KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh diadili oleh mahkamah.
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam penghakimannya berkata meskipun pengisytiharan Darurat dilakukan oleh YDPA mengikut Perkara 150, Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan tidak bercanggah dengan struktur asas Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dibatalkan di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.
"Walaupun peruntukan perlembagaan itu dari segi klausa penyingkiran akan dianggap sebagai 'menutup pintu-pintu mahkamah' kelihatan agak keras dan tidak adil, penyelesaiannya terletak kepada badan perundangan dan bukan mahkamah," katanya keputusan membabitkan saman pemula difailkan oleh peguam Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar.
Beliau turut menolak permohonan kerajaan untuk membatalkan saman Syed Iskandar terhadap keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang enggan bertindak atas nasihat Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk mengisytiharkan darurat.
Pada November 2020, Syed Iskandar yang memfailkan saman itu dengan menamakan kerajaan Malaysia dan 10 lagi sebagai defendan, memohon mahkamah memutuskan antara lain sama ada, berdasarkan Perkara 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan, YDPA memiliki kuasa mutlak untuk mengisytiharkan darurat meskipun Perdana Menteri atau Kabinet menasihatkan sebaliknya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh diadili oleh mahkamah. - Gambar fail/Astro AWANI
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Musa menjunjung kasih kepada Agong atas pelantikan sebagai TYT Sabah ke-11
Tun Musa Aman menjunjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas perkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11.
Musa Aman dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah
Musa yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga dilantik bagi menggantikan TYT sekarang, Tun Juhar Mahiruddin.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.