KUALA LUMPUR: Agensi kerajaan berkaitan, khususnya Kementerian Dalam Negeri, perlu memberi penjelasan berkaitan kedudukan Malaysia di Tahap 3 dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2021 yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kebebasan Asasi dan Hak-Hak di Bawah Perlembagaan Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata agensi itu juga perlu memberi penerangan mengenai langkah serta perancangan kerajaan untuk memperbaiki kedudukan Malaysia dalam laporan tersebut.
"Penyelarasan di peringkat agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam menangani isu buruh paksa perlu dilaksanakan dengan lebih menyeluruh dan efektif," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata berkata jawatankuasa itu, yang mengesyorkan perkara berkenaan, mengambil berat isu buruh paksa dalam sektor perladangan dan pembuatan di Malaysia yang menyebabkan negara diletakkan pada kedudukan tersebut dalam laporan berkenaan.
Katanya jawatankuasa itu setakat ini mengadakan lima sesi mesyuarat bagi membincangkan isu tersebut secara terperinci dengan memanggil agensi berkaitan serta mendengar taklimat daripada Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran serta Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.
Azizah turut memaklumkan dua syarikat yang dikenakan Perintah Sekatan Pelepasan (WRO) oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS turut dipanggil memberi keterangan.
Beliau berkata mesyuarat jawatankuasa itu semalam mendengar taklimat Kementerian Sumber Manusia yang membentangkan hasil lawatan Datuk Seri M. Saravanan ke Washington, AS.
"Mesyuarat ini telah membincangkan beberapa isu penting berkaitan iaitu kedudukan Malaysia di Tahap 3 dalam laporan berkenaan serta langkah yang diambil berhubung sekatan WRO oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat berdasarkan 11 petunjuk buruh paksa Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
"Jawatankuasa mengambil maklum bahawa isu buruh paksa yang menyebabkan WRO dikenakan terhadap lapan syarikat dalam sektor perladangan dan pembuatan telah mengakibatkan kerugian kepada negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022

Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata agensi itu juga perlu memberi penerangan mengenai langkah serta perancangan kerajaan untuk memperbaiki kedudukan Malaysia dalam laporan tersebut. - Gambar fail/BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen forum terbaik pantau kementerian
Fahmi berkata konsep Jawatankuasa Pilihan Khas itu sebenarnya memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen, serta dianggotai oleh semua Ahli Parlimen daripada pelbagai parti.

Peruntukan belanjawan 11 kementerian diluluskan pada minggu keenam sidang Dewan Rakyat
Peruntukan belanjawan bagi 11 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu keenam mesyuarat Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat lulus tubuh 10 Jawatankuasa Pilihan Khas
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul penubuhan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Parlimen ke-15 yang baharu.

BN Johor tolak jawatankuasa khas kaji Enakmen Antilompat Parti - Hasni
Ini kerana penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji enakmen berkenaan adalah suatu pembaziran masa dan kewangan.

RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke JPK Parlimen
Khairy Jamaluddin mempengerusikan JPK yang turut diwakili enam Ahli Parlimen dari kerajaan dan enam Ahli Parlimen pembangkang.

Jawatankuasa Pilihan Khas syor agensi kerajaan beri penjelasan isu buruh paksa
Agensi kerajaan perlu memberi penjelasan berkaitan kedudukan Malaysia di Tahap 3 dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2021 yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).

RUU Antilompat Parti antara usul dibentang pada sidang DUN Sarawak - Karim
Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti antara usul yang akan dibentang dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kelak.

RUU Pindaan Perlembagaan: Penyatuan suara pengukuhan integriti politik
Keperluan kepada pindaan Perlembagaan atau apa sahaja remedi perundangan bersesuaian dalam menangani isu lompat parti sememangnya wajar diperhalusi dalam masa terdekat ini.

RUU Antilompat Parti: Dewan Rakyat serah pindaan Perlembagaan ke Jawatankuasa Pilihan Khas
Dewan Rakyat hari ini bersetuju untuk menyerahkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 kepada Jawatankuasa Pilihan Khas.

Jawatankuasa Pilihan Khas perkasa amalan demokrasi
Jawatankuasa ini mempunyai lapan orang ahli tetap yang terdiri daripada empat orang ahli kerajaan dan empat orang ahli pembangkang.