ALOR SETAR: Sebuah premis kecantikan yang bukan dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu dikenakan kompaun RM25,000 pada Isnin setelah didapati beroperasi seperti biasa ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, premis berkenaan dikesan melakukan kesalahan dengan menjalankan perniagaan bukan perlu lebih kurang jam 2.15 petang.
Menurutnya, pasukan pemantau Op COVID Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar mengesan kesalahan tersebut ketika melakukan rondaan di sekitar pusat Bandaraya Alor Setar.
"Sehubungan itu, premis berkenaan dikompaun RM25,000 atas kesalahan tersebut.
"Dalam operasi selama dua hari ini, sebanyak 13 kompaun dikenakan terhadap individu dan premis termasuklah premis kecantikan yang didapati masih ingkar dengan arahan dan SOP PKPD yang berkuat kuasa di daerah ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut Ahmad Shukri, pihaknya juga mengesan kesalahan lain antaranya rentas daerah tanpa kebenaran yang sah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta beberapa kesalahan lain berkaitan perlanggaran SOP PKPD.
"Antaranya, dua individu masing-masing dikenakan kompaun setelah gagal mengemukakan dokumen rentas daerah dalam pemeriksaan mengejut di kawasan penutupan jalan sempadan antara Kota Setar dengan Pendang pada Selasa," katanya.
Mengulas lanjut Ahmad Shukri berkata, pihaknya turut memberi tumpuan kepada penguatkuasaan di laluan tikus memasuki daerah ini dan mendapati beberapa kenderaan dikesan cuba menyusup masuk ke daerah Kota Setar menggunakan laluan bendang.
"Beberapa kenderaan yang bertindak sedemikian semasa pemantauan dijalankan telah ditahan untuk tujuan pemeriksaan, yang mana dua lelaki telah dikenakan kompaun masing masing RM5,000 setelah gagal mengemukakan sebarang dokumen rentas daerah yang sah," katanya.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Shukri berkata, bilangan kenderaan keluar masuk dalam kawasan PKPD Kota Setar didapati agak berkurangan sejak PKPD dilaksanakan.
"Bermula 19 Mei sehingga Ahad lepas, IPD Kota Setar dengan kerjasama PLUS mendapati hanya terdapat 32,712 buah kenderaan yang keluar dan masuk ke dalam kawasan PKPD Kota Setar dengan penurunan sebanyak 36.99 peratus berbanding 51,917 kenderaan sebelum pelaksanaan PKPD," katanya.
Tambah beliau, penguatkuasaan yang lebih ketat di daerah ini akan diteruskan bagi memastikan penularan wabak COVID-19 di daerah ini dapat diputuskan.
Ahmad Shukri berkata, beliau menyeru kepada masyarakat agar akur dengan PKPD bagi daerah Kota Setar untuk kebaikan semua.
Artikel asal di Sinar Harian: Premis kecantikan dikompaun RM25,000 beroperasi ketika PKPD
Sinar Harian
Tue May 25 2021

Sebuah premis kecantikan di Alor Setar dikompaun RM25,000 pada Isnin kerana beroperasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). -Foto Sinar Harian
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Imigresen serbu premis kecantikan menggaji warga asing
Pekerja tanpa dokumen sah, tiada kelayakan, beri perkhidmatan tanpa kelulusan KKM, malah telah berpindah premis untuk meneruskan operasi.

Premis kecantikan dikompaun RM25,000 beroperasi ketika PKPD
Premis berkenaan dikesan melakukan kesalahan dengan menjalankan perniagaan bukan perlu lebih kurang jam 2.15 petang.