasas.
![Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715168820_KajangBanjir.jpg)
Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba
Tujuh anggota dan pegawai JBPM Selangor turut melaksanakan operasi menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun di Kg Sungai Kantan.
![JBPM beri keutamaan naik taraf, selenggara BBP lama JBPM beri keutamaan naik taraf, selenggara BBP lama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711167934_tbLawatanKerjaRasm.jpg)
JBPM beri keutamaan naik taraf, selenggara BBP lama
JBPM akan memberi keutamaan menaik taraf serta menyelenggara kemudahan balai bomba dan penyelamat yang lama menerusi bajet inisiatif diterima.
![JBPM sasar periksa 17,000 bangunan tahun ini - Nga JBPM sasar periksa 17,000 bangunan tahun ini - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703738743_TBNGAKORMINGjpg.jpg)
JBPM sasar periksa 17,000 bangunan tahun ini - Nga
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk memeriksa sejumlah 17,000 bangunan daripada pelbagai kumpulan maksud kegunaan, pada tahun ini.
![Pembakaran sengaja punca kebakaran terbuka tujuh lokasi di Sabah Pembakaran sengaja punca kebakaran terbuka tujuh lokasi di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708941950_TBHISHAMMOHAMMAD.jpg)
Pembakaran sengaja punca kebakaran terbuka tujuh lokasi di Sabah
Pembakaran sengaja oleh pemilik ladang dan kebun dipercayai punca berlakunya kejadian kebakaran terbuka di tujuh lokasi di Sabah pada masa ini.
![Penduduk perlu peka tanda-tanda awal tanah runtuh - JBPM Penduduk perlu peka tanda-tanda awal tanah runtuh - JBPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678633942_tanahruntuh.jpg)
Penduduk perlu peka tanda-tanda awal tanah runtuh - JBPM
JBPM mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan terdedah kepada ancaman tanah runtuh atau banjir lumpur supaya sentiasa peka.
![Remaja hilang ketika mandi di Sungai Ketil ditemukan lemas Remaja hilang ketika mandi di Sungai Ketil ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709095207_Mayatlemasditemuka.jpg)
Remaja hilang ketika mandi di Sungai Ketil ditemukan lemas
Remaja yang hilang ketika mandi bersama lapan rakannya di Sungai Ketil, Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, Baling, ditemukan lemas.
![JBPM diarah periksa 410,000 pili bomba seluruh negara JBPM diarah periksa 410,000 pili bomba seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707817446_TBJBPMjpg.jpg)
JBPM diarah periksa 410,000 pili bomba seluruh negara
JBPM diarah melakukan operasi besar-besaran untuk memeriksa dan memastikan pili bomba di seluruh negara berada dalam keadaan baik.
![Pasukan khas akan ditubuh periksa peralatan keselamatan setiap bangunan - KP Bomba Pasukan khas akan ditubuh periksa peralatan keselamatan setiap bangunan - KP Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707816618_TBDATUKNORHISHAM.jpg)
Pasukan khas akan ditubuh periksa peralatan keselamatan setiap bangunan - KP Bomba
Sebuah pasukan khas akan ditubuhkan bagi memeriksa peralatan keselamatan yang dipasang di setiap bangunan agar berfungsi dengan baik.
![Polis sahkan kejadian pesawat ringan terhempas di Kapar, Klang Polis sahkan kejadian pesawat ringan terhempas di Kapar, Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707808742_TBKAPALTERBANGTE.jpg)
Polis sahkan kejadian pesawat ringan terhempas di Kapar, Klang
Sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar, di Klang pada Selasa.
![Tiga remaja lemas: Mangsa kedua ditemui tersangkut pada jaring nelayan Tiga remaja lemas: Mangsa kedua ditemui tersangkut pada jaring nelayan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707802286_tbmangsakeduaditem.jpg)
Tiga remaja lemas: Mangsa kedua ditemui tersangkut pada jaring nelayan
Mayat mangsa kedua daripada tiga remaja yang dikhuatiri hilang di Sungai Sempit di Pantai Remis, Perak pada petang Isnin ditemui.