KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada tahap yang lebih tinggi berbanding negara-negara lain dalam adaptasi tindakan berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Malaysia menerima 43 peratusan mata bagi sasaran SDG 2030, berbanding mata purata global iaitu 17 peratus. 

"Masih banyak lagi yang boleh dilakukan, tetapi pencapaian ini membuktikan bahawa kita berada di landasan yang tepat. 

“Kita perlukan beberapa langkah tambahan iaitu perancangan yang rapi, pelaksanaan yang efektif, pelan komunikasi yang jelas dan semangat bekerja sebagai satu pasukan. 

“Paling penting ialah kepimpinan yang berintegriti seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu, ketika ditemui semasa Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP 29).


Malaysia berada di tahap lebih tinggi berbanding negara lain dalam adaptasi SDG - Nga

Terdahulu, Nga menyampaikan Kenyataan Negara pada Mesyuarat Menteri Urbanisasi dan Perubahan Iklim di COP 29 di Azerbaijan hari ini. Beliau turut menyeru komuniti global untuk merealisasikan idea kepada tindakan.

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan adalah sebahagian daripada delegasi Malaysia ke Persidangan Pihak ke-29 (COP29) Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), dengan fokus menangani cabaran perubahan iklim di tengah-tengah urbanisasi pesat.


Agenda AWANI: COP29 | Perubahan iklim. Bandar paling terkesan