Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam menjadikan al-Quran sebagai 'sahabat' dan tidak mengabaikannya.
Baginda bertitah amat rugi mereka yang mengabaikan al-Quran dengan tidak membaca, memahami dan beramal dengan kitab suci itu.
"Kelebihan al-Quran mengatasi kalam makhluk. Setiap huruf dibaca akan diberi kebaikan dan digandakan kepada sepuluh.
"Lebih daripada itu, anugerah Allah merentasi ke alam akhirat kerana ahli al-Quran diangkat darjat di akhir setiap ayat yang dibaca," titah baginda pada Majlis Perasmian Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu 1440 Hijrah/Tahun 2019 di sini, malam tadi.
Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah turut berangkat ke majlis itu. Turut hadir ialah Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Sultan Mizan turut bertitah, semenjak majlis itu dilangsungkan dalam tempoh 62 tahun lalu, hasil daripada penganjuran itu menjadi penggerak kepada usaha-usaha pembelajaran al-Quran secara lebih luas oleh pelbagai pihak sebagaimana yang dituntut oleh ajaran Islam.
"Beta percaya bahawa kedatangan rakyat ke majlis ini bukan sekadar untuk mendengar alunan bacaan ayat-ayat suci yang diperdengarkan qari dan qariah tetapi juga untuk memahami dan mengamal serta menghayati pengajaran daripada ayat-ayat itu.
"Pada kesempatan ini, Beta juga berharap supaya diusahakan mengenai periwayatan kisah tokoh-tokoh tarannum dan penglibatan qari dan qariah Terengganu dalam majlis tilawah Al-Quran sejak dahulu sehingga kejayaan mereka terpahat dalam catatan sejarah buat tatapan generasi kini dan akan datang," titah baginda
Johan qari Majlis Tilawah peringkat Terengganu disandang Abdul Hadi Che Abd Halim dari Kuala Terengganu, manakala johan qariah dimenangi Nor Hidayah Abd Rahman dari daerah Setiu.
Johan qari dan qariah masing-masing membawa pulang wang tunai RM8,000, piala iringan dan pusingan serta sijil penghargaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 31 2019
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin mengingatkan umat Islam agar tidak mengabaikan amalan membaca al-Quran kerana ahli al-Quran diangkat darjatnya di sisi Allah. - Gambar hiasan
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Oktober 2024.
Kanak-kanak Gaza terperangkap dalam kitaran kesakitan - UNICEF
Hari demi hari kita melihat kesan ngeri serangan udara harian dan operasi ketenteraan ke atas kanak-kanak Palestin.
Tumpuan Sabtu – 19 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ConsiderThis: Budget 2025 (Part 2) — Balancing Progress & Prudence?
Budget 2025 was tabled in Dewan Rakyat today, and now the crucial evaluation begins. Does #Belanjawan2025 successfully balance progress and prudence? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Danial Rahman, CEO of Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI), and Doris Liew, Economist & Assistant Research Manager at IDEAS Malaysia's Public Finance Unit.
Pasukan pengaman disasarkan secara sengaja di selatan Lubnan - Jurucakap UNIFIL
"Kedudukan kami telah berulang kali diserang di Lubnan, meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya."
10 Berita Pilihan - (18 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belanjawan 2025: Cuepacs seru penjawat awam tingkat komitmen perbaiki sistem penyampaian
Penjawat awam diharap memberi komitmen penuh dalam memastikan iltizam kerajaan untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat, dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Kadar gaji minimum RM1,700 beri manfaat bagi pekerja dan majikan
Peningkatan kadar gaji minimum adalah usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan pekerja terutama mereka yang berpendapatan rendah lebih terjamin.
Messi tidak tolak kemungkinan beraksi di Piala Dunia 2026
Messi menekankan bahawa dia lebih fokus untuk mengekalkan prestasi terbaiknya berbanding risau tentang pencapaian masa depan.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
MEDIU tawar biasiswa khas kepada pelajar Malaysia
MEDIU menawarkan dua biasiswa khas untuk pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di universiti antarabangsa itu bagi pengambilan September.
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Arab Saudi tawarkan rakyat Malaysia perjalanan lengkap, beribadah serta melancong
Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (STA) memperkenalkan satu siri perubahan untuk menyelaraskan perjalanan rakyat Malaysia, menambah nilai perjalanan mereka ke Kota Suci Makkah dan Madinah.
Surah al-Jumuah bentuk sahsiah diri
Ia membolehkan masyarakat membebaskan jiwa mereka daripada unsur kemungkaran dan mendekatkan diri kepada keadilan Islam.
Institut pendidikan guru tahfiz Malaysia perlu diwujudkan - Permata al-Quran
Institut itu selain dapat mengajar guru tahfiz ia juga boleh berperanan sebagai hab pendidikan tahfiz di peringkat antarabangsa.
KDN pantau penerbitan Al-Quran versi digital dan braille - Saifuddin Nasution
Pihaknya akan segera mengambil tindakan jika terdapat sebarang kesalahan tanpa menunggu sehingga ia menjadi terlalu serius.
'Deinking' kaedah alternatif pelupusan al-Quran secara mesra alam
Naskhah yang diproses secara deinking dilupus secara lengkap dan tidak mengeluarkan asap selain hanya menghasilkan kurang tiga peratus bahan buangan.
Neelofa terkejut Bilal mampu hafal ayat pertama surah Yasin
Neelofa melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal dilihat gemar menghafal surah-surah lazim dalam Al-Quran.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.