ALOR SETAR: Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang ditubuhkan kini boleh bertindak segera bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menamatkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan sebelum ini.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan berkenaan adalah perkara yang paling tepat tatkala Dewan Rakyat dijangkakan dapat bersidang tidak lama lagi.
Tambahnya, kebanyakan sektor-sektor terutamanya sektor ekonomi seperti pasar tani, pasar malam yang sudah dibenarkan untuk beroperasi juga menjadi sebab mengapa darurat perlu ditamatkan lebih awal selain sesi persekolahan juga akan bermula pada 1 Mac.
Mahfuz menegaskan bahawa titah baginda yang dibuat pada Rabu juga jelas menunjukkan bahawa isu-isu melibatkan kesihatan terutama membabitkan penularan wabak COVID-19 kini sudah boleh ditangani menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
BACA: Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat - Agong
Beliau turut menzahirkan harapan agar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk segera memberi maklum balas terhadap titah tersebut, seterusnya menasihatkan Agong mengenai tarikh persidangan Parlimen.
Jelas Mahfiz, tindakan berkenaan jika tidak dilakukan segera akan menyebabkan kalangan Ahli Parlimen tidak mempunyai banyak pilihan selain berarak ke Parlimen bagi menuntut persidangan dijalankan.
"Saya bimbang Perdana Menteri tak boleh beri nasihat kerana dia tak sihat, politik dia tak sihat, bila tak sihat dia tak boleh berikan nasihat yang betul.
"Saya minta kepada Perdana Menteri (supaya) segera menyatakan respon terhadap kenyataan yang dibuat Istana Negara. Jika tidak, bagi saya tidak akan ada pilihan lain melainkan semua Ahli Parlimen kena berarak ke Parlimen untuk menuntut supaya sesi pembukaan Parlimen diadakan," katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan sumbangan barangan persekolahan kepada pelajar asnaf Parlimen Pokok Sena pada Khamis.
Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu kenyataan pada Rabu menegaskan bahaw Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan segera menasihati Seri Paduka Baginda untuk memanggil sidang Parlimen seawal Mac seperti mana diperkenan Tuanku dalam takwim Parlimen sebelum ini.
BACA: PM perlu panggil sidang Parlimen Mac ini - PH
Kenyataan yang ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, itu menjelaskan PH serta majoriti Ahli Parlimen berpendirian bahawa ketika pihak Eksekutif dan Kehakiman boleh berfungsi sewaktu darurat dikuatkuasakan, Parlimen juga perlu memainkan peranan dalam tadbir urus kerajaan.
Abdul Hadi Che Awang
Thu Feb 25 2021
![Jawatankuasa Khas Bebas Darurat boleh nasihati Agong tamatkan segera darurat - Mahfuz Jawatankuasa Khas Bebas Darurat boleh nasihati Agong tamatkan segera darurat - Mahfuz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61602845761_TBMahfuzOmar.jpg)
Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan berkenaan adalah perkara yang paling tepat tatkala Dewan Rakyat dijangkakan dapat bersidang tidak lama lagi. - Gambar fail/BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Hujan lebat di El Salvador ragut 11 nyawa, 880 terpaksa berpindah Hujan lebat di El Salvador ragut 11 nyawa, 880 terpaksa berpindah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718683703_FloodGuatemala.jpg)
Hujan lebat di El Salvador ragut 11 nyawa, 880 terpaksa berpindah
Hujan lebat yang melanda El Salvador sejak Jumaat telah meragut 11 nyawa manakala lebih 880 penduduk terpaksa berpindah.
![Kuasa Agong isytihar darurat tidak boleh diadili oleh mahkamah Kuasa Agong isytihar darurat tidak boleh diadili oleh mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653921086_TBMCAPahang.jpg)
Kuasa Agong isytihar darurat tidak boleh diadili oleh mahkamah
Kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh diadili oleh mahkamah.
![Sekurang-kurangnya 99 terbunuh dalam kebakaran hutan di Chile Sekurang-kurangnya 99 terbunuh dalam kebakaran hutan di Chile](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707103623_TBChileFiresjpg.jpg)
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh dalam kebakaran hutan di Chile
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh manakala 1,600 orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran hutan melanda Wilayah Valparaiso, Chile.
![10 maut dalam kebakaran hutan di Chile 10 maut dalam kebakaran hutan di Chile](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71706957334_ChileFire.jpg)
10 maut dalam kebakaran hutan di Chile
Seramai 10 orang terbunuh dalam kebakaran hutan di tengah dan selatan Chile, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik pihak berkuasa tempatan.
![Myanmar lanjutkan darurat selama enam bulan Myanmar lanjutkan darurat selama enam bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71706739914_UMyintSwe.jpg)
Myanmar lanjutkan darurat selama enam bulan
Pemangku Presiden U Myint Swe mengisytiharkan lanjutan tempoh darurat selama enam bulan lagi semasa mesyuarat NDSC pada Rabu.
![Darurat Ecuador: Tentera giat cari 'lubuk' pengganas Darurat Ecuador: Tentera giat cari 'lubuk' pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705192942_TBarmedmen.jpg)
Darurat Ecuador: Tentera giat cari 'lubuk' pengganas
Presiden Daniel Noboa juga telah mengisytiharkan darurat selama 60 hari dan menamakan 22 kumpulan sebagai kumpulan pengganas.
![3 maut dalam ribut di tenggara AS, Florida isytihar darurat 3 maut dalam ribut di tenggara AS, Florida isytihar darurat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704873311_TBFLORIDATORNADO.jpg)
3 maut dalam ribut di tenggara AS, Florida isytihar darurat
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam cuaca buruk yang melanda sebahagian besar kawasan Tenggara Amerika Syarikat, pada Selasa.
![Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701154294_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Badan Peguam Malaysia untuk merujuk isu perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan.
![Ribut Ciaran: Itali umum darurat di lima wilayah di Tuscany Ribut Ciaran: Itali umum darurat di lima wilayah di Tuscany](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699148019_tbGiorgiaMeloni.jpg)
Ribut Ciaran: Itali umum darurat di lima wilayah di Tuscany
Darurat diterima pakai di wilayah Florence, Livorno, Pisa, Prato dan Pistoia susulan cuaca ekstrem sehingga menyebabkan banjir di beberapa kawasan.
![Kemarau, kebakaran hutan: Bali isytihar darurat selama dua minggu Kemarau, kebakaran hutan: Bali isytihar darurat selama dua minggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615465284_KebakaranHutan.jpg)
Kemarau, kebakaran hutan: Bali isytihar darurat selama dua minggu
Bali mengisytiharkan darurat selama dua minggu susulan kebakaran hutan tanah gambut dan kemarau melanda pulau itu.