Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menggunakan tulisan Jawi dalam segala urusan surat menyurat mereka bermula tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, pelaksanaan berkuatkuasa 1 Januari itu akan melibatkan kesemua anak syarikat di bawah JAINJ dan MAINJ.
"Pelaksanaan ini juga termasuklah di peringkat pejabat kadi, sekolah-sekolah agama dan digunakan dalam teks-teks ucapan,"katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar,di sini, hari ini.
Tosrin berkata, untuk memartabatkan lagi tulisan Jawi sebagai simbol agama Islam di negeri ini, satu jawatankuasa juga turut akan ditubuhkan.
Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, beliau menyokong sepenuhnya usaha menggunakan tulisan Jawi itu kerana dapat memperkasakan lagi tulisan berkenaan di negeri ini.
"Semua di bawah jabatan agama Islam (termasuk MAINJ) mestilah menggunakan tulisan Jawi untuk memperkasakannya.
"Kalau kita hendak mengaji, kita mesti tahu baca dan tulis Jawi, jadi ia sedikit sebanyak dapat memahirkan kita untuk mengaji. Jadi saya harap seluruh masyarakat terutama orang Islam dapat menghayati dan belajar tulisan ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Sep 01 2019

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menggunakan tulisan Jawi dalam segala urusan surat menyurat mereka bermula tahun hadapan.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

JAINJ pantau secara aktif lima ajaran sesat
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memantau secara aktif lima daripada 19 ajaran sesat yang telah difatwakan haram di negeri itu.

Tabung Khas Kemanusiaan Rakyat Palestin kutip lebih RM700,000 - Exco Johor
Tabung Khas Kemanusiaan Rakyat Palestin digerakkan oleh semua masjid dan surau di negeri ini bermula 27 Okt hingga 3 Nov lepas.

JAINJ, MCMC kerjasama bendung penyebaran ajaran sesat SiHulk
Kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Negeri Johor akan bekerjasama dengan MCMC bagi membendung segera penyebaran ajaran sesat Suhaini Muhammad atau SiHulk di negeri ini.

JAINJ, PDRM buru pengikut ajaran sesat Si Hulk
JAINJ dan PDRM giat mengesan kumpulan ajaran sesat Si Hulk yang menyebarkan video tular menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

JKNJ, JAINJ laksana aktiviti pengawasan ke atas AJK masjid, surau di Johor Bahru
Seramai 75 petugas kesihatan terlibat terdiri daripada anggota Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Mersing, Segamat, Pontian dan Tangkak.

JAINJ mungkin jadi pemerhati dalam prosiding rayuan isu kalimah Allah
Tindakan itu dilakukan sebagai menyokong usaha kerajaan Persekutuan yang memfailkan rayuan berhubung isu itu.

Kahwin Kapten Hoki India: Illi Najwa masih beragama Islam - JAINJ
Pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses sekali gus mengklasifikasikan kes itu telah selesai.

COVID-19: 91 sekolah agama, 67 pusat tahfiz dan madrasah di JB ditutup
Sebanyak 91 sekolah agama dan 67 pusat tahfiz dan madrasah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam daerah Johor Bahru dan Kulai diarahkan ditutup bermula 1 November.

Jakim sokong Johor guna tulisan Jawi - Mujahid
Jakim sokong inisiatif Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menggunakan tulisan Jawi dalam urusan surat menyurat kerana ia dilihat dapat memartabatkan tulisan itu.

Tulisan Jawi dalam urusan agama Islam di Johor bermula 2020
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menggunakan tulisan jawi dalam segala urusan surat menyurat mereka pada tahun hadapan.