Kuala Lumpur: Faktor usia bukan penghalang untuk menamatkan pengajian di peringkat tertinggi sehingga berjaya menggenggam segulung Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usia 80 tahun.
Yeop Ali Mohd Dobi yang memulakan pengajian di peringkat PhD sejak 10 tahun lalu pada usia 70 tahun, terus komited untuk menjayakan walaupun berdepan pelbagai cabaran.
Hasrat bekas Pengurus Besar sebuah bank tempatan ini untuk melanjutkan pengajian PhD bagi memastikan masanya sentiasa terisi ketika usia emasnya, untuk mempelajari perkara baharu.
"Ketika tempoh persaraan saya 15 tahun lalu, saya pernah diserang strok ringan (mild stroke) dan pada ketika itu saya nekad untuk melakukan sesuatu bagi untuk mengisi hari-hari persaraan saya.
"Selepas pulih, saya terus lanjut pengajian PhD pada usia 70 tahun dan pada usia 80 tahun saya berjaya menamatkannya," katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Dalam majlis Konvokesyen Asia E University (AeU) di ibu negara pada Sabtu, kajian Yeop Ali berkaitan perniagaan Pos Malaysia Bhd dan perkhidmatan pelanggan penghantaran Pos Laju turut dinobatkan sebagai Kajian Terbaik 2022.
Menceritakan pengalaman 10 tahun yang begitu bermakna bagi menamatkan pengajian PhD ini, Yeop Ali sentiasa menghabiskan masanya di perpustakaan dan berdiskusi bersama rakan serta penyelia pengajian.
"Saya seorang old-fashioned, saya jarang gunakan internet untuk cari maklumat, banyak informasi yang saya dapat dari perpustakaan, di situ saya banyak meluangkan masa.
"Pada permulaan pengajian, seramai 200 rakan berjuang untuk tamatkan PhD, namun hanya 10 sahaja yang tamat, ada rakan-rakan seusia saya tidak sempat tamatkan kerana uzur dan ada yang meninggal dunia," katanya.
Minatnya terhadap ilmu dan pengajian akademik sejak muda lagi apabila turut memegang dua Ijazah Sarjana iaitu Sarjana Sains dan Perniagaan dan Sarjana Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan dari University of Strathclyde, United Kingdom.
Mengenang kembali keputusannya di peringkat sekolah tidaklah membanggakan, namun ketika sudah bekerja, beliau akui hanya pendidikan mampu untuk mengembangkan kerjaya.
"Ketika di bangku sekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) Alor Setar, saya hanya dapat Gred ketiga sahaja, kemudian saya bekerja.
"Hasil pendapatan itu saya simpan dan gunakan untuk sambung pengajian di United Kingdom tanpa sebarang tajaan dan saraan daripada keluarga," jelasnya.
Jelas beliau, sebilangan besar pendapatannya ketika bekerja banyak digunakan untuk menimba ilmu dan melakukan kajian akademik.
Anak sulung kepada tujuh adik beradik yang berasal dari Pengkalan Pegoh, Ipoh ini akui, usaha untuk tamatkan pengajian tidak akan terhasil tanpa sokongan daripada keluarga.
Ketika ini, beliau giat menjadi panel forum serta seminar bagi memberi inspirasi kepada golongan muda yang masih punyai keupayaan untuk melanjutkan pengajian di pderingkat tertinggi.
Yeop Ali juga kini aktif menjadi penyelidik akademik bersama penyelia pengajiannya Prof Oo Yu Hock dan berharap jika diberikan peluang untuk menjadi tenaga pengajar di mana-mana institusi pengajian tinggi.
Hafizi Rosli
Sun Oct 16 2022
Yeop Ali yang turut memiliki dua Ijazah Sarjana memulakan pengajian di peringkat PhD sejak 10 tahun lalu iaitu ketika berusia 70 tahun. - Foto Astro AWANI/Hafizi Rosli
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Tun Ahmad Fuzi terima Ijazah Kehormat Doktor Perhubungan Antarabangsa USM
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perhubungan Antarabangsa bersempena Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) ke-62.
Rohani genggam PhD pada usia 81 tahun
Ternyata usia bukan penghalang bagi Christine Longuet atau Rohani Abdullah apabila berjaya menamatkan pengajian pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Ismail Sabri pilih 'tindakan Malaysia dalam perangi COVID-19' sebagai tajuk tesis PhD
Ketika COVID-19 diisytihar sebagai pandemik global pada Mac 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan Menteri Kanan Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap kluster keselamatan.
Ismail Sabri lanjut pelajaran ke peringkat PhD
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kembali melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Datuk 17 cucu genggam PhD pada usia 79 tahun
Seorang pesara guru berusia 79 tahun berjaya menamatkan pengajian di peringkat tertinggi sehingga menggenggam PhD UKM.
Santuni ibu, asbab Azizan Osman sentiasa murah rezeki, kini genggam PhD
Azizan mengorbankan masa dan tenaganya untuk mendapatkan ilmu, strategi dan kajian terkini buat usahawan di bawah bimbingannya.
40 pensyarah Indonesia bakal ikuti program Smart PhD di UPSI
Antara matlamat utama kerjasama itu adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran program pengajian Doktor Falsafah di bawah FSM khususnya.
PhD: Permohonan penuntut antarabangsa meningkat dalam tempoh 2 tahun lepas
Sebanyak 11,661 permohonan diterima pada 2021 daripada penuntut PhD antarabangsa untuk belajar di Malaysia.
Graduan PhD perlu hasilkan penyelidikan berguna untuk negara
Graduan Ijazah doktor falsafah(PhD) perlu memastikan penyelidikan dan penulisan akademik mereka memberi manfaat dan berguna kepada negara.
Penghantar makanan berjaya dapat PhD tarik perhatian
Walaupun mencari rezeki sebagai rider sepenuh masa sejak bermulanya PKP, ia bukan penghalang bagi Akmal untuk menyiapkan tesisnya.