Tiada sekolah agama atau maahad tahfiz yang dikesan menjadi pusat penyebaran dakyah militan dan aktiviti keganasan, seperti didakwa pihak tertentu.
Itu tegas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir terhadap penyebaran video peperangan dihasilkan di Kedah.
Beliau berkata, malahan insititusi pondok selama ini terbukti penting sebagai benteng pengukuhkan akidah selain mempertahankan kesucian agama Islam dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.
Sehubungan itu beliau menyeru ibu bapa agar sentiasa memantau apa yang ditonton oleh anak-anak mereka memandangkan propaganda jahat tersebut banyak disebarkan melalui internet dan sudah tentu boleh diakses di mana-mana sahaja.
"Unsur yang mempengaruhi mereka ini adalah propaganda melalui internet khususnya. Jadi, baik dalam bentuk video yang diterbit ala Hollywood. Kalau kita tengok beberapa video ni, cara penerbitannya itu macam Hollywood.
"Kita pun tertanya-tanyalah dari mana datangnya kepakaran untuk membuat video-video seperti itu di tengah-tengah medan perang," ujar Mukhriz yang menyeru semua pihak jangan percaya pada khabar seumpamanya.
Terdahulu siang tadi, Mukhriz menyerahkan cek bantuan pelajar miskin kepada enam sekolah dan insitusi agama di Parlimen Jerlun antaranya Maktab Pengajian Islam negeri Kedah, Al Madrasah Al Imaniyyah Ad Dalawiyah dan Ribat Nasrul-Muhajirin, Pondok Permatang Kaka di Sekolah Agama Melele dekat Kubang Pasu.
Astro Awani
Sun Aug 05 2018

MUKHRIZ: Jangan mudah percaya.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Bekas pensyarah mengaku tak salah galak ideologi, benar perjumpaan berkaitan keganasan
Seorang bekas pensyarah didakwa atas pertuduhan menggalakkan ideologi dan membenarkan perjumpaan berkaitan aktiviti keganasan di rumahnya.

Kes Daish: Bekas ketua kumpulan `Wolf Pack' dipenjara 10 tahun
Mahkamah mendapati walaupun tertuduh mempunyai skizofrenia atau gangguan mental, tertuduh waras semasa melakukan kesalahan tersebut.

Saifuddin Nasution sifatkan pertemuan dengan Brian Nelson sebagai berterus-terang
Saifuddin menyifatkan perjumpaan beliau dengan Brian Nelson pada Khamis lepas sebagai pertemuan yang berterus-terang.

Kanada kenakan sekatan atas Hamas, pengganas Israel
Langkah itu menyusuli AS yang menghukum empat individu dituduh terlibat dalam keganasan di wilayah yang diduduki.

Singapura: Remaja ditahan di bawah ISA
Remaja lelaki ialah pelajar Menengah Tiga ketika ditahan di bawah ISA pada November 2022 dan telah menerima OD pada Disember 2022.

Daish: Pendakwaan tarik balik rayuan hukuman penjara 2 lelaki beri bantuan RM100
Mahkamah Rayuan di sini hari ini membatalkan rayuan pendakwaan terhadap hukuman penjara dua tahun yang dijatuhkan ke atas dua lelaki sebelum ini.

Majlis Agama Islam Perancis saman Facebook, YouTube
Saman difailkan atas dakwaan kedua-dua gergasi media sosial itu membenarkan aktiviti keganasan disiarkan di platform mereka.

Tiada pusat tahfiz terlibat aktiviti militan
Menurut Menteri Besar Kedah, institusi pondok selama ini terbukti penting sebagai benteng pengukuhkan akidah selain mempertahankan kesucian Islam.

Singapura tingkatkan kawalan keselamatan sempena Krismas
Rakyat republik itu turut diingatkan supaya berwaspada terhadap ancaman aktiviti keganasan, selain meletakkan keyakinan tinggi pada pasukan keselamatan negara.

Jangan terlibat aktiviti keganasan, pelampau agama - Sultan Selangor
Semangat jihad pada setiap umat Islam harus dimanfaat dan disalurkan ke tempat yang betul, bukan dengan melibatkan diri dalam aktiviti keganasan atau pelampau agama seperti Daish.