Semangat jihad pada setiap umat Islam harus dimanfaat dan disalurkan ke tempat yang betul, bukan dengan melibatkan diri dalam aktiviti keganasan atau pelampau agama seperti Daish, titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Baginda tidak mahu ada dalam kalangan umat Islam di Selangor bersifat ekstremis yang terlalu taksub terhadap agama sehingga menolak segala kemajuan serta tidak mengikut lunas-lunas Islam sebenar.
"Namun begitu, beta juga tidak berkenan golongan umat Islam yang terlalu liberal sehingga mengetepikan syariat Islam seperti menghalalkan budaya terlalu bebas seperti LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) serta mengamalkan budaya yang terkeluar daripada syariat Islam serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama Islam.
"Jadilah umat Islam yang mengikut landasan Islam yang sebenarnya dan sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai pegangan hidup," titah baginda pada majlis berbuka puasa bersama rakyat dan sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri di Masjid Raja Haji Fi' Sabilillah, di sini pada Rabu.
Hadir sama pada majlis itu Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin sekali lagi turut menegaskan agar pegawai dan ahli jawatankuasa masjid mematuhi arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) supaya tidak membenarkan unsur-unsur politik disebarkan di dalam masjid serta larangan memanggil penceramah, pendakwah dan khatib yang tidak mempunyai tauliah dari MAIS.
"Beta juga telah menitahkan agar penceramah-penceramah dari luar negara tidak dibenarkan sama sekali untuk menyampaikan ceramah di masjid-masjid di Selangor kecuali Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz (Masjid Negeri), Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong dan Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang," titah Baginda.
Pada majlis itu, baginda turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada 135 orang mualaf serta 242 asnaf dan fakir miskin berjumlah RM500 setiap seorang.
Sultan Sharafuddin turut berkenan merasmikan Masjid Raja Haji Fi' Sabilillah yang siap dibina pada 19 Jan 2015 dengan kos RM62 juta di atas tapak seluas 6.8 hektar yang merangkumi bangunan masjid, dewan serbaguna dan kuarters kakitangan.
Masjid kedua tersebar di Selangor itu mampu menampung 10,200 jemaah dan bercirikan teknologi hijau dengan memaksimumkan pencahayaan dan pengudaraan semulajadi serta sistem takungan air bawah tanah bagi menuai air hujan untuk menyiram pokok di sekeliling masjid.
Masjid itu dinamakan bersempena nama Raja Haji Fi Sabilillah Ibni Opu Daeng Chelak iaitu Almarhum Sultan Salehuddin yang mangkat ketika berjihad menentang Belanda pada tahun 1784.
Bernama
Wed Jun 22 2016
![Jangan terlibat aktiviti keganasan, pelampau agama - Sultan Selangor Jangan terlibat aktiviti keganasan, pelampau agama - Sultan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81466608017_SultanSelangor.jpg)
Sultan Sharafuddin menegaskan agar pegawai dan ahli jawatankuasa masjid mematuhi arahan Majlis Agama Islam Selangor supaya tidak membenarkan unsur-unsur politik disebarkan di dalam masjid. -Gambar Bernama
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Bekas pensyarah mengaku tak salah galak ideologi, benar perjumpaan berkaitan keganasan Bekas pensyarah mengaku tak salah galak ideologi, benar perjumpaan berkaitan keganasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Bekas pensyarah mengaku tak salah galak ideologi, benar perjumpaan berkaitan keganasan
Seorang bekas pensyarah didakwa atas pertuduhan menggalakkan ideologi dan membenarkan perjumpaan berkaitan aktiviti keganasan di rumahnya.
![Kes Daish: Bekas ketua kumpulan `Wolf Pack' dipenjara 10 tahun Kes Daish: Bekas ketua kumpulan `Wolf Pack' dipenjara 10 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727689048_MahadiMamat.jpg)
Kes Daish: Bekas ketua kumpulan `Wolf Pack' dipenjara 10 tahun
Mahkamah mendapati walaupun tertuduh mempunyai skizofrenia atau gangguan mental, tertuduh waras semasa melakukan kesalahan tersebut.
![Saifuddin Nasution sifatkan pertemuan dengan Brian Nelson sebagai berterus-terang Saifuddin Nasution sifatkan pertemuan dengan Brian Nelson sebagai berterus-terang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715515204_TBSAIFUDDIN.jpg)
Saifuddin Nasution sifatkan pertemuan dengan Brian Nelson sebagai berterus-terang
Saifuddin menyifatkan perjumpaan beliau dengan Brian Nelson pada Khamis lepas sebagai pertemuan yang berterus-terang.
![Kanada kenakan sekatan atas Hamas, pengganas Israel Kanada kenakan sekatan atas Hamas, pengganas Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707088299_MelanieJoly.jpg)
Kanada kenakan sekatan atas Hamas, pengganas Israel
Langkah itu menyusuli AS yang menghukum empat individu dituduh terlibat dalam keganasan di wilayah yang diduduki.
![Singapura: Remaja ditahan di bawah ISA Singapura: Remaja ditahan di bawah ISA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666069039_WomenHancuffsGeneric.jpg)
Singapura: Remaja ditahan di bawah ISA
Remaja lelaki ialah pelajar Menengah Tiga ketika ditahan di bawah ISA pada November 2022 dan telah menerima OD pada Disember 2022.
![Daish: Pendakwaan tarik balik rayuan hukuman penjara 2 lelaki beri bantuan RM100 Daish: Pendakwaan tarik balik rayuan hukuman penjara 2 lelaki beri bantuan RM100](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641293739_TBCourtHammer.jpg)
Daish: Pendakwaan tarik balik rayuan hukuman penjara 2 lelaki beri bantuan RM100
Mahkamah Rayuan di sini hari ini membatalkan rayuan pendakwaan terhadap hukuman penjara dua tahun yang dijatuhkan ke atas dua lelaki sebelum ini.
![Majlis Agama Islam Perancis saman Facebook, YouTube Majlis Agama Islam Perancis saman Facebook, YouTube](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61552634365_Shooting.jpg)
Majlis Agama Islam Perancis saman Facebook, YouTube
Saman difailkan atas dakwaan kedua-dua gergasi media sosial itu membenarkan aktiviti keganasan disiarkan di platform mereka.
![Tiada pusat tahfiz terlibat aktiviti militan Tiada pusat tahfiz terlibat aktiviti militan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61526306564_MUKHRIZTUNMAHATHIR.jpg)
Tiada pusat tahfiz terlibat aktiviti militan
Menurut Menteri Besar Kedah, institusi pondok selama ini terbukti penting sebagai benteng pengukuhkan akidah selain mempertahankan kesucian Islam.
![Singapura tingkatkan kawalan keselamatan sempena Krismas Singapura tingkatkan kawalan keselamatan sempena Krismas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61470387812_MerlionSingapore.jpg)
Singapura tingkatkan kawalan keselamatan sempena Krismas
Rakyat republik itu turut diingatkan supaya berwaspada terhadap ancaman aktiviti keganasan, selain meletakkan keyakinan tinggi pada pasukan keselamatan negara.
![Jangan terlibat aktiviti keganasan, pelampau agama - Sultan Selangor Jangan terlibat aktiviti keganasan, pelampau agama - Sultan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81466608017_SultanSelangor.jpg)
Jangan terlibat aktiviti keganasan, pelampau agama - Sultan Selangor
Semangat jihad pada setiap umat Islam harus dimanfaat dan disalurkan ke tempat yang betul, bukan dengan melibatkan diri dalam aktiviti keganasan atau pelampau agama seperti Daish.