Pendaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng, yang cuba untuk menakluk Gunung Everest akan bergerak menuju ke Gorakshep pada ketinggian 5,164 meter dari paras laut, hari ini.
Lee berkata walaupun menghadapi sedikit kesukaran, beliau dan pasukannya berjaya sampai ke Lobuche (4,910 meter) hari ini dari Dingboche.
"Hari ini cuaca agak baik tetapi sangat berangin, suhu mencapai kira-kira 5 darjah selsius semasa mendaki dan sekarang mencapai 0 darjah selsius.
"Esok misi akan menuju ke Gorakshep dan berharap untuk semalaman di sana atau pun terus menuju ke Everest Base Camp," katanya kepada Bernama, rakan media misi untuk menawan puncak tertinggi di dunia itu.
Pendaki berusia 69 tahun itu berkata pasukan tersebut dijangka meneruskan pendakian ke Kala Patthar (5,545 meter) sebelum menuju ke base camp pada ketinggian (5,380 meter) dari paras laut.
Lee dan pasukannya tiba di Kathmandu pada 1 April.
Lima orang lagi pendaki ialah Eugene Kwan Jyh Sin, 47, Chong Nyuk Kooi, 49, Teng Hee Weng, 48, Berdych Tan Teck Chai dan Jack Oh Jin Heng, kedua-duanya 32.
Mereka mengiringi Lee ke Everest Base Camp sebelum Lee meneruskan pendakian ke puncak gunung tersebut dalam ekspedisi yang dianjurkan oleh Kelab Lions Port Dickson Pantai.
Pada Mei tahun lepas, Lee terpaksa membatalkan pendakian peringkat terakhir ke puncak Gunung Everest apabila tiba di Camp III pada ketinggian 7,200 meter kerana cuaca buruk.
Gunung Everest ialah setinggi 8,848 meter.
- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2017
![James Lee menuju ke Gorakshep hari ini James Lee menuju ke Gorakshep hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81491839892_Pendaki.jpg)
Pendaki gunung tertua Malaysia James Lee Chong Meng, 69, bergambar sebelum memulakan pendakian pada hari pertama Lions Mount Everest Expedition (MEE) di Lukla pada 5 April lalu. - FotoBERNAMA
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Cuaca buruk sekat misi Azhan Rani tawan puncak Gunung Island Peak Cuaca buruk sekat misi Azhan Rani tawan puncak Gunung Island Peak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709768150_AzhanRani.jpg)
Cuaca buruk sekat misi Azhan Rani tawan puncak Gunung Island Peak
Angin kencang dan suhu di bawah negatif 25 darjah Celsius menghalang misi Azhan Rani menjejakkan kaki ke puncak Gunung Island Peak, Nepal, semalam.
![Pegawai Kementerian Luar meninggal dunia ketika daki Everest Base Camp Pegawai Kementerian Luar meninggal dunia ketika daki Everest Base Camp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651117848_NEPAL.jpg)
Pegawai Kementerian Luar meninggal dunia ketika daki Everest Base Camp
Parthiban Kandasamy disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi (waktu tempatan) di Gorak Shep.
![26 pendaki rentang Jalur Gemilang gergasi di Everest Base Camp 26 pendaki rentang Jalur Gemilang gergasi di Everest Base Camp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51568126203_BenderaMalaysia.jpg)
26 pendaki rentang Jalur Gemilang gergasi di Everest Base Camp
Bendera gergasi setinggi enam meter dan 12 meter lebar dan seberat 11 kilogram itu berjaya direntangkan selepas kumpulan itu melalui trek sejauh 65km dari Lukhla ke Gorak Shep, Nepal selama 9 hari.
![Pendaki tertua Malaysia tiba di Everest Base Camp, cuba kali ketiga untuk tawan Gunung Everest Pendaki tertua Malaysia tiba di Everest Base Camp, cuba kali ketiga untuk tawan Gunung Everest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81491839892_Pendaki.jpg)
Pendaki tertua Malaysia tiba di Everest Base Camp, cuba kali ketiga untuk tawan Gunung Everest
Pendaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng yang kini dalam misi ketiga untuk menawan Gunung Everest telah tiba di Everest Base Camp (EBC), hari ini.