JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) melaksanakan aktiviti pengawasan ke atas ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di daerah Johor Bahru pada Sabtu susulan kewujudan kluster COVID-19 melibatkan majlis keagamaan akhir-akhir ini.
JKNJ menerusi laman Facebook memaklumkan seramai 324 AJK masjid dan surau hadir melakukan ujian saringan COVID-19 di Masjid At-Taqwa, Taman Kota Masai serta Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti di sini dalam usaha mengawal penularan wabak itu.
"Seramai 75 petugas kesihatan terlibat (dalam aktiviti pengawasan) terdiri daripada anggota Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Mersing, Segamat, Pontian dan Tangkak," menurut JKNJ.
Untuk rekod, Johor membenarkan hanya 50 jemaah menunaikan solat Jumaat serta solat fardu di masjid dan surau Jumaat manakala 20 jemaah dibenarkan menunaikan solat di surau dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Khamis lepas.
Jumlah itu termasuk pegawai, AJK masjid atau surau dan arahan tersebut turut terpakai bagi aktiviti pengimarahan masjid dan surau hingga 7 Jun ini atau satu tarikh yang akan dimaklumkan Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Johor merekodkan 477 kes baharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negeri itu sebanyak 53,414 kes dengan 202 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 22 2021

JKNJ dengan kerjasama JAINJ melaksanakan aktiviti pengawasan ke atas AJK masjid dan surau di daerah Johor Bahru. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

JKNJ rampas vape bernilai RM34,158 termasuk berbentuk permainan, makanan
JKNJ merampas 989 produk vape atau rokok elektronik bernilai RM34,158 termasuk produk vape berbentuk permainan serta makanan.

JKNJ jalan siasatan terperinci insiden bayi jatuh di HSI
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang melakukan siasatan terperinci berhubung insiden bayi terjatuh ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), baru-baru ini.

JKNJ kekurangan hampir 2,800 staf kesihatan - MB Johor
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) kekurangan hampir 2,800 staf kesihatan, khususnya doktor dan jururawat, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

353 kes COVID-19 varian XBB dilaporkan di Johor
Sebanyak tujuh kluster dengan kumulatif 134 kes dilaporkan bagi wabak jangkitan saluran pernafasan.

JKNJ mungkin ambil tindakan tatatertib jika doktor kontrak sertai mogok
Pengarah JKNJ Datuk Dr Aman Rabu berkata bagaimanapun, tindakan itu hanya akan diambil selepas teguran dan nasihat diberikan kepada mereka.

JKNJ rampas ubatan tidak berdaftar bernilai RM1.13 juta
Sebanyak 335 jenis produk ubat-ubatan dan produk kesihatan tidak berdaftar dengan KKM bernilai RM1.13 juta dirampas dalam satu operasi 'Ops Nico' pada 8 September lalu.

PRN Johor: 21 kompaun pelanggaran SOP ketika kempen
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah mengeluarkan 21 kompaun sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bermula Sabtu lepas, kata Pengarahnya Datuk Dr Aman Rabu.

Wanita bersalin sendirian di HSI: 'Perkara ini tidak patut berlaku lagi' - TMJ
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan, kejadian seorang wanita yang bersalin secara bersendirian di Hospital Sultan Ismail (HSI) tidak patut berlaku lagi.

JKNJ siasat wanita bersalin bersendirian di HSI
Pesakit terbabit berusia 36 tahun, mengandung anak keempat dengan usia kandungan 39 minggu.

JKNJ, JAINJ laksana aktiviti pengawasan ke atas AJK masjid, surau di Johor Bahru
Seramai 75 petugas kesihatan terlibat terdiri daripada anggota Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Mersing, Segamat, Pontian dan Tangkak.