PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini membatalkan rayuan pendakwaan terhadap hukuman penjara dua tahun yang dijatuhkan ke atas dua rakan kerana memberi bantuan kewangan RM100 bagi melakukan aktiviti keganasan di Indonesia empat tahun lepas.
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Daud memaklumkan pihaknya menarik balik rayuan ke atas Muhammad Syazani Mahzan dan Muhamad Nuurul Amin Azizan.
Hanipah bersidang bersama-sama Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.
Muhammad Syazani dan Muhamad Nuurul Amin, yang ditahan reman sejak 14 Mei 2019, telah selesai menjalani hukuman penjara itu pada 11 Jan 2021.
Mereka, yang diwakili peguam Nik Zarith Nik Moustpha dan Fariza Mohammad hadir ke mahkamah dengan ditemani beberapa ahli keluarga serta kelihatan tenang selepas prosiding kes itu selesai.
Pada 11 Jan 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Muhammad Syazani dan Muhamad Nuurul Amin, kedua-duanya berusia 30 tahun, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 14 Mei 2019.
Pendakwaan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu pada 15 dan 18 Jan 2021.
Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan mengendalikan secara tidak langsung harta pengganas iaitu dengan cara memberi bantuan kewangan untuk disalurkan ke dalam akaun milik seorang warga Indonesia Agus Riyadi bagi tujuan melakukan aktiviti keganasan.
Kesalahan itu dilakukan di BFC Exchange Malaysia Sdn Bhd yang beralamat di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani, Kedah pada 4.29 petang 6 Mac 2018 mengikut Seksyen 130Q Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana harta tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022
Muhammad Syazani dan Muhamad Nuurul Amin, yang ditahan reman sejak 14 Mei 2019, telah selesai menjalani hukuman penjara itu pada 11 Jan 2021. - Gambar hiasan
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Rakyat Malaysia diberi ingatan hujan lebat, risiko banjir di Selatan Thailand
Konsulat Malaysia di Selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan rancangan perjalanan ke wilayah itu kerana hujan lebat telah mencetuskan banjir yang meluas di beberapa kawasan.
KPKT tidak sekat permohonan dana selenggara rumah ibadat bukan Islam - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menyekat mana-mana permohonan dana bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI), kata Menterinya Nga Kor Ming.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Sarawak diunjur catat pertumbuhan 5-6 peratus pada 2024 - Abang Johari
Sarawak diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2024 berikutan permintaan luar yang kukuh, peningkatan aktiviti dalam negeri dan tekanan inflasi yang berkurangan.
107 mangsa konflik hidupan liar terima bantuan RM608,000 tahun ini
Perhilitan menyalurkan RM608,000 kepada 107 mangsa yang terlibat dalam konflik dengan hidupan liar, setakat Oktober tahun ini.
Lutut terkehel perlu pembedahan besar, pemain wanita negara mohon bantuan kewangan
Kecederaan lutut yang dialaminya menyaksikan gandingan itu terpaksa menarik diri untuk memberikan laluan kepada Go Pei Kee-Teoh Mei Xing.
Suruhanjaya Eropah peruntukkan 120 juta euro, bantu petani terjejas akibat cuaca buruk
Suruhanjaya Eropah mengumumkan cadangan bantuan kewangan sebanyak 119.7 juta euro (US$141.4 juta) bagi menyokong petani yang terjejas akibat cuaca buruk sepanjang musim bunga dan musim panas lalu.
Mengharap Bajet 2025 lebih 'hijau'
Bajet 2025 dinanti dengan penuh harapan oleh para pencinta alam sekitar dan biodiversiti agar kerajaan akan meneruskan agenda melindungi persekitaran negara.
Skim tanaman semula sawit cecah RM45 juta, meliputi 6,724 hektar - MPOB
Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) menerima sejumlah 2,384 permohonan yang meliputi kawasan seluas 6,723.88 hektar setakat ini.