ALOR SETAR: Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan terdapat kes jangkitan COVID-19 melibatkan 50 tahanan dan empat anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini.
Beliau bagaimanapun berkata penularan wabak di IPD itu, yang dikesan sejak awal bulan ini, adalah terkawal selepas hampir kesemua tahanan positif dipindahkan ke tiga pusat tahanan lain di negeri itu yang memiliki kemudahan rawatan dan kuarantin pesakit COVID-19.
"Mereka ini didapati positif hasil ujian saringan tahanan yang dijalankan. Kesemua mereka telah dihantar ke tiga pusat tahanan untuk tindakan selanjutnya memandangkan pusat tahanan tersebut mempunyai fasiliti sewajarnya untuk merawat mereka manakala empat tahanan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Bagi anggota polis di IPD Kota Setar pula, jumlah pegawai dan anggota yang dijangkiti adalah seramai empat orang dan seorang daripadanya telah dibenarkan pulang ke rumah manakala yang lain sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kulim," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Kamarul Zaman berkata proses sanitasi juga telah dilakukan bagi mengekang penularan di IPD itu.
"Kita telah menjalankan perpindahan tahanan dan lokap berkenaan tidak lagi digunakan untuk sementara waktu untuk tahanan yang baharu bagi tujuan proses sanitasi.
"Saya meminta orang ramai tidak perlu bimbang kerana kita sentiasa berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengatasi jangkitan ini dan jangan berkongsi berita tidak tepat sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat," katanya.
Kamarul Zaman berkata demikian ketika diminta mengulas situasi penularan COVID-19 di IPD Kota Setar berikutan beberapa mesej tular yang meminta orang ramai tidak ke IPD itu dan balai polis lain kerana ramai pegawai serta anggota polis dijangkiti virus tersebut.
Majlis Keselamatan Negara pada Jumaat memaklumkan satu kluster baharu telah dikesan di Kedah iaitu Kluster Kolam Air 2 yang melibatkan tahanan dan kakitangan sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Kolam Air, Alor Setar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 17 2021

Proses sanitasi juga telah dilakukan bagi mengekang penularan di IPD itu. - Gambar hiasan
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Lelaki acu pisau samun kedai minyak ditahan
Polis berjaya menahan seorang lelaki selepas lapan jam melakukan samun bersenjatakan pisau terhadap pekerja wanita di sebuah stesen minyak di Bandaraya Alor Setar.

Jangkitan COVID-19 di IPD Kota Setar terkawal - Ketua Polis Kedah
Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan terdapat kes jangkitan COVID-19 melibatkan 50 tahanan dan empat anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Suspek conteng dinding istana, tumbuk polis maut kemalangan
Siasatan yang dijalankan mendapati lelaki berkenaan dipercayai terlibat di dalam kedua-dua kejadian ini.

Premis kecantikan dikompaun RM25,000 beroperasi ketika PKPD
Premis berkenaan dikesan melakukan kesalahan dengan menjalankan perniagaan bukan perlu lebih kurang jam 2.15 petang.

PKPD Kota Setar: Polis tambah pasukan pemantau, tutup lapan laluan tikus
Tindakan itu bagi memastikan kelancaran pelaksanaan PKPD selain kepatuhan penduduk di daerah itu terhadap setiap arahan serta SOP ditetapkan.

Kenduri kepala kambing: Perakam video, penganjur akan dikenakan tindakan
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin, berdasarkan maklumat yang diperolehi, pihaknya berjaya menahan dua lelaki itu kira-kira jam 5.15 petang Jumaat di rumah mereka di Langgar.