KLUANG: Jabatan Pertanian Negeri Johor menyasarkan untuk melahirkan 200 banduan berkemahiran dalam bidang penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan daripada Penjara Kluang, di sini, dalam tempoh dua tahun.
Pengarahnya, Alang Mad Daud Dawan berkata usaha berkenaan yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Penjara Negeri telah dimulakan sejak November tahun lepas dan kini berjaya melahirkan seramai 23 banduan berkemahiran dalam bidang berkenaan.
Katanya, antara tanaman yang diberi tumpuan dalam program ini ialah cili dan timun dengan hasil sebanyak 200kg cili dan dua tan timun bagi sekali tuaian.
“Dalam program ini, Jabatan Pertanian bukan sahaja mengajar para penghuni penjara menanam dan menuai hasil tanaman, namun mereka turut diajar tentang kepatuhan Amalan Pertanian Baik (MyGap) agar sayuran yang dihasilkan selamat untuk dimakan.
Buat masa ini, kaedah tanaman ini dijalankan secara konvensional tetapi untuk masa yang akan datang, kita akan mengajar mereka kaedah tanaman sayuran secara fertigasi terutama terhadap cili,” katanya, pada Isnin.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Asas Pertanian Kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Jabatan Penjara Malaysia yang turut dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri Johor, Abd Wahab Kassim di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kluang, di sini.
Kata Alang lagi, pada masa depan, selain memfokuskan tanaman sayuran, pihaknya juga bercadang untuk mengusahakan tanaman nanas bagi penghuni penjara terbabit.
Di samping itu, pihaknya juga kini dalam perancangan untuk menjalankan kerjasama dengan Penjara Simpang Renggam bagi mendidik penghuni penjara itu dalam ilmu pertanian.
“Tujuan kita mendidik dan mengajar penghuni penjara ini dengan ilmu pertanian adalah untuk menjadikan mereka ini mempunyai pengalaman, sekali gus dapat menggunakannya apabila bebas kelak.
Ini sekali gus memastikan mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama dan tidak mustahil dengan ilmu ini, mereka juga boleh menjadi usahawan berjaya,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 29 2021
Jabatan Pertanian Negeri Johor menyasarkan untuk melahirkan 200 banduan berkemahiran dalam bidang penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan dari Penjara Kluang dalam tempoh dua tahun. -BERNAMA
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
[Data & Statistik] Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Trend peningkatan Indeks Sentimen PKS mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuh serta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.
Strategi Malaysia mendepani dasar luar jangka era Trump
Rantau Asia terutama ASEAN dilihat berada pada kedudukan paling stabil terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, geopolitik dan keselamatan pada ketika ini. Bagaimana Malaysia harus respond kepada perang dagang 2.0 antara AS-China yang mungkin memuncak?
Kebanyakan banduan wanita rakyat Malaysia di Thailand terdiri pesalah dadah
Kebanyakan banduan itu ialah wanita berasal dari Kelantan yang tinggal berhampiran negeri bersempadan Thailand.
Banduan gembira, pembebasan awal hadiah Krismas bermakna buat keluarga
Ravi dibebaskan lebih awal menerusi program PBSL Ihsan MADANI yang membolehkannya meraikan Krismas bersama ahli keluarga.
Orang ramai berkumpul di penjara Sednaya, jejak ahli keluarga ditahan
Pertemuan penuh emosi banduan bersama ahli keluarga yang selama ini menyangka mereka telah dihukum mati disaksikan menerusi video itu.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
Banduan dipenjara dua tahun rempuh, langgar dua anggota polis
Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan mencuri kereta, hari ini sekali lagi dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana merempuh dan melanggar motosikal polis.
Banduan bebas awal terharu diberi pengampunan Agong
Lelaki yang sepatutnya menjalani hukuman penjara 10 tahun itu merupakan satu-satunya banduan di Negeri Sembilan yang dibebaskan awal.
Mahkamah Persekutuan putuskan boleh dengar semakan banduan terima pengampunan hukuman mati
Mahkamah Persekutuan putuskan bahawa ia boleh mendengar semakan semula difailkan banduan yang telah diberi pengampunan bagi hukuman mati.
20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan
Abe Li terperdaya disebabkan terlalu percaya kata-kata rakannya bahawa ajaran itu hanya melibatkan ilmu perubatan dan persilatan.
Program “Sinar Di Sebalik Tirai Besi” talian hayat kedua banduan
Sinar Di Sebalik Tirai Besi bermatlamat matlamat melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Penjara Wanita Sabah perintis Program WBB bantu banduan - Nancy
Ia merupakan projek rintis yang dijayakan dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Jabatan Penjara Malaysia.