MARANG: Projek Jambatan Baharu Marang yang merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan diharap mampu menyuraikan kesesakan lalu lintas sekali gus meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat di bandar ini.
Jurutera Awam Kanan Unit Projek Khas Zon Timur I Cawangan Jalan, Aida Amalina Abdullah berkata projek melibatkan jajaran sepanjang 2.5 kilometer (km) di laluan FT003 Kuala Terengganu ke Kuantan itu dijangka siap pada Jun 2025.
"Laluan ini termasuk bahagian yang ditinggikan sepanjang kira-kira 1.4 km yang melibatkan empat lorong. Kemajuan fizikal setakat ini telah mencecah 29 peratus," katanya kepada Bernama.
Katanya projek mercu tanda Marang bernilai RM338.5 juta itu setakat ini mendapat kerjasama baik daripada semua pihak termasuk masyarakat setempat.
"Penduduk sekitar sudah sedia maklum mengenai projek ini, harap tiada masalah kerana masyarakat juga berharap kegiatan ekonomi lebih rancak apabila jambatan ini siap kelak," katanya.
Jambatan Baharu Marang antara yang disenaraikan dalam program penggantian jambatan dan menjadi keutamaan untuk dilaksanakan seperti yang dimohon Kerajaan Negeri Terengganu dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) susulan pertambahan trafik.
Seorang penduduk, Rahayu Mustaffa, 40, dari Kampung Seberang di sini berkata pembinaan jambatan baharu empat lorong itu sudah lama dinantikan oleh rakyat di Marang, memandangkan jambatan lama sempit dan tidak mampu menampung pertambahan penduduk serta kenderaan yang semakin ketara.
Selain itu katanya industri pelancongan di daerah ini yang semakin pesat memburukkan lagi masalah kesesakan lalu lintas sehingga adakalanya menjejaskan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
"Saya tinggal di sini sudah lebih 15 tahun, masalah kesesakan di jambatan tersebut dah lama. Penduduk di sini pun hampir putus asa berharap ada jambatan baharu. Alhamdulillah akhirnya impian kami termakbul dan harapan kami supaya ia dapat disiapkan segera untuk elakkan kemalangan atau hal-hal tidak diingini," katanya.
Rohaizi Yusof, 45, pula berkata pembinaan jambatan baharu itu diharap dapat menyelesaikan masalah kesesakan yang kritikal terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah.
"Kalau musim cuti sekolah atau hari raya saya memang tak keluar rumah atau berjalan ke mana-mana kerana jalan akan sesak teruk.
"Biasanya kesesakan teruk akan bermula dari Pantai Kelulut sehingga ke Simpang Empat Sotong iaitu sejauh kira-kira lapan kilometer," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Jambatan Baharu Marang antara yang disenaraikan dalam program penggantian jambatan dan menjadi keutamaan untuk dilaksanakan seperti yang dimohon Kerajaan Negeri Terengganu dalam RMK-12 susulan pertambahan trafik. - Foto BERNAMA
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Jambatan Baharu Marang surai kesesakan, tingkat taraf sosioekonomi rakyat
Projek melibatkan jajaran sepanjang 2.5km di laluan FT003 Kuala Terengganu ke Kuantan itu dijangka siap pada Jun 2025.