Jalan Klang-Banting berhampiran Johan Setia ditutup ekoran kejadian tanah mendap dipercayai akibat kerja-kerja menanam cerucuk bagi pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata mendapan itu dikesan berlaku kira-kira 3 petang di persimpangan lampu isyarat Kampung Johan Setia menghala ke Banting. Pada awal kejadian, polis membuka lorong kontra bagi kegunaan kenderaan yang menghala ke arah Banting.
"Bagaimanapun selepas beberapa jam, mendapan turut dikesan berlaku di laluan kontra berkenaan dan kini lorong bagi kedua-dua arah ditutup sepenuhnya.
"Pengguna bagi laluan tersebut dilencongkan ke arah Jalan Bayu Emas dan ke Lebuhraya Shah Alam atas faktor keselamatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Katanya, insiden itu juga menjejaskan laluan utama dari arah Klang ke Banting.
Tambah Shamsul Amar, Jabatan Kerja Raya dan MRCB George Kent (MRCBGK) selaku kontraktor projek berkenaan sedang menyiasat kejadian itu dan pengguna laluan berkenaan diminta mematuhi arahan polis demi kelancaran lalu lintas.
Sementara itu, MRCBGK dalam kenyataan memaklumkan arahan berhenti kerja (SWO) telah dikeluarkan kepada kontraktor pakej kerja (WPC), SN Akmida Sdn Bhd yang melakukan aktiviti pengorekan.
"Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dimaklumkan dengan segera. Tiada laporan kemalangan jiwa dan kawasan yang terjejas telah ditutup," menurut kenyataan itu.
MRCBGK menambah, bagi melindungi keselamatan awam, WPC telah memberi taklimat kepada penduduk Kampung Johan Setia yang tinggal berhampiran kawasan itu dan melaksanakan segera Pelan Pengurusan Trafik (TMP) untuk menutup jalan terjejas dan melencongkan lalu lintas sehingga diberitahu kelak.
"Kami masih menyiasat punca sebenar kejadian ini dan ingin memohon maaf kepada orang ramai atas kesulitan yang timbul buat masa ini," menurut MRCBGK.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 20 2020

Keadaan jalan raya yang mendap di Jalan Klang-Banting berhampiran lampu isyarat Kampung Johan Setia menghala ke Banting, dipercayai akibat kerja-kerja menanam cerucuk bagi pembinaan projek LRT3. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Air keruh: Projek EKVE masih dalam arahan berhenti kerja
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor berkata arahan itu susulan pelanggaran syarat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

Jalan Klang-Banting berhampiran Johan Setia ditutup kerana berlaku tanah mendap
Mendapan itu dikesan berlaku kira-kira 3 petang di persimpangan lampu isyarat Kampung Johan Setia menghala ke Banting.