James Lee Chong Meng, warga Malaysia tertua yang cuba menawan Gunung Everest, akan bergerak ke Kala Patthar di Nepal, yang terletak 5,545m dari aras laut, hari ini sebelum meneruskan pendakian ke kem pangkalan.
Pendaki berusia 69 tahun itu berkata beliau dan anggota pasukannya tiba di Gorakshep (5,164m) pada 12.30 tengah hari semalam dari Lobuche.
Menurutnya, mereka dijangka meneruskan perjalanan ke kem pangkalan yang terletak 5,380m dari aras laut pada tengah hari.
"Kami memulakan perjalanan dari Luboche pada 10 pagi dan akan bermalam di sini (Gorakshep) sebelum mengatur langkah ke Kala Patthar, esok (hari ini).
"Cuaca kurang berangin dan suhu adalah kira-kira 8?C hingga 10?C," kata Lee pada Selasa kepada Bernama, yang menjadi rakan media bagi misinya untuk menawan puncak tertinggi dunia itu.
Lee berkata dua pendaki, Eugene Kwan Jyh Sin, 47, dan Teng Hee Weng, 48, yang menemaninya ke kem pangkalan, mengalami penyakit gunung akut (AMS) dan keadaan mereka sedang dipantau.
AMS adalah kesan patologi ketinggian terhadap manusia yang berpunca daripada pendedahan akut kepada tekanan rendah oksigen di kawasan tinggi.
"Pendaki lain berada dalam keadan baik dan saya pula secara beransur-ansur dapat mengatasi perasaan dan kehadiran 'udara sejuk' yang membuat dada saya tidak selesa," katanya.
Lee dan pasukannya tiba di Kathmandu pada 1 April lepas.
Lee, Kwan dan Teng diiringi Chong Nyuk Kooi, 49, serta Berdych Tan Teck Chai dan Jack Oh Jin Heng, kedua-duanya berusia 32 tahun.
Mereka akan menemani Lee ke Kem Pangkalan Everest, sebelum beliau meneruskan pendakian ke puncak gunung itu dalam ekspedisi anjuran Lions Club of Port Dickson Pantai.
Pada Mei tahun lepas, Lee terpaksa membatalkan peringkat akhir pendakiannya ke puncak Gunung Everest setelah tiba di Camp III pada ketinggian 7,200m kerana cuaca buruk.
Gunung Everest adalah setinggi 8,848m. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2017

James (tengah) warga Malaysia tertua yang cuba menawan Gunung Everest, akan bergerak ke Kala Patthar di Nepal, yang terletak 5,545m dari aras laut, hari ini sebelum meneruskan pendakian ke kem pangkalan. - fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

DJI hantar kargo di Gunung Everest guna dron
Dron DJI FlyCart 30 (FC30) berjaya membawa kargo dalam bentuk tong oksigen, beg sandang dan bekalan makanan sehingga 15 kilogram.

Sherpa Kami Rita pecah rekod sendiri dengan pendakian Everest buat kali ke-29
Kami Rita Sherpa, telah berjaya mendaki puncak Gunung Everest buat kali ke-29, memecahkan rekodnya sendiri sebagai pendaki yang paling kerap menawan puncak gunung tertinggi di dunia.

Usaha kesan Hawari diteruskan dengan ganjaran AS$5,000
Ganjaran itu akan diberikan kepada sherpa atau individu khususnya yang berada di Everest pada musim mendaki tahun ini.

Nagarajan stabil, dirawat di hospital
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu disambut pasukan perubatan HCTM.

Seorang lagi pendaki hilang di Everest
Pendaki Hungary itu dipercayai cuba menawan Everest secara bersendirian tanpa bekalan oksigen dan bantuan malim gunung.

Misi pencarian Hawari: Pulau Pinang hulur bantuan RM500,000
MMK sebulat suara bersetuju menyalurkan sumbangan RM500,000 bagi meringankan beban kos SAR Muhammad Hawari.

Jenazah Awang Askandar selamat tiba di Everest Base Camp
Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, selamat tiba di Everest Base Camp pada jam 9.50 pagi waktu Nepal hari ini.

Allahyarham Awang Askandar mahu wujudkan pasukan penyelamat ekstrem - Abang
Lebih daripada itu, Allahyarham bercita-cita untuk mewujudkan pasukan penyelamat APM yang mampu melaksanakan tugas dalam cuaca ekstrem.

Jenazah pendaki Malaysia dibawa turun ke Kathmandu hari ini - Wisma Putra
Usaha membawa turun jenazah Pengarah APM Kedah yang meninggal dunia Jumaat lepas dari Everest Base Camp ke Kathmandu menggunakan helikopter akan dijalankan hari ini.

Pendaki Australia maut di Gunung Everest - Laporan
Jurutera perlombongan Australia Jason Bernard Kennison, peserta ekspedisi ke Gunung Everest, meninggal dunia ketika dalam perjalanan turun.