Ketua Pergerakan Pemuda MCA, Chong Sin Woon diberi kata dua untuk menarik semula kenyataan untuk tidak akan mengambil tindakan kepada mana-mana ahli parti itu yang menyertai perhimpunan Bersih 4.0 pada Sabtu.
Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menegaskan, amaran turut diberikan kepada Sin Woon kerana kedudukannya sebagai anggota pentadbiran Kerajaan.
"Ingin saya ingatkan Sin Woon bahawa dia memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi di dalam Pergerakan Pemuda BN dan tidak sepatutnya untuk ahli kita menyertai atau menyokong pergerakan yang mempunyai matlamat untuk menjatuhkan parti dan kerajaan kita.
"Bersih adalah himpunan haram yang mahu menjatuhkan kerajaan sekali gus menghancurkan sistem demokrasi negara. Saya selaku Timbalan Pengerusi Pemuda BN mengarahkan semua ahli pemuda BN untuk menghindari himpunan Bersih.
"Saya beri kata dua kepada Sin Woon untuk menarik balik kenyataannya. Kita mesti halang kalau ada gerakan yang mahu menjatuhkan kerajaan dan bukan mengizinkan. Kenyataan seperti ini yang datangnya dari seseorang yang memegang jawatan di dalam parti dan kerajaan boleh diibaratkan seperti satu tikaman dari belakang," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Khairul Azwan mengulas kenyataan Sin Woon di dalam sebuah portal yang berkata tidak akan mengambil tindakan kepada ahli MCA yang menyertai Bersih 4.0.
Bagaimanapun kata Sin Woon, peserta perhimpunan daripada MCA perlu mematuhi undang-undang, disiplin serta menjaga diri sendiri.
Dalam pada itu kata Khairul Azwan, Sin Woon disifatkan tidak boleh menyatakan sikap penentangan walaupun rakyat negara ini mempunyai kebebasan untuk memberikan pandangan masing-masing.
"Kita sebagai pemegang jawatan di dalam BN memahami nilai ikatan persahabatan dan apatah lagi Sin Woon yang merupakan seorang pemimpin Kabinet.
"Saya dan (Ketua Pemuda UMNO) Khairy Jamaluddin pernah dilabel pelbagai macam nama oleh NGO dan kumpulan tertentu kerana kami mempertahankan kerajaan dan rakan-rakan di dalam BN.
"Selaku pemimpin kami faham nilai persahabatan dan ikatan antara kita dan kami meletakkan kepentingan BN lebih dari kenyataan dan pendirian populis jangka masa pendek. Sekiranya dia tidak mampu mempertahankan kerajaan mungkin dia perlu memikirkan semula tentang kedudukannya di dalam kerajaan," ujarnya.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak menolak kemungkinan akan wujud kumpulan yang akan mencetuskan huru hara dalam perhimpunan haram Bersih 4.0.
Tegasnya, kumpulan anarki dalam perhimpunan haram berkenaan bertujuan mencetuskan provakasi terhadap polis supaya pihak berkuasa menggunakan kekerasan terhadap peserta.
Wan Syamsul Amly
Fri Aug 28 2015
![Bersih 4.0: 'Ketua Pemuda MCA, tarik balik pendirian kamu' - Azwan Bro Bersih 4.0: 'Ketua Pemuda MCA, tarik balik pendirian kamu' - Azwan Bro](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51438243855_AZWAN.jpg)
KHAIRUL AZWAN: Tidak sepatutnya untuk ahli kita menyertai atau menyokong pergerakan yang mempunyai matlamat untuk menjatuhkan parti dan kerajaan kita.
[TERKINI] Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.
Perkara itu disahkan Istana Negara menerusi satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat.
Perkara itu disahkan Istana Negara menerusi satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat.
![Hati-hati dengan 'cancel culture' di media sosial Hati-hati dengan 'cancel culture' di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729844608_TBmediasosial.jpg)
Hati-hati dengan 'cancel culture' di media sosial
Cancel culture seringkali disasarkan kepada golongan dianggap bermasalah atau berperilaku negatif.
![Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738899754_TBkenderaanberat.jpg)
Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb
Jajaran lebuh raya berkenaan adalah di PLUS, NKVE, ELITE dan DUKE.
The Economy with Ibrahim Sani: Kegiatan Seperti Bola Sepak Dorong Pertumbuhan Lestari
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad membincangkan bagaimana kegiatan seperti bola sepak boleh mendorong pertumbuhan ekonomi yang lestari di peringkat akar umbi. Beliau menekankan pentingnya aktiviti komuniti dalam membina ekonomi yang mampan dan inklusif.
![Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738899395_TByadim.jpg)
Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM
Cadangan mewujudkan garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam mampu menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjaga asas muamalah (perhubungan) dalam kalangan masyara
![Chad umum Kabinet baharu Chad umum Kabinet baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738898086_TBMahamatIdriss.jpg)
Chad umum Kabinet baharu
Senarai anggota Kabinet dibacakan menerusi televisyen nasional dan platform dalam talian kepresidenan Chad.
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
![Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737951686_PalestiniansGaza.jpg)
Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau
Mesir beri amaran akibat buruk yang mungkin timbul daripada tindakan tidak bertanggungjawab ini.
AWANI Ringkas: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738896678_TBgrabgoto.jpg)
Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan
Penggabungan Grab dan GoTo mencetuskan perbincangan mengenai kawalan pasaran, persaingan serta kesannya terhadap pengguna dan tenaga kerja di Malaysia.
![Pemilihan UMNO: Azwan Bro menang Ketua Bahagian Pasir Salak, tewaskan anak Tajuddin Pemilihan UMNO: Azwan Bro menang Ketua Bahagian Pasir Salak, tewaskan anak Tajuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679148330_KhairulAzwanHarun.jpg)
Pemilihan UMNO: Azwan Bro menang Ketua Bahagian Pasir Salak, tewaskan anak Tajuddin
Khairul Azwan menang tipis dengan menewaskan pencabarnya, Dr Faizal Tajuddin yang merupakan anak sulung bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
![UMNO: Azwan Bro tawar diri bertanding Ahli MT, Ketua Bahagian Pasir Salak UMNO: Azwan Bro tawar diri bertanding Ahli MT, Ketua Bahagian Pasir Salak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-04/51524670117_AzwanBro.jpg)
UMNO: Azwan Bro tawar diri bertanding Ahli MT, Ketua Bahagian Pasir Salak
Khairul Azwan bersama pasukannya menggelarkan diri mereka pasukan 'Memperkasa Pasir Salak'.
![You are the Prime Minister, you should take charge ... - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib You are the Prime Minister, you should take charge ... - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51578475633_NajibRosmah.jpg)
"You are the Prime Minister, you should take charge ..." - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara Najib Razak dan Rosmah Mansor berdasarkan rakaman perbualan yang didedahkan oleh SPRM.
![UMNO kekal relevan? Ini reaksi calon Ketua Pemuda UMNO UMNO kekal relevan? Ini reaksi calon Ketua Pemuda UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/41529608039_950x600.jpg)
UMNO kekal relevan? Ini reaksi calon Ketua Pemuda UMNO
Usaha membawa UMNO kembali ke fitrah perjuangan perlu diterjemah dalam kepimpinan UMNO pasca pemilihan parti keramat Melayu itu penghujung bulan ini.
![Pemimpin DAP jangan bermain api perkauman - Azwan Bro Pemimpin DAP jangan bermain api perkauman - Azwan Bro](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524670117_AzwanBro.jpg)
Pemimpin DAP jangan bermain api perkauman - Azwan Bro
Khairul Azwan mendakwa pemuda UMNO memahami apa yang ditulis dan diucap di atas pentas-pentas DAP dalam bahasa Cina.
![Tidak dicalonkan, Azwan Bro terus setia kepada parti Tidak dicalonkan, Azwan Bro terus setia kepada parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524670117_AzwanBro.jpg)
Tidak dicalonkan, Azwan Bro terus setia kepada parti
Azwan Bro berkata beliau masih boleh memberi khidmat kepada parti biarpun tidak menjadi wakil rakyat.
![Isu Felda: Pemuda UMNO percaya siasatan dilakukan PDRM telus Isu Felda: Pemuda UMNO percaya siasatan dilakukan PDRM telus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/71505455738_khairulazwanharun.jpg)
Isu Felda: Pemuda UMNO percaya siasatan dilakukan PDRM telus
Pergerakan Pemuda UMNO percaya siasatan terhadap isu pemilikan tanah melibatkan Felda di Jalan Semarak akan dilaksanakan secara telus serta terperinci oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
![ASEAN perlu nyata pendirian terhadap Myanmar - Pemuda UMNO ASEAN perlu nyata pendirian terhadap Myanmar - Pemuda UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41479827203_kebakaran.jpg)
ASEAN perlu nyata pendirian terhadap Myanmar - Pemuda UMNO
Negara anggota ASEAN perlu menyatakan pendirian bagi menghentikan penindasan terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar.
![Siasatan Bank Negara terhadap 1MDB sudah ditutup - Gabenor Siasatan Bank Negara terhadap 1MDB sudah ditutup - Gabenor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/81463129699_DatukMdIbrahim.jpg)
Siasatan Bank Negara terhadap 1MDB sudah ditutup - Gabenor
Muhammad berkata, Bank Negara telah mengambil semua tindakan yang sesuai di bawah bidang kuasanya.
![Laporan konspirasi: Polis tidak berat sebelah terhadap Azwan Bro - KPN Laporan konspirasi: Polis tidak berat sebelah terhadap Azwan Bro - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61469793053_KhairulAzwanHarun.jpg)
Laporan konspirasi: Polis tidak berat sebelah terhadap Azwan Bro - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak andaian bahawa polis mengamalkan sikap berat sebelah dalam menangani isu laporan polis dibuat Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun.