Umat Islam di negara ini disaran agar meyakini keputusan yang diumumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung status halal coklat Cadbury yang telah dibuktikan tidak mengandungi DNA babi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, walaupun sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan ada kandungan DNA babi dalam dua sampel coklat itu namun kepercayaan harus diletakkan kepada JAKIM yang bertanggungjawab dalam menentukan halal atau haram sesuatu produk.
Sebab itu katanya, sejak dulu lagi, JAKIM bekerjasama dengan agensi terlibat untuk memastikan makanan atau produk yang dikeluarkan pihak syarikat melalui pelbagai tapisan sebelum ianya dikeluarkan sijil halal.
Tidak mungkin JAKIM mempunyai kepentingan untuk melindungi produk tersebut kerana ia melibatkan makanan dan kesucian umat Islam dan ujian yang dilakukan di makmal ternyata tidak mengandungi DNA babi.
Walaupun masyarakat keliru dengan kenyataan yang dibuat Kementerian Kesihatan dan JAKIM namun masyarakat harus yakin dengan JAKIM yang sangat mengambil berat dalam isu ini.
Jamil percaya umat Islam akan kembali meyakini JAKIM namun ia mengambil sedikit masa.
“Kita faham bahawa ini menyentuh soal kepercayaan, keyakinan dan perasaan, jadi mungkin ianya akan mengambil sedikit masa tetapi saya berharap agar pengguna meyakini tugas JAKIM” katanya selepas merasmikan hari bertemu pelanggan dan kenduri kesyukuran di Pertubuhan Peladang F4 di Sungai Lima Dalam, Yan Kedah.
Jelas beliau lagi, untuk mengelak ia terus berulang JAKIM meminta pihak pengeluar agar memantau rantaian pemasaran produk mereka agar perkara sama tidak berulang.
Pada majlis itu, Jamil Khir menyerahkan cek replika berjumlah hampir RM800 ribu kepada wakil PPK untuk diagihkan kepada para peserta yang mengusahakan estet padi.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengumumkan dua daripada tiga sampel yang diuji mengandungi DNA babi.
Namun, mengakui kesilapan kerana maklumat terbabit dibocorkan lebih awal dan tidak dimaklumkan kepada pihak JAKIM yang berhak dalam bidang tugas tersebut untuk ujian selanjutnya.
JAKIM kemudian menjalankan ujian makmal dan didapati produk berkenaan tidak mengandungi DNA babi dan ianya selamat dimakan umat Islam.
Hari ini, Cadbury cuba menjernihkan kembali imejnya yang tercalar dengan kontroversi DNA babi dengan membeli iklan di akhbar-akhbar tempatan.
Iklan tersebut merupakan usaha Cadbury menawan kembali hati pelanggan yang mula curiga terhadap coklat keluaran mereka.
Astro Awani
Thu Jun 05 2014
JAMIL KHIR: Tidak mungkin JAKIM mempunyai kepentingan untuk melindungi produk tersebut
Cadangan bangunkan silibus, modul AI perubatan sedang dibincangkan
Cadangan untuk membangunkan silibus dan modul perubatan berkaitan AI dalam sektor kesihatan sedang dibincangkan dengan teliti oleh Kementerian Kesihatan. #AWANInews
Konflik Gaza: AS akan ambil alih Gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran. #AWANInews
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Presiden Uzbekistan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Shavkat Mirziyoyev disambut oleh Perdana Menteri Anwar sebaik tiba pada 10 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Mondelez komited pastikan produk coklat, biskut keluarannya kekal mampu milik
Mondelez tidak terkecuali daripada mengalami inflasi yang merentas pasaran, termasuk di Malaysia.
Coklat perang dunia pertama berusia 103 tahun ditemui
Sembilan keping coklat berjenama Cadbury yang dipercayai berusia 103 tahun ditemui dalam sebuah kotak tin aluminium milik hero perang dunia pertama dan juga Rejimen Leicestershire, Richard Bullimore.
'Coklat muka babi? Itu bukan Cadbury Malaysia punya'
Cadbury Malaysia menafikan coklat jenis Cadbury Milk Kids 20g yang tertera gambar babi adalah produk keluarannya.
Jakim ulang kenyataan rasmi status halal coklat Cadbury
Jabatan Kimia Malaysia telah menguji produk tersebut dan Jakim telah menjalankan siasatan penuh sepertimana yang ditetapkan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
Ujian makmal Jakim ikut piawaian antarabangsa - Jabatan Standard
Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Fadilah Baharin berkata orang ramai tidak perlu khuatir dengan keputusan itu yang menyatakan produk berkenaan adalah halal.
Isu Cadbury: KKM akan bekerjasama erat dengan JAKIM dalam proses pemantauan
Menurut KKM, apa yang penting adalah untuk seragamkan tanda aras dan dapatkan pengesahan dari Standard Malaysia untuk piawaian agar keputusan boleh di terima pakai oleh semua pihak.
PPIM mahu kilang Cadbury disita, produk diboikot
Datuk Nadzim Johan berkata kilang tersebut seharusnya disita apabila tiada langsung permohonan maaf yang diusulkan.
Jangan bimbang kesahihan logo halal - Jakim
Jakim telah menggantung sijil pengesahan halal 2 produk Cadbury Dairy Milk.