Seramai 26 pendaki melibatkan 20 rakyat Malaysia dan enam warga Brunei berjaya merentangkan Jalur Gemilang gergasi di Everest Base Camp (EBC) pada ketinggian 5,364 meter kira-kira 10.20 pagi waktu tempatan pada Selasa (12.05 tengah hari waktu Malaysia).
Jalur Gemilang gergasi setinggi enam meter dan 12 meter lebar serta seberat 11 kilogram itu berjaya direntangkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-62 dan Hari Malaysia pada 16 Sept ini selepas kumpulan itu melalui trek sejauh 65 kilometer dari Lukhla ke Gorak Shep, Nepal selama sembilan hari.
Kumpulan ekspedisi ke EBC itu turut disertai pelakon drama Nur 1 dan 2, Azhan Rani dan empat pengamal media iaitu wartawan Berita Harian, Zainuri Misfar dan Abdul Razak Raaff; jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Mohd Faizol Abdul Aziz dan wartawan Kosmo!, Norzasrudin Mohamed.
Ekspedisi selama 16 hari anjuran Summit Attack Resources (SAR) diketuai Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa yang juga Pegawai Bomba dari Akademi Bomba Malaysia Wilayah Tengah Kuala Kubu Bahru itu dilepaskan oleh Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye pada 31 Ogos lalu.
Mohd Fakhrul ketika dihubungi Bernama berkata antara cabaran utama yang dihadapi pendaki ialah keadaan cuaca dan suhu ekstrem serta risiko diserang penyakit akut gunung atau Acute Mountain Sickness (AMS).
"Kami mendaki bermula dari paras ketinggian 2,700 meter bermula di Lukhla pada 2 Sept lepas sejauh kira-kira 130 kilometer (km) pergi dan balik dengan purata berjalan kira-kira 15km sehari.
"Sebahagian peserta ekspedisi kali ini juga berjaya menawan puncak Gunung Kala Patthar setinggi 5,550 meter," katanya.
Sementara itu, Azhan yang popular selepas memegang watak Ustaz Hamadi berkata beliau amat teruja untuk menyertai ekspedisi itu kerana berpeluang merentang dan mengibarkan Jalur Gemilang di EBC dan menawan puncak Kala Patthar buat pertama kali.
"Bersesuaian dengan tema Hari Kemerdekaan, 'Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih' kami ingin mempromosi semangat cintakan negara di segenap pelosok dunia menerusi ekspedisi ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 10 2019
Seramai 26 pendaki Malaysia berjaya membentangkan Jalur Gemilang gergasi di Everest Base Camp (EBC) hari ini sempena Hari Kebangsaan ke-62 dan Sambutan Hari Malaysia. --fotoBERNAMA
PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping
Pemeriksaan mengejut oleh ADAMAS adalah antara inisiatif berterusan persekutuan itu bagi memastikan insiden doping tidak berulang.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pendidikan di bawah perkongsian strategik baharu
Anwar dan Ishiba membincangkan pelbagai inisiatif dalam sektor pendidikan termasuk penubuhan kampus cawangan University Tsukuba di Malaysia.
Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy'
Buku itu bertujuan untuk meraikan sumbangan wanita dalam membentuk peralihan tenaga di Malaysia.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
AWANI Ringkas: Mula dibayar 13 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Indonesia sedia pemeriksaan kesihatan percuma bermula Februari
Kementerian Kesihatan Indonesia akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk rakyat negara itu yang dijadual akan dilaksanakan pada Februari ini.
Penyanyi Rasathi Unna Kanatha Nenju, Jayachandran meninggal dunia
Penyanyi legenda India, P Jayachandran yang terkenal sebagai Bhava Gayakan meninggal dunia akibat kanser di Hospital Amala, Kerala pada usia 80 tahun.Jayachandran, meninggal dunia, kanser, penyanyi india, Buletin AWANI
Rusia sambut baik penyertaan Indonesia
Rusia menyambut baik penyertaan Indonesia sebagai anggota penuh BRICS, yang dijangka akan memperkukuh lagi penyatuan Selatan Global dan Timur.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
'Tak rasa sebab bukan usaha anda...' - Azhan Rani terkilan Khunsa jadi mangsa cetak rompak
Azhan menerusi akaun Instagramnya telah menegur sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu yang tanpa rasa malu menonton hasil karya penggiat seni secara haram menerusi aplikasi Telegram.
Cuaca buruk sekat misi Azhan Rani tawan puncak Gunung Island Peak
Angin kencang dan suhu di bawah negatif 25 darjah Celsius menghalang misi Azhan Rani menjejakkan kaki ke puncak Gunung Island Peak, Nepal, semalam.
Usia hampir cecah 50 tahun, ini sebab Azhan Rani membujang lagi!
Azhan berkata, dia lebih suka memberi tumpuan kepada kerjaya seninya serta dalam masa yang sama sedang menjaga ibunya yang uzur.
'Ada yang ajak kahwin tapi...' - Meniti usia 50 tahun, Azhan Rani ada sebab belum fikir soal jodoh
Menurut Azhan, fokusnya ketika ini hanyalah untuk menjaga ibunya yang sedang uzur selain turut sibuk dengan kerjaya seni.
Penglihatan masih tidak jelas, Fasha bakal jalani pembedahan
Bengkak di bahagian luar sudah surut, tapi di bahagian dalam, tulang patah menyebabkan darah beku, kata Fasha.
'Masih dalam mode Robocop' - Azhan Rani akui tidak secergas dulu selepas terlibat nahas
Azhan berkata, dia masih dalam dilema kerana masih banyak komitmen dan tanggungan yang melibatkan wang perlu dilunaskan.
'Dia stabil, masih dalam jagaan pakar' - Beto Kusyairy sahkan Azhan Rani terlibat nahas motosikal
Azhan mahu memastikan keadaan dirinya betul-betul sudah stabil sebelum menjawab sebarang pertanyaan.
'Frontliner' papar konflik dalaman, pengorbanan barisan hadapan
Frontliner menampilkan nama-nama besar seperti Azhan Rani, Beto Kusyairy, Farah Ahmad, Wan Maimunah dan Achey sebagai teraju utama.
'Semoga bukan anugerah kesian..' - Watak Ustaz Hamadi beri Azhan kemenangan lagi
Pelakon yang terkenal dengan watak Ustaz Hamadi ini mengharapkan lebih banyak kemajuan dalam penulisan bagi menghasilkan sebuah karya yang baik.