JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memantau secara aktif lima daripada 19 ajaran sesat yang telah difatwakan haram di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata ajaran tersebut ialah Syiah, Hizbut Tahrir, Millah Abraham, Suhaini Mohammad (Sihulk) dan ajaran Qadiani.
Beliau berkata dua laporan diterima berhubung ajaran Millah Abraham di Segamat dan Pontian tahun ini namun tiada aduan diterima mengenai ajaran Syiah dan Hizbut Tahrir setakat ini.
"Sihulk, kumpulan ini bergerak aktif di media sosial dan sentiasa dipantau oleh Bahagian Penguatkuasaan JAINJ dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Kumpulan ini aktif di New Zealand.
"Sementara ajaran Qadiani dalam proses difatwakan semula daripada murtad kepada ajaran yang bertentangan dengan Islam," katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Guru Agama Kerajaan Johor, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ajaran sesat yang dipercayai masih aktif di Johor.
Mohd Fared berkata penguat kuasa JAINJ sentiasa bergerak tanpa mengira waktu dan bersedia mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan ajaran seumpama itu.
Sebanyak 19 ajaran atau fahaman difatwakan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri itu sejak 1986 hingga 2022 antaranya ajaran Ayah Pin, Wahabi, Taslim, Ilmu Makrifat, Gunung Ledang Tangkak, Azman Samat, Yayi dan Hadi Minallah.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai beberapa siri penahanan dan pendakwaan pengikut ajaran dan fahaman sesat termasuk kumpulan pengganas Islamic State (IS) di Johor, beliau berkata hal itu menunjukkan kesungguhan pihak berkuasa menjalankan tugas dan kerajaan negeri akan terus bekerjasama bagi membanteras ajaran seumpama itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024
![JAINJ pantau secara aktif lima ajaran sesat JAINJ pantau secara aktif lima ajaran sesat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714985537_TBFAREED.jpg)
Mohd Fared berkata dua laporan diterima berhubung ajaran Millah Abraham di Segamat dan Pontian tahun ini namun tiada aduan diterima mengenai ajaran Syiah dan Hizbut Tahrir setakat ini. - Gambar fail/Bernama
![Norza Zakaria cipta sejarah warga Malaysia kedua pegang jawatan naib presiden Majlis Olimpik Asia Norza Zakaria cipta sejarah warga Malaysia kedua pegang jawatan naib presiden Majlis Olimpik Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721815321_NorzaZakaria.jpg)
Norza Zakaria cipta sejarah warga Malaysia kedua pegang jawatan naib presiden Majlis Olimpik Asia
Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, bakal dilantik sebagai naib presiden bagi Asia Tenggara dalam Perhimpunan Agung Majlis Olimpik Asia (OCA) di New Delhi, India.
Pantau Agenda Reformasi: Segera tangani jenayah dalam talian: Scam, buli siber dan pedofilia
Apa perlu dilakukan untuk pastikan pengendali aplikasi komunikasi khususnya media sosial perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan tiada sebarang salah laku jenayah bebas dilakukan di dalam platform berkenaan?
![Langkah tangani buli siber diumum dalam masa terdekat - Gobind Langkah tangani buli siber diumum dalam masa terdekat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721818900_GobindSinghDeo.jpg)
Langkah tangani buli siber diumum dalam masa terdekat - Gobind
Kerajaan akan mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan termasuk pada perundangan berkaitan isu buli siber dalam masa terdekat.
![Imigresen gempur deretan kedai warga asing di Segambut Dalam Imigresen gempur deretan kedai warga asing di Segambut Dalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721819663_WanMohammedSaupee.jpg)
Imigresen gempur deretan kedai warga asing di Segambut Dalam
Mereka yang ditahan berusia lingkungan 25 hingga 60 tahun melibatkan lapan warga Indonesia, dua rakyat Bangladesh dan seorang dari India.
![Pemimpin dunia, pakar puji Deklarasi Beijing oleh kumpulan Palestin Pemimpin dunia, pakar puji Deklarasi Beijing oleh kumpulan Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721730168_HamasWangYi.jpg)
Pemimpin dunia, pakar puji Deklarasi Beijing oleh kumpulan Palestin
Pemimpin dunia memuji Deklarasi Beijing yang ditandatangani oleh 14 kumpulan Palestin, memuji peranan China dalam memudahkan perjanjian itu.
ASNB perkenal RIA, penasihat pelaburan robo mesra pelabur baharu
RIA iaitu robo investment advisor kini diperkenalkan sebagai ciri baharu dalam aplikasi myASNB bagi menjadikan pelaburan lebih mudah dan automatik tanpa memerlukan pengguna untuk menjadi pakar dalam pelaburan.
![Pelarian Rohingya bukan isu Myanmar semata-mata Pelarian Rohingya bukan isu Myanmar semata-mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721819127_IsuRohingyaLaos.jpg)
Pelarian Rohingya bukan isu Myanmar semata-mata
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa isu pelarian Rohingya bukanlah isu yang melibatkan negara Myanmar semata-mata, malah ia merupakan satu isu dominan untuk ASEAN.
![MB Pahang Wan Rosdy kembali bertugas MB Pahang Wan Rosdy kembali bertugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721818123_WanRosdyIsmail.jpg)
MB Pahang Wan Rosdy kembali bertugas
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kembali memulakan tugas rasmi di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
![Pelepasan air Empangan Beris akan dilakukan secara berkala - MB Kedah Pelepasan air Empangan Beris akan dilakukan secara berkala - MB Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684320459_TBSANUSIBUBARDUN.jpg)
Pelepasan air Empangan Beris akan dilakukan secara berkala - MB Kedah
Pelepasan air dari Empangan Beris di Sik akan dilakukan secara berkala bagi menstabilkan semula paras air di Sungai Muda.
![Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721817034_MuhyiddinYassin.jpg)
Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Persekutuan membenarkan dua wakil rakyat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar nasihat Muhyiddin untuk menggantung Parlimen sepanjang tempoh darurat pandemik COVID-19.
![JAINJ pantau secara aktif lima ajaran sesat JAINJ pantau secara aktif lima ajaran sesat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714985537_TBFAREED.jpg)
JAINJ pantau secara aktif lima ajaran sesat
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memantau secara aktif lima daripada 19 ajaran sesat yang telah difatwakan haram di negeri itu.
![Tabung Khas Kemanusiaan Rakyat Palestin kutip lebih RM700,000 - Exco Johor Tabung Khas Kemanusiaan Rakyat Palestin kutip lebih RM700,000 - Exco Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699571107_MohdFaredMohdKhal.jpg)
Tabung Khas Kemanusiaan Rakyat Palestin kutip lebih RM700,000 - Exco Johor
Tabung Khas Kemanusiaan Rakyat Palestin digerakkan oleh semua masjid dan surau di negeri ini bermula 27 Okt hingga 3 Nov lepas.
![JAINJ, MCMC kerjasama bendung penyebaran ajaran sesat SiHulk JAINJ, MCMC kerjasama bendung penyebaran ajaran sesat SiHulk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689844563_FaredKhalid.jpg)
JAINJ, MCMC kerjasama bendung penyebaran ajaran sesat SiHulk
Kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Negeri Johor akan bekerjasama dengan MCMC bagi membendung segera penyebaran ajaran sesat Suhaini Muhammad atau SiHulk di negeri ini.
![JAINJ, PDRM buru pengikut ajaran sesat Si Hulk JAINJ, PDRM buru pengikut ajaran sesat Si Hulk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679386407_kumpulanajaransesa.jpg)
JAINJ, PDRM buru pengikut ajaran sesat Si Hulk
JAINJ dan PDRM giat mengesan kumpulan ajaran sesat Si Hulk yang menyebarkan video tular menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
![JKNJ, JAINJ laksana aktiviti pengawasan ke atas AJK masjid, surau di Johor Bahru JKNJ, JAINJ laksana aktiviti pengawasan ke atas AJK masjid, surau di Johor Bahru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/61590597149_imammasjid.jpg)
JKNJ, JAINJ laksana aktiviti pengawasan ke atas AJK masjid, surau di Johor Bahru
Seramai 75 petugas kesihatan terlibat terdiri daripada anggota Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Mersing, Segamat, Pontian dan Tangkak.
![JAINJ mungkin jadi pemerhati dalam prosiding rayuan isu kalimah Allah JAINJ mungkin jadi pemerhati dalam prosiding rayuan isu kalimah Allah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616601961_TosrinJarvanthi.jpg)
JAINJ mungkin jadi pemerhati dalam prosiding rayuan isu kalimah Allah
Tindakan itu dilakukan sebagai menyokong usaha kerajaan Persekutuan yang memfailkan rayuan berhubung isu itu.
![Kahwin Kapten Hoki India: Illi Najwa masih beragama Islam - JAINJ Kahwin Kapten Hoki India: Illi Najwa masih beragama Islam - JAINJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616044695_IlliNajwaAnuarSu.jpg)
Kahwin Kapten Hoki India: Illi Najwa masih beragama Islam - JAINJ
Pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses sekali gus mengklasifikasikan kes itu telah selesai.
![COVID-19: 91 sekolah agama, 67 pusat tahfiz dan madrasah di JB ditutup COVID-19: 91 sekolah agama, 67 pusat tahfiz dan madrasah di JB ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603242436_TBSekolahTutup.jpg)
COVID-19: 91 sekolah agama, 67 pusat tahfiz dan madrasah di JB ditutup
Sebanyak 91 sekolah agama dan 67 pusat tahfiz dan madrasah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam daerah Johor Bahru dan Kulai diarahkan ditutup bermula 1 November.
![Jakim sokong Johor guna tulisan Jawi - Mujahid Jakim sokong Johor guna tulisan Jawi - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81567500375_TBMUJAHIDYUSOF.jpg)
Jakim sokong Johor guna tulisan Jawi - Mujahid
Jakim sokong inisiatif Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menggunakan tulisan Jawi dalam urusan surat menyurat kerana ia dilihat dapat memartabatkan tulisan itu.
![Tulisan Jawi dalam urusan agama Islam di Johor bermula 2020 Tulisan Jawi dalam urusan agama Islam di Johor bermula 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/51567321156_TBJohor.jpg)
Tulisan Jawi dalam urusan agama Islam di Johor bermula 2020
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menggunakan tulisan jawi dalam segala urusan surat menyurat mereka pada tahun hadapan.