Kebanyakan golongan muda memilih untuk melanjutkan pengajian dalam Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sahaja disebabkan minat semata-mata, tetapi mereka juga melihat prospek pekerjaan yang begitu cerah menerusi bidang berkenaan ketika ini.
Seorang penuntut, Nurin Asyiqin Muhd Salmi, 19, dari Taiping berkata dia meminati TVET kerana bidang tersebut dilengkapi dengan segala kemahiran yang sesuai dan seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0.
"Jangan pandang rendah pada kami yang memilih TVET kerana walaupun ada di antara kami yang tidak cemerlang dalam bidang akademik, tetapi bidang ini mempunyai banyak peluang kerana skop pekerjaan dalam bidang teknikal dan vokasional adalah sangat luas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas pelancaran program Kemahiran Malaysia 2.0 (SkillsMalaysia 2.0) yang disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh, pada Selasa.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.
Nurin Asyiqin berkata dia sememangnya meminati bidang kemahiran sejak di bangku sekolah dan minat itu mendorongnya memilih untuk menyambung pengajian di peringkat Sijil Teknologi Seramik di ILP di sini.
Bagi K. Thennarasu, 21, berkata dia memilih TVET kerana yakin bidang itu mempunyai peluang lebih cerah dalam pelbagai bidang pekerjaan apabila tamat pengajian kelak.
Thennarasu yang kini berada dalam semester kedua pengajian Program Sijil Teknologi Elektrik di ILP Ipoh berkata dia mengetahui mengenai bidang itu menerusi laman carian terbesar internet, Google.
"Saya sememangnya meminati bidang TVET sejak di bangku sekolah lagi kerana semasa di sekolah, saya sering terlibat dengan pelbagai projek dan pembelajaran berasaskan kemahiran dan dari situ timbul minat untuk meneruskan pengajian dalam bidang TVET," katanya.
Pelancaran SkillsMalaysia 2.0 merupakan satu identiti penjenamaan baharu bagi TVET di bawah kendalian Kementerian Sumber Manusia sebagai platform untuk meningkatkan kerjasama dengan semua kementerian dan agensi dalam memperkasa bidang kemahiran negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 03 2019

Sultan Nazrin berkenan melihat sistem penyaman udara di ruang pameran teknologi kemahiran selepas melancarkan SkillsMalaysia 2.0 di Institut Latihan Perindustrian Ipoh, 3 Dis, 2019. Turut kelihatan, Ahmad Faizal (kiri). --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Aktif kongsi ilmu di TikTok, Mohd Nazrul kini genggam Ijazah Sains Pertanian
Mohd Nazrul belum puas dengan pencapaiannya dan sentiasa berazam untuk menambah ilmu tentang pertanian ke peringkat lebih tinggi.

YNS peruntuk lebih RM3 juta Anugerah Siswazah Kelas Pertama
Yayasan Negeri Sembilan (YNS) memperuntukkan lebih RM3 juta, kepada 618 siswazah penerima Anugerah Cemerlang Kelas Pertama tahun ini.

Maxis lancar Program Biasiswa 2024, tumpu subjek STEM
Program itu menggabungkan bantuan kewangan dengan pendedahan industri bagi membolehkan pelajar mencapai aspirasi mereka.

Mohamad Aniq, Nur Ain Nabilah dinobat olahragawan, olahragawati UiTM 2022
Badang negara Mohamad Aniq Kasdan dan atlet boling padang wanita negara Nur Ain Nabilah Tarmizi hari ini dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2022.

Universiti Tsukuba buka kampus cawangan di Malaysia
Universiti Tsukuba dari Jepun bakal membuka cawangannya di sini, iaitu kampus cawangan mereka pertama di luar negara, susulan memorandum kerjasama (MoC) yang ditandatangani kedua-dua negara.

Ruang akademik tidak boleh 'dicabul' politikus - Maszlee
Maszlee menegaskan, era menghukum ahli akademik yang mengkritik kerajaan juga sepatutnya harus berakhir.

Genggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usia 80 tahun
Yeop Ali meluangkan masa 10 tahun untuk menamatkan pengajian dan banyak menghabiskan masa persaraannya di perpustakaan dan diskusi akademik

11 guru SMK Dato' Haji Mohd Redza rangkul ijazah sarjana serentak
Mereka memilih untuk mengikuti sesi pelajaran kami dalam ijazah sarjana ini pada setiap musim cuti sekolah sahaja.

Rupanya cara belajar ikut karakter, tips untuk bantu anak cemerlang akademik
Setiap anak mempunyai karakter tersendiri yang memberi kesan kepada pembelajarannya.

APEL.Q tukar pengalaman individu jadi kelayakan akademik
APEL untuk Anugerah Kelayakan Akademik (APEL.Q) mengiktiraf pembelajaran individu melalui pengalaman sebelumnya.