Undang-undang hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan di negara ini, mahupun di Kelantan, kerana selain melanggar perlembagaan, pindaan Rang Undang-Undang itu memerlukan majoriti dua pertiga sebelum hudud dapat diluluskan.
Pakar undang-undang Universiti Malaya Prof Gurdial Singh Nijar berkata undian majoriti mudah tidak memadai untuk melaksanakan undang-undang berteraskan prinsip Islam itu.
Ini bermakna, sekalipun PAS dapat memujuk UMNO dan sebahagian daripada ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar berganding bahu dengan mereka untuk mengundi menyokong hudud, rang undang-undang itu masih tidak dapat diluluskan.
PAS mempunyai 21 orang Ahli Parlimen manakala UMNO 88.
PKR pula mempunyai 29 Ahli Parlimen (tetapi hanya 28 boleh mengundi kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dipenjarakan atas kesalahan meliwat pembantunya).
Ada 222 Ahli Parlimen kesemuanya dan untuk kelulusan Rang Undang-Undang hudud, PAS perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 148 undi.
"Rang Undang-Undang hudud tidak boleh diluluskan dengan majoriti mudah kerana rang undang-undang itu sendiri salah dan akan melanggar prosedur-prosedur berkenaan dengan undang-undang jenayah dan perundangan negara," kata Gurdial.
Beliau berkata sebarang perubahan dalam Perlembagaan adalah bidang kuasa eksklusif Kerajaan Persekutuan dan bukan sesebuah negeri .
"Ini bermakna bahawa apa-apa kesalahan dalam senarai Kerajaan Persekutuan atau yang dikendalikan oleh Persekutuan jatuh bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.
"Perlembagaan jelas menyatakan bahawa mana-mana negeri tidak boleh membuat atau menghukum kesalahan yang termaktub dalam senarai kerajaan persekutuan," katanya lagi.
Beliau memberi contoh dalam kes kecurian, rogol dan rompakan yang boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan adalah di bawah undang-undang Persekutuan.
"Pertamanya, negeri-negeri tidak boleh membuat undang-undang berkaitan jenayah walaupun perkara itu dikatakan satu jenayah bertentangan Islam.
"Undang-undang hudud Kelantan dan Terengganu tahun 1993 juga jelas bercanggah dengan Perlembagaan, " katanya.
Beliau berkata pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan untuk meluluskan hudud dan apa-apa pindaan dalam Perlembagaan, akan memerlukan majoriti dua pertiga.
Beliau juga mengutarakan beberapa soalan tentang rang undang-undang hudud yang boleh melanggar Artikel 4 dalam Perlembagaan.
"Menurut Artikel ini, mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan akan terbatal.
"Jadi beberapa asas dalam Perlembagaan tidak boleh ditukar- contohnya meminda Perlembagaan untuk memansuhkan Parlimen. Ini adalah asas utama pembentukan Perlembagaan," katanya.
Beliau berkata, walaupun sukar pada masa ini untuk mengatakan apa yang akan berlaku jika rang undang-undang hudud itu diluluskan, beliau berkata akan timbul banyak tindakan undang-undang yang mencabar pelaksanaan hudud dari aspek perlembagaan.
"Walaupun undang-undang hudud itu diluluskan bagaimanakah ia akan dilaksanakan? Kuasa polis adalah di bawah bidang kuasa Persekutuan dan bukannya tersenarai bawah negeri," katanya sambil menambah bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa ke atas pasukan polis.
Sathesh Raj
Thu Mar 26 2015
Pakar undang-undang Universiti Malaya Prof Gurdial Singh Nijar berkata undian majoriti mudah tidak mencukupi untuk melaksanakan undang-undang berteraskan prinsip Islam itu.
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
Jabatan Peguam Negara mohon batal saman ibu berhubung kewarganegaraan kanak-kanak
Antara alasan permohonan itu perlu dibatalkan adalah saman yang difailkan melalui saman pemula adalah suatu yang remeh serta menyalahgunakan proses mahkamah.
Gesa tindakan terhadap Lokman Adam berhubung kenyataan hina mahkamah
Mereka berpendapat Lokman telah mengeluarkan kritikan yang melampaui batas dengan mendakwa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mempengaruhi badan kehakiman Mahkamah Tinggi.
'Jangan menaruh harapan, hudud tidak mungkin boleh dilaksanakan'
Pakar undang-undang Universiti Malaya Prof Gurdial Singh Nijar berkata undian majoriti mudah tidak mencukupi untuk melaksanakan undang-undang berteraskan prinsip Islam itu.