MANJUNG: Mayat mangsa kedua daripada tiga remaja yang dikhuatiri hilang di Sungai Sempit Kampung Tanjung Batu, Pantai Remis, Perak pada petang Isnin ditemukan tengah hari Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon dalam kenyataan berkata, mangsa, G. Sarath, 16, ditemui sekitar 300 meter dari lokasi kejadian.
Menurutnya, mayat mangsa dijumpai țersangkut pada jaring nelayan, kira-kira jam 12.40 tengah hari.
Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diperhebatkan untuk mengesan mangsa terakhir, T Eishwarpillai, 16.
Skop pencarian melibatkan empat buah bot digerakkan kedua-dua arah sungai dan sebuah lagi berhampiran muka muara bagi memastikan mangsa tidak hanyut masuk ke laut.
Sayani berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah membuat size up dan pemantauan di lokasi dan sekitar mangsa tenggelam.
Selain bomba, agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Persatuan Nelayan Batu 3 Segari akan turut digerakkan secara bersepadu.
Dalam kejadian petang Isnin, tiga rakan itu hilang ketika dikatakan sedang memancing dan mandi manda di Sungai Sempit.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Feb 13 2024
Mayat mangsa kedua dijumpai țersangkut pada jaring nelayan, kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi. - Foto JBPM
Mangsa banjir yang 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Uggah berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.
Laporan terkini situasi banjir di Pontianak bersama DWI NARDI / Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan
Selain wilayah perbatasan Indonesia-Malaysia di Kabupaten Sanggau, banjir besar yang berlaku di Kalimantan Barat juga menjejaskan beberapa kawasan sempadan lain termasuk di Jagoi Babang, Kabupaten Bengkayang.
Empat lokasi lebuhraya Pan Borneo dinaiki air
Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. kesemua laluan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak tidak terputus walaupun empat lokasi dinaiki air.
Kemalangan: polis siasat pelampung gelongsor kena pengunjung di taman tema
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tular melibatkan pelampung gelongsor yang tiba-tiba terjatuh dan menimpa seorang pengunjung di Sky City, Taman Tema I-City, Shah Alam, pada Rabu.
Bebas pinjaman dengan Simpan SSPN
PTPTN mengukuhkan agenda mengurangkan kebergergantungan masyarakat kepada pinjaman sekali gus meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.
Honda, Nissan umum pelan terperinci penggabungan pertengahan Februari
Mitsubishi Motors Corp, rakan kongsi Nissan, kini cenderung untuk bergerak sendiri dan tidak menyertai penggabungan.
AWANI Ringkas: PM ajak rakyat tumpu kemajuan, kepentingan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya guna AI ugut, sengaja nak mainkan Harith Iskander'
Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi AI untuk mengugut dan mempermainkan perasaan Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
Tiga remaja lemas, mangsa terakhir ditemui
Mayat mangsa ketiga yang lemas di Sungai Sempit Kampung Tanjung Batu Segari, Pantai Remis, Perak pada petang Isnin ditemui jam 5.05 petang tadi.
Tiga remaja lemas: Mangsa kedua ditemui tersangkut pada jaring nelayan
Mayat mangsa kedua daripada tiga remaja yang dikhuatiri hilang di Sungai Sempit di Pantai Remis, Perak pada petang Isnin ditemui.
Tiga remaja lemas: Mangsa pertama ditemui
Operasi SAR bagi mengesan dua lagi mangsa, G. Sarath dan T. Eishwarpillai diteruskan pagi ini.