Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengesahkan akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi pada pemilihan Umno Oktober ini.
Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah beliau mempertimbangkan pandangan serta permintaan termasuk di peringkat akar umbi yang mahukan wakil yang mempunyai latar belakang agama turut membarisi kepimpinan MT.
"Setelah mempertimbangkan pelbagai pandangan dan permintaan, maka saya menawarkan diri untuk berkhidmat ke arah memperkukuhkan parti.
"Saya dengan penuh keikhlasan dengan tujuan membantu parti dan menyumbangkan tenaga yang lebih berkesan untuk berada di peringkat Majlis Tertinggi," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Guar Chempedak dekat sini hari ini.
Sementara itu Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata keputusan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) berhubung tindakan pemilik sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor yang membenarkan surau di resort itu digunakan untuk upacara keagamaan bagi sekumpulan penganut Buddha, tidak wajar dibincangkan.
Beliau berkata MAIJ lebih memahami terhadap keperluan untuk mengambil sesuatu tindakan.
"Tidak timbul soal roboh (surau) atau tidak, tetapi keputusan dan tindakan itu diambil setelah mengambil kira aspek termasuk ke bawah Duli Tuanku (Sultan Johor) sebagai kuasa tertinggi negeri dalam mentadbir agama.
"Tentunya telah ditimbang sebaik mungkin, tujuannya ialah untuk pertahankan kesucian Islam yang merupakan agama negara," katanya.
Bernama
Sun Aug 18 2013


Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Terserah kepada polis buat siasatan ke atas Zamihan - Jamil Khir
Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan terhadap pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Dr Zamihan Mat Zin.

Haji: Jemaah diminta utamakan keselamatan, kesihatan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata setiap jemaah hendaklah memastikan kesihatan diri mereka dalam keadaan baik sepanjang menunaikan ibadah itu.

KL-Riyadh tingkatkan kerjasama bendung keganasan, ajaran sesat - Jamil Khir
Kerjasama Kuala Lumpur-Riyadh bakal dipertingkatkan lagi dalam membendung penyelewengan agama yang menjurus kepada aktiviti keganasan dan ajaran sesat.

Pensijilan Jakim bolehkan farmaseutikal halal berkembang di dalam dan luar negara
Pensijilan baharu bagi ubat terkawal/preskriptif yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membolehkan Farmaseutikal Halal berkembang di dalam dan luar negara.

Majlis fatwa putuskan sentuh anjing bertentangan dengan mazhab Shafie
Muzakarah Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan isu segelintir umat Islam menyentuh dan memegang anjing adalah bertentangan dengan fahaman majoriti umat Islam yang berpegang kepada mazhab Imam Shafie.

Yakini keputusan JAKIM - Jamil Khir
Umat Islam di negara ini disaran agar meyakini keputusan yang diumumkan JAKIM berhubung status halal coklat Cadbury.

Zahid: Henti kritikan terhadap Ustaz Kazim
Zahid berkata semua pihak juga perlu menghormati keputusan Ustaz Kazim untuk terus menjadi pendakwah bebas.

Taksub hak asasi undang kepincangan masyarakat
Ketaksuban kepada hak asasi manusia secara membuta tuli akan mengundang kepincangan dalam kalangan masyarakat dan negara.

'Jakim cadang bekal senjata api untuk pegawai penguatkuasa'
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mencadangkan untuk membekalkan senjata api kepada pegawai penguatkuasa jabatan agama ketika mereka bertugas.

Jamil Khir: MABIMS boleh jadi benteng hadapi serangan pemikiran
Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata selain isu liberalisme dan pluralisme umat Islam Nusantara turut berdepan serangan pemikiran yang boleh membawa perpecahan.