Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi ingatan kepada penganjur Bersih 4.0 supaya memastikan perhimpunan yang bakal diadakan hujung bulan ini tidak tersasar daripada matlamat asal.
Menurutnya, pihak polis akan mengambil langkah pencegahan jika didapati perhimpunan jalanan yang bertujuan mendesak diadakan pilihan raya bebas itu dijadikan wadah untuk menggulingkan kerajaan.
"Itu sebabnya saya bagi ingatan kepada penganjur BERSIH, supaya berhati-hati kerana mereka sekarang ini bukan setakat hendak menganjurkan pilihan raya bebas; sudah tersasar tujuannya dan ke arah menjatuhkan kerajaan tetapi bukan melalui perhimpunan jalanan.
“Kami akan mengambil langkah pencegahan; jangan ingat kita akan berdiam diri," kata Khalid.
Tambahnya, polis masih menantikan notis lengkap daripada penganjur perhimpunan.
Dalam perkembangan sama, Khalid turut meminta penganjur Perhimpunan BERSIH 4.0 agar memilih lokasi yang lebih sesuai untuk menempatkan jangkaan sekitar 100,000 peserta yang bakal menghadirinya.
Katanya, Dataran Merdeka dan Padang Merbok tidak sesuai dijadikan lokasi perhimpunan memandangkan ia sedang disiapkan untuk sambutan Hari Merdeka.
Penganjur perhimpunan, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sebelum ini menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam isu keselamatan pada sepanjang penganjuran perhimpunan Bersih 4 yang dijadual pada 29 sehingga 30 Ogos ini.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, paling penting keselamatan rakyat terjamin dan lalu lintas di ibu kota terkawal pada hari berkenaan.
Astro Awani
Mon Aug 17 2015
KHALID: Kami akan mengambil langkah pencegahan; jangan ingat kita akan berdiam diri. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Bersih 4.0: Mahkamah tetapkan 19 Feb untuk keputusan semakan kehakiman
Terdahulu, dalam hujahannya, peguam Edmund Bon yang mewakili Maria memberitahu tiada bukti bahawa baju kuning Bersih 4.0 mampu mengancam ketenteraman awam atau keselamatan negara.
Bersih 4.0: Maria Chin didakwa
Penganjur Perhimpunan Bersih 4.0 Maria Chin Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan gagal memberi notis pemberitahuan kepada polis berhubung perhimpunan itu.
Sambutan Ambang Merdeka dipindahkan ke Bukit Jalil
Sambutan Ambang Merdeka yang dijadualkan berlangsung malam ini di Dataran Merdeka dipindahkan ke Stadium Bukit Jalil.
Bersih 4: Tiada tangkapan, keadaan terkawal - Ketua Polis KL
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, setakat jam 6 petang tiada sebarang insiden berlaku dan tiada penangkapan dilakukan pihaknya.
Tindakan kerajaan melarang pakai baju 'Bersih 4' melucukan - Maria Chin
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata tindakan Kementerian Dalam Negeri itu menunjukkan betapa terdesaknya kerajaan.
Bersih 4.0 bakal mengundang kemarahan warga kota - Shahrizat
Wanita UMNO bimbang perhimpunan Bersih 4.0 bakal mengundang kemarahan warga kota menjelang sambutan hari kemerdekaan.
Bersih 4.0: 'Ketua Pemuda MCA, tarik balik pendirian kamu' - Azwan Bro
Chong Sin Woon diberi kata dua untuk menarik semula kenyataan untuk tidak akan mengambil tindakan kepada mana-mana ahli parti itu yang menyertai perhimpunan Bersih 4.0.
Salleh ulangi gesaan supaya SKMM pantau laman web
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengulangi gesaan supaya SKMM memantau semua laman web yang menyiarkan laporan berita yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.
Kumpulan Anti Bersih 4.0 batal hasrat berhimpun Sabtu ini
Kumpulan Anti Bersih 4.0 telah membatalkan hasrat untuk berhimpun di sekitar Plaza Low Yat di Jalan Bukit Bintang pada jam 9 pagi Sabtu ini sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
Tiada arahan sekat isyarat komunikasi - Salleh Said
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak pernah mengeluarkan arahan kepada syarikat telekomunikasi agar menyekat isyarat komunikasi di kawasan sekitar perhimpunan Bersih 4.0.