SIBU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan terdedah kepada ancaman tanah runtuh atau banjir lumpur supaya sentiasa peka terhadap perubahan struktur tanah di kediaman mereka.
Ketua Bomba Zon Sibu Andy Alie berkata terdapat beberapa tanda awal yang boleh dikenal pasti iaitu keretakan pagar, dinding dan tiang rumah; pokok condong atau beralih; terdapat tanda hakisan atau rekahan pada cerun atau lereng bukit dan terdapat air keluar dari permukaan tanah.
Tanda awal lain katanya adalah berlakunya kebocoran atau saluran paip air pecah; rekahan pada tanah atau asas rumah; pokok tumbang menunjukkan akar tidak lagi mencengkam tanah dan retakan atau pergerakan pada permukaan jalan raya.
"Sekiranya penduduk melihat tanda-tanda awal tersebut, sila lapor segera kepada pihak berkuasa dan Jabatan Kerja Raya untuk tindakan lanjut. Penduduk juga perlu sentiasa membuat pemantauan cerun-cerun di kawasan rumah panjang dan kediaman.
"Pada masa sama penduduk hendaklah sentiasa peka kepada keadaan cuaca hujan lebat atau hujan berterusan melebihi dua jam khasnya di kawasan lereng bukit atau di kaki bukit atau kawasan yang terdedah kepada ancaman tanah runtuh atau banjir lumpur," katanya kepada Bernama.
Andy berkata penduduk kawasan terjejas turut diingatkan untuk tidak menghampiri lokasi tanah runtuh dan berpindah segera jika berlakunya tanah runtuh serta menjauhi benteng, pokok, tiang atau apa sahaja peralatan infrastruktur yang berkaitan elektrik.
Isnin lepas dilaporkan tiga buah rumah panjang di Nanga Mukeh, Katibas dalam daerah Song iaitu Rumah Kutak Mugang sepanjang 19 pintu, Rumah Matahari (14 pintu) dan Rumah Monica Nyanggau (19 pintu) terjejas akibat kejadian tanah runtuh.
Akibat bencana itu panel solar berhampiran Rumah Kutak terbakar namun berjaya dipadamkan penduduk dan berlakunya limpahan air ke sebuah rumah sekali gus menyebabkan banjir lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
![Penduduk perlu peka tanda-tanda awal tanah runtuh - JBPM Penduduk perlu peka tanda-tanda awal tanah runtuh - JBPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678633942_tanahruntuh.jpg)
JBPM mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan terdedah kepada ancaman tanah runtuh atau banjir lumpur supaya sentiasa peka terhadap perubahan struktur tanah di kediaman mereka. - Gambar hiasan/JKR
![Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739059161_Bomohkantoiposmay.jpg)
Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China
Pol yang ditahan polis memberitahu dia merupakan seorang bomoh sihir dan mengaku boleh bercakap dengan roh orang mati.
![Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739055880_tbCongoconflictD.jpg)
Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo
Pemimpin beberapa negara Afrika berhimpun di Tanzania dalam usaha menamatkan pertempuran di timur Congo.
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.
Kekejaman Zionis: 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Sejumlah 42 tahanan Palestin yang dibebaskan tiba di Ramallah dekat Tebing Barat pada Sabtu sejurus selepas pejuang Hamas menyerahkan tiga tebusan Israel. Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga yang telah lama menanti khabar gembira itu.
AS: Kanada mahu memperkukuh hubungan ekonomi dengan EU
EU dan Kanada telah mendapat manfaat daripada perjanjian perdagangan bebas sejak 2017, yang telah meningkatkan perdagangan dua hala sebanyak 65% dan mewujudkan perkongsian bahan mentah pada tahun 2021.
Lebih banyak bantuan kepada rakyat dalam Belanjawan Singapura - Lee Hsien Loong
Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong berkata dalam tempoh dua tahun lalu, pemerintah telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk menyokong rakyat Singapura yang bimbang dengan kos sara hidup, terutama mereka yang paling memerlukan bantuan.
![42 tahanan Palestin tiba di Ramallah 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739056884_tbPalestinianprison.jpg)
42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga.
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030), bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri hadir sambutan CNY
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di sini hari ini.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
![Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738827334_helikopterterhempas.jpg)
Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.
![Bomba terus pantau banjir di Sabah, Sarawak melalui PGOK Bomba terus pantau banjir di Sabah, Sarawak melalui PGOK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738570906_AhmadIzramOsman.jpg)
Bomba terus pantau banjir di Sabah, Sarawak melalui PGOK
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan terus memantau keadaan banjir di Sabah dan Sarawak menerusi Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan.
![Rumah terbakar, sambutan Tahun Baharu Cina empat sekeluarga bertukar suram Rumah terbakar, sambutan Tahun Baharu Cina empat sekeluarga bertukar suram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738127074_kebakaranbomba.jpg)
Rumah terbakar, sambutan Tahun Baharu Cina empat sekeluarga bertukar suram
Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Hulu Langat, pagi tadi.
![Pekerja warga Myammar cedera tangan tersepit mesin Pekerja warga Myammar cedera tangan tersepit mesin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738042077_PekerjaKilang.jpg)
Pekerja warga Myammar cedera tangan tersepit mesin
Seorang pekerja warga Myanmar cedera selepas tangan kanannya tersepit pada mesin penghancur gula batu di sebuah kilang di Ipoh.
![Lelaki cedera, rumah musnah dijilat api Lelaki cedera, rumah musnah dijilat api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737703069_TBLABUANCEDERA.jpg)
Lelaki cedera, rumah musnah dijilat api
Seorang lelaki cedera apabila rumahnya di Taman Rancha-Rancha Fasa 1 musnah dijilat api dalam kejadian awal pagi tadi.
![Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728738656_Tanahruntuh.jpg)
Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh
Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini pada Sabtu.
![Tujuh individu sesat ketika daki Bukit Maras Tujuh individu sesat ketika daki Bukit Maras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725692744_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Tujuh individu sesat ketika daki Bukit Maras
Operasi pencarian melibatkan empat anggota Polis Diraja Malaysia dan 15 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
![Bomba kenal pasti 18 'hotspot' kepala air di Kelantan Bomba kenal pasti 18 'hotspot' kepala air di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725780071_tbZainalMadasin.jpg)
Bomba kenal pasti 18 'hotspot' kepala air di Kelantan
Kesemua 'hotspot' berkenaan membabitkan kawasan rekreasi air terjun dan sungai termasuk Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong.
![Tebing sungai runtuh, projek loji rawatan air tenggelam 19 meter Tebing sungai runtuh, projek loji rawatan air tenggelam 19 meter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725716680_tbtebingruntuh.jpg)
Tebing sungai runtuh, projek loji rawatan air tenggelam 19 meter
JBPM Selangor mengarahkan kerja-kerja pembinaan Projek Loji Rawatan Air berhampiran Taman Mas Puchong, dihentikan serta-merta susulan runtuhan tebing sungai, pada petang Sabtu.
![Tanah jerlus Masjid India: ‘Takut bila ingat kejadian semalam’ - Peniaga Tanah jerlus Masjid India: ‘Takut bila ingat kejadian semalam’ - Peniaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724477025_tbtanahjerlus.jpg)
Tanah jerlus Masjid India: ‘Takut bila ingat kejadian semalam’ - Peniaga
Pemilik kedai berhadapan lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Al Amin Abdul Kassim memaklumkan bimbang dengan keselamatan.