Orang ramai tidak perlu panik dengan penularan beberapa gambar dan video situasi banjir kilat di jalan utama Kijal-Chukai berhampiran gerai jualan lemang Kijal di media sosial 'Facebook' dan 'WhatsApp' hari ini.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata keadaan itu berlaku disebabkan limpahan air dari Bukit Anak Dara yang terletak berdekatan kawasan tersebut.
"Keadaan ini hanya berlaku dalam tempoh singkat sahaja dan apabila hujan berhenti, air itu akan surut seperti biasa. Ketika ini, jalan tersebut masih boleh dilalui seperti biasa dan air di gerai lemang juga surut sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Video berdurasi satu minit 57 saat itu menunjukkan limpahan air yang agak deras memasuki deretan gerai yang menjual lemang di Kijal, mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai dan warganet.
Sementara itu, peniaga lemang di Kijal, Sahabudin Ali, 42, berkata air bukit itu mula 'melintasi' gerainya pada pukul 2 petang dan ia berlaku hampir 20 minit sebelum surut dan pulih seperti biasa.
"Air itu setinggi paras betis namun ia tidak seteruk banjir kilat pada tahun lepas kerana air naik sehingga paras dapur yang menjejaskan perniagaan kami.
"Kami berharap pihak berkuasa dapat mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana banjir kilat ini baru berlaku sejak tahun lepas mungkin disebabkan kewujudan beberapa pembinaan baharu di sekitar kawasan ini," katanya.
Sahabudin yang telah berniaga lemang di Kijal lebih 20 tahun lepas membuka gerainya pada 7 pagi tadi bagaimanapun bersyukur kerana banjir kilat itu tidak menjejaskan jualan hari ini.
"Mungkin esok saya tidak boleh buka gerai seperti biasa kerana hendak bersihkan gerai yang berlumpur akibat banjir kilat tadi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 18 2019
Keadaan banjir yang menjejaskan lalu lintas berhampiran gerai jualan lemang Kijal seperti yang ditularkan. - Facebook: Amirul Azreen
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 September 2024.
Warga emas maut dihempap pokok
Seorang lelaki warga emas maut manakala cucunya cedera apabila dihempap pokok tumbang ketika sedang berkhemah.
Tumpuan Rabu – 18 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Belanjawan 2025: Kerajaan fokus strategi stabilkan inflasi - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memfokus kepada beberapa strategi dalam menstabilkan inflasi sekali gus menangani cabaran kenaikan kos sara hidup rakyat dalam Belanjawan 2025.
Ketua Menteri Delhi Kejriwal letak jawatan, pembantu utama sebagai pengganti
Ketua menteri Delhi, Arvind Kejriwal, meletak jawatan pada Selasa dan digantikan oleh pembantu utamanya Atishi Marlena.
AWANI 7:45 [17/09/2024] - Definasi halal semakin berkembang | Tiada sejarah ke luar negara | Ibu bapa sudah dikenal pasti | Jumlah mangsa meningkat
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Sijl halal bukan lagi soal babi dan alkohol, kata PM
2. Kes terbaharu mpox di Malaysia
3. 392 kanak-kanak jadi mangsa GISBH, ada ibu bapa enggan akui anak
4. Banjir di Kedah dan Pulau Pinang semakin memburuk
1. Sijl halal bukan lagi soal babi dan alkohol, kata PM
2. Kes terbaharu mpox di Malaysia
3. 392 kanak-kanak jadi mangsa GISBH, ada ibu bapa enggan akui anak
4. Banjir di Kedah dan Pulau Pinang semakin memburuk
AWANI Ringkas: Tujuh PPS dibuka di Pulau Pinang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Gabungan air pasang besar berserta hujan lebat dan ribut menyebabkan fenomena ombak besar yang menghempas kawasan tepi laut Pulau Pinang terutama di sekitar Pantai Bersih.
Banjir di Kedah semakin memburuk, bilangan mangsa cecah 1,018 orang
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
Tiga sungai di Kedah lepasi paras bahaya
Tiga sungai di negeri ini direkodkan melepasi paras bahaya dengan trend menaik setakat 10 malam ini.
Angka korban bencana dan orang hilang cecah 336 orang di Vietnam
Angka kematian dan jumlah orang hilang akibat Taufan Yagi, banjir dan tanah runtuh telah meningkat kepada 336 setakat pukul 7 pagi Jumaat.
27 orang dipindahkan susulan banjir kilat di Lenggong
Lokasi yang terjejas banjir adalah di Jalan Ijok, Kampung Sumpitan dan Jalan Haji Samad, Kampung Banggol Batu.
19 rumah di Baling terjejas akibat banjir kilat
Banjir sungai terjadi apabila hujan lebat di kawasan hulu menyebabkan alur sungai tidak mampu menampung kuantiti air hujan yang banyak.
Hujan berterusan, beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat
Antara kawasan yang dilaporkan terjejas ialah di sekitar Bayan Lepas dan Bayan Baru di bahagian pulau.
Kepala air landa air terjun Seri Perigi, Titi Hayun, 4 kampung terjejas banjir kilat
Hujan lebat berterusan tanpa henti selama beberapa jam mengakibatkan air terjun Seri Perigi dan Titi Hayun di sini, dilanda kepala air hari ini.
Mayat terakhir banjir kilat di Ternate, Indonesia ditemukan
Mayat itu ditemukan kira-kira 7 malam, menandakan berakhirnya usaha mencari mangsa sejak bencana melanda kampung Rua pada 25 Ogos lepas.
Langkawi dilanda banjir kilat
Kawasan yang terjejas akibat dinaiki air adalah Kuah, Padang Matsirat, Temonyong dan Kampung Bukit Kembojani.
6 masih hilang dalam banjir kilat di Pulau Ternate, Indonesia - BNPB
Banjir itu menyebabkan kerosakan yang ketara, menjejaskan 25 rumah dan satu masjid, dan memberi kesan kepada 25 keluarga.
DBKL teliti semula SOP atasi banjir kilat di ibu kota - Dr Zaliha
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi mengatasi masalah banjir kilat di ibu negara.