KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia memohon Mahkamah Tinggi di sini supaya membatalkan saman yang difailkan oleh sebuah persatuan dan enam wanita yang berkahwin dengan warga asing, bagi membolehkan anak mereka yang dilahirkan di luar negara mendapat hak menjadi warganegara Malaysia.
Antara alasan permohonan itu perlu dibatalkan adalah saman yang difailkan melalui saman pemula adalah suatu yang remeh serta menyalahgunakan proses mahkamah.
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly yang bertindak bagi pihak kerajaan berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan berhubung kanak-kanak yang dilahirkan di luar Malaysia, adalah jelas bahawa hanya yang dilahirkan berbapakan warga Malaysia sahaja yang berhak mendapat kewarganegaraan melalui proses undang-undang.
"Oleh itu, plaintif gagal menunjukkan bahawa hak mereka terhadap undang-undang telah terjejas atau prejudis oleh tindakan defendan (kerajaan).
"Tidak ada hak undang-undang yang mungkin terjejas apabila perkara itu tidak wujud. Tuntutan plaintif jelas tidak kukuh," katanya ketika prosiding permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk membatalkan saman itu di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir.
Pada 18 Dis 2020, saman itu difailkan presiden dan pemegang jawatan Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor KL (Family Frontiers) Suriani Kempe dan enam wanita Malaysia lain yang menuntut enam perintah mahkamah khusus termasuk perisytiharan bahawa Seksyen 1 (b) dan Seksyen 1 (c) dibaca secara bersama dengan Perkara 8 (2) untuk memasukkan ibu-ibu Malaysia sebagai syarat bagi anak-anak yang lahir di luar negeri untuk diberi kewarganegaraan Malaysia secara automatik.
Antara lain, mereka juga memohon perintah mahkamah supaya semua agensi kerajaan yang berkaitan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Kedutaan Malaysia mengeluarkan semua dokumen yang berkaitan dengan kewarganegaraan (termasuk pasport dan kad pengenalan) kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu-ibu Malaysia dengan pasangan warga asing.
Ahmad Hanir berhujah bahawa Suriani yang merupakan plaintif pertama tidak mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang mengemukakan saman itu terhadap kerajaan.
"Plaintift perlu terjejas dengan ketara atau mempunyai kepentingan tulen dalam kes ini dan Suriani tidak mempunyai hak di sisi undang-undang yang diperlukan untuk memfailkan saman itu hanya kerana peranannya sebagai presiden Family Frontiers," katanya.
Sementara itu, peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili semua plaintif berhujah bahawa jika permohonan defendan untuk membatalkan saman itu dibenarkan, ia akan menyekat peluang negara untuk bersuara dan di hadapan mahkamah ini adalah isu undang-undang mengenai diskriminasi gender berdasarkan meritnya.
Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan perlu ditafsirkan secara selaras untuk mengelak situasi Perkara 8 Perlembagaan dianggap tidak bermakna, katanya.
Peguam itu juga berhujah bahawa pintu mahkamah tidak boleh ditutup kepada mereka pada tahap ini dan mereka tidak boleh dinafikan hak untuk mendapat akses keadilan, dan Mahkamah Tinggi perlu mendengarnya daripada menolaknya sekarang.
Akhtar menetapkan 6 Mei untuk memutuskan sama ada saman itu dibatalkan atau terus mendengar kes berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 27 2021
![Jabatan Peguam Negara mohon batal saman ibu berhubung kewarganegaraan kanak-kanak Jabatan Peguam Negara mohon batal saman ibu berhubung kewarganegaraan kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61611231766_CourtGavel.jpg)
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar Malaysia, hanya yang dilahirkan berbapakan warga Malaysia sahaja yang berhak mendapat kewarganegaraan melalui proses undang-undang.
Laos sasar 4.3 juta pelancong asing pada 2025
Laos menyasarkan untuk menarik 4.3 juta pelancong antarabangsa pada 2025, dengan jangkaan menjana pendapatan lebih US$1 bilion.
![Bekas kontraktor dipenjara lima tahun, miliki item berkaitan Daish Bekas kontraktor dipenjara lima tahun, miliki item berkaitan Daish](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665739806_TBROSMAHCOURT.jpg)
Bekas kontraktor dipenjara lima tahun, miliki item berkaitan Daish
Seorang bekas kontraktor dihukum penjara lima tahun kerana memiliki item berkaitan kumpulan pengganas Daish dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.
Penggunaan data EO dorong tambahan US$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Peningkatan penggunaan data Pemerhatian Bumi (EO) di serata Asia Tenggara dijangka menyumbang penambahan US$100 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rantau ini secara kumulatif bagi tempoh 2023 hingga 2030, kata laporan yang dikeluarkan hari ini.
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
![Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739179720_WargaTaiwan.jpg)
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memperdagang dan memiliki senjata api secara haram, termasuk 14 pistol dan satu sub machine gun di Desa ParkCity.
![Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735001055_tbkemalangan.jpg)
Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.
![Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735463448_TBGAVEL.jpg)
Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas prosiding semakan status hujahan semua pihak diadakan pada Isnin.
![Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738570671_HannahYeoh.jpg)
Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.
![Syarikat pelancongan keluarkan cek lebih RM600,000 atas nama Azlan Man - Saksi Syarikat pelancongan keluarkan cek lebih RM600,000 atas nama Azlan Man - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738573471_DatukSeriAzlanMan.jpg)
Syarikat pelancongan keluarkan cek lebih RM600,000 atas nama Azlan Man - Saksi
Tiga cek tersebut merupakan bayaran balik bagi perjalanan Azlan dan keluarganya ke London pada 2013, 2014 dan 2015 yang dibatalkan.
![Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737106629_IGPRazarudinGISB.jpg)
Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.
![Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737953995_AlongCham.jpg)
Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah
Bagaimanapun, Along Cham dituduh semula di Mahkamah Majistret di Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah.
![Mahkamah Korea Selatan sekali lagi tolak permohonan lanjutkan tahanan Yoon Mahkamah Korea Selatan sekali lagi tolak permohonan lanjutkan tahanan Yoon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737820846_YoonSukYeol.jpg)
Mahkamah Korea Selatan sekali lagi tolak permohonan lanjutkan tahanan Yoon
Mahkamah Daerah Pusat Seoul kekalkan keputusannya sebelum ini untuk menolak permintaan itu, memetik "alasan yang sama".
![Polis tahan pengedar, rampas hampir 20 kg dadah di Ipoh Polis tahan pengedar, rampas hampir 20 kg dadah di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737624933_ZulkafliSariaat.jpg)
Polis tahan pengedar, rampas hampir 20 kg dadah di Ipoh
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki mengedar dadah serta merampas hampir 20 kilogram (kg) dadah di Meru, di sini, pada Selasa lepas.
![Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737549817_kimba.jpg)
Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia
Habeas corpus tidak terpakai kepada haiwan, "tidak kira betapa canggih kognitif, psikologi atau sosial haiwan itu".