KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) meningkatkan aktiviti mencegah pembakaran terbuka dan penguatkuasaan ke atas kilang serta kenderaan motor bagi menangani pencemaran udara semasa cuaca panas dan kering ketika ini.
Ketua Pengarah Alam Sekitar Norlin Jaafar berkata dalam keadaan cuaca kini, potensi berlakunya pembakaran terbuka di kawasan yang mudah dan sering terbakar adalah sangat tinggi seperti di kawasan tanah gambut dan tapak pelupusan sampah.
"Berdasarkan rekod aduan dan rondaan JAS, sebanyak 418 kes pembakaran terbuka dikesan bulan ini (hingga semalam) dan bilangan ini dijangka akan terus meningkat jika keadaan cuaca panas dan kering berterusan sehingga pertengahan September depan.
"Peningkatan kes pembakaran terbuka ini disebabkan aktiviti pertanian sara diri penduduk tempatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Norlin berkata pihak yang menyebabkan pembakaran terbuka boleh disabitkan hukuman mengikut Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali dengan kompaun sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan bagi setiap kesalahan.
Beliau berkata sejak Januari hingga semalam sebanyak 358 kompaun, 72 notis arahan dan sembilan kertas siasatan dibuka bagi kesalahan pembakaran terbuka.
Pada masa sama, katanya selain aktiviti pembakaran terbuka, pelepasan daripada aktiviti perindustrian, aktiviti kerja tanah dan kenderaan bermotor turut menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara di beberapa negeri ketika ini.
Norlin berkata sekiranya pembakaran terbuka dan jerebu berlaku semasa pandemik COVID-19, kedua-duanya boleh meningkatkan risiko bahaya pencemaran udara kepada kesihatan awam.
Bagaimanapun, katanya hingga 11 pagi Ahad, tiada kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat dalam negara.
Selain itu, sebanyak 16 titik panas turut dikesan iaitu sembilan di Sabah, tiga di Pahang, dua di Selangor dan masing-masing satu di Perak serta Johor.
Menurutnya terdapat peningkatan bilangan titik panas di dalam negara dalam tempoh tiga bulan terakhir dengan 242 titik panas dikesan pada Julai (hingga semalam) berbanding 166 pada Jun lepas dan 113 pada Mei lepas.
Orang ramai diminta melaporkan kes-kes pencemaran kepada JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melalui e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 23 2021
Berdasarkan rekod aduan dan rondaan JAS, sebanyak 418 kes pembakaran terbuka dikesan bulan ini.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
500 terumbu karang tanduk rusa dibiak semula di Pulau Jemuruk
Sebanyak 500 terumbu karang jenis tanduk rusa atau nama saintifiknya Acropora berjaya dibiak semula ke habitat semula jadi di sekitar perairan Pulau Jemuruk, di Langkawi.
Alam sekitar tanggungjawab kolektif semua pihak - JAS
Tanggungjawab memelihara kesejahteraan alam sekitar perlu melibatkan setiap lapisan masyarakat, termasuk sektor industri dan komuniti.
JAS pertingkat kerjasama dengan agensi terlibat banteras operasi e-waste
Tindakan berterusan akan dilaksanakan bersama agensi terlibat untuk membanteras kemasukan haram e-waste di pelabuhan negara.
NRES harap Belanjawan 2025 tumpu usaha perkasa JAS - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berharap hasrat untuk memperkasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan dimasukkan dalam Belanjawan 2025.
JAS ambil sampel Sungai Sekah, loji kumbahan disyaki tercemar
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan mengambil sampel air di Sungai Sekah dan sebuah loji sisa kumbahan selepas disyaki menyebabkan pencemaran sungai di Nilai.
JAS sedang siasat, periksa premis bertanggungjawab cemar Sungai Tebrau
JAS sedang menjalankan siasatan dan pemeriksaan ke atas premis yang disyaki melakukan pencemaran sehingga menyebabkan bau busuk di Sungai Tebrau.
Kerja pembersihan dua lokasi tercemar bermula hingga 22 September - Exco
Kerja pembersihan sisa bahan terjadual itu akan dibuat di dua lokasi iaitu Taman Perindustrian Tiong Nam dan Taman Perindustrian Tropika.
Pencemaran bau: KKM sedia bantu individu terkesan
Menurut Dr Dzulkefly, isu pencemaran bau di sekitar sungai di Johor dipantau pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Bungkusan 'misteri' dipercayai punca pencemaran bau dijumpai di anak Sungai Pandan
Bungkusan putih lut sinar yang ditemui oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor kira-kira jam 10 pagi itu mempunyai bau yang sama seperti di Kampung Melayu Pandan sebelum ini.